Wednesday 8 January 2014

BIG DREAM: Siaran Langsung MHI Tv3


Big Dream!


Suatu ketika dulu saya pernah menyimpan impian untuk masuk ke dalam rancangan TV agar saya mampu menyampaikan ilmu kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya meletakkan sasaran itu akan dicapai dalam tempoh 5 tahun lagi.


Ketika saya menyatakan impian saya itu, ada juga rakan-rakan yang mentertawakan saya dan mengatakan kalau impian saya itu hanyalah angan-angan Mat Jenin.

Subhanallah!

Tidak ku salahkan mereka yang memperlekehkan namun, aku syukuri pada sang pencipta yakni Allah Azza Wa Jalla kerana Dia mendengar impian ku itu.

Akhirnya pada 03 Oktober 2013 saya telah dipanggil untuk bersiaran secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3.

Sungguh saya teramat-amat terkejut kerana impian itu tercapai 5 tahun lebih awal, memang benarlah kata-kata "Kita merancang dan Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah untuk kita."

Ayuh teman-teman! Kita tanamkan impian yang besar-besar dengan sebanyaknya. Usah difikirkan adakah ia akan tercapai soalnya adakah kita punya impian.

Dengan mempunyai impian itu bererti anda punyai harapan! Kerana harapan itu selalu ada untuk kita sang hamba. Yakinlah Allah senantiasa ada membantu kita.

Wallahu'allam. 



0 comments:

Post a Comment