Tuesday 22 November 2011

Ada Apa Dengan KTD???



Assalamu'alaikum wbt, teman-teman di alam maya. (^^,)

Alhamdulillah... Bertemu kita lagi di medan bicara blog saya ni.

Mungkin anda semua masih ingat dengan tajuk post yang lepas kan. Ya betul... "Menjadi Luar Biasa di Tengah Kebiasaan". Pasti anda juga masih ingat persoalan yang saya tinggalkan dalam post tersebut. Sebab itulah aku nak menjawab persoalan post tersebut di dalam post kali ni.

"Ada apa dengan KTD???" Persoalan ini selalu sahaja diajukan kepadaku oleh teman-teman lamaku, baik guru-guruku, sanak saudaraku, dan sesiapa sahaja pasti akan menanyakan padaku di ketika aku seringkali berbicara perilah KTD di mana-mana keberadaanku, baik di alam nyata, di muka buku, di blog, mahupun di alam maya ni.

Di saat aku menulis post ni, aku berada di sebuah restoran di Tawau sedang menanti pelajar-pelajar untuk aku ajak masuk KTD, di suatu sudut meja lain aku melihat ada orang sedang semangat memberi penerangan tentang produk yang hendak dijualnya. Wah.. Hebat betul dia menceritakan dan meyakinkan orang lain perihal kelebihan produk tersebut. Apa lagi dikesempatan ini aku manfaatkan untuk menyiapkan post ni.

Teman-temanku sekalian, aku bukanlah insan yang terlalu obses dengan KTD atau bahasa mudahnya, terlalu taksub dengan KTD. Namun, aku ingin nyatakan kepada kalian yang aku telah lalui pengalaman warna warni kehidupan di KTD dan ia amat penting sekali untuk dikongsikan dengan sesiapa sahaja di dunia ini.

Anda sudah bersedia untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ni? Sebelum tu, adalah besar hajatku agar anda semua baik diriku untuk menyediakan hati untuk terus melayari post yang akan menjawab persoalan ini. (mari kita berdoa')

Teman-teman sekalian, cuba anda bertanya pada diri anda, adakah anda sayang keluarga anda? sahabat anda? dan kenalan anda? Pasti anda semua sayangkan mereka kan? Samalah seperti diriku ini, yang menyangi mereka yang dimaksudkan.

Aku nak bagi anda semua satu contoh situasi, cuba bayangkan andainya anda dan semua yang aku nyatakan tadi itu berada disebuah rumah. Pada ketika anda semua sedang tidur lena di rumah tersebut tiba-tiba rumah tersebut itu berlaku sebuah kebakaran. Apa yang pasti, anda sahaja yang tersedar bahawa rumah itu sedang terbakar. Apa tindakan anda sebaik sahaja sedar rumah itu terbakar? adakah anda terus keluar menyelamatkan diri tanpa mengejutkan orang-orang yang anda sayangi itu? atau anda berusaha untuk mengejutkan mereka dan menyelamat diri bersama mereka?

Aku yakin dan percaya anda semua tidak tergamak untuk mementingkan diri kan. Pasti anda akan berusaha untuk mengejutkan mereka semua agar anda dan mereka semua terselamat. Herm.. Pasti anda akan tertanya-tanya untuk apa contoh situasi ini.

Teman-teman yang dikasihi.. Situasi itulah yang telah aku lalui. Suatu ketika dulu aku tidak sedar kalau aku ni punyai tanggungjawab sebagai seorang Islam. Namun, di KTD telah mendidik (Mentarbiyah) diriku untuk kenal siapa aku. Aku adalah seorang hamba kepada Allah swt dan menjadi tanggungjawabku untuk menjaga amanah Allah swt di atas muka bumi ini, termasuklah melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

KTD telah menyedarkanku dan telah membuatkanku melalui proses tranformasi seperti perkara buruk kepada baik, dan perkara baik menjadi lebih baik. Alhamdulillah.. Bersyukur kerana Allah mencampakkan diriku dibumi KTD.

Terus, sebaik sahaja aku sedar akan diri ini punyai amanah pasti orang-orang yang kusayangi itu juga harus sedar dan faham sepertiku. Terdetik di hatiku "Akanku pastikan tidak ada rumah di bumi Sabah yang tidak ku ketuk pintunya untuk menawarkan KTD kepada mereka".

Ada apa dengan KTD?
1. KTD ada diploma yang diiktiraf
2. KTD ada Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT)
3. KTD ada bantuan kewangan
4. KTD ada tarbiyah yang mampu merubah individu biasa kepada luar biasa.

Empat perkara itu sebahagian daripada keistimewaan KTD. Tak mungkin orang yang mempromosikan produk seperti orang direstoran tadi lebih bersemangat berbanding aku yang ini berkongsi tempat yang baik seperti KTD.

Namun, semakin banyak pengalamanku menawarkan KTD di bumi Sabah semakin banyak pula rasa cintaku pada KTD. Nak tau tak kenapa?

Ini Jawapannya, aku kongsikan kepada anda beberapa peristiwa yang telah kulalui sepanjang mengajak orang ke KTD.

"Saya telah menganggur selama setengah tahun dan tidak dapat belajar kemana-mana kerana kami orang yang miskin. Kami tidak mampu" (Kata-kata seorang anak yatim kepadaku)

"Saya anak pertama daripada sembilan orang adik beradik. Ayahku telah pencen dan ibuku pula tidak bekerja, justeru itu aku tidak boleh sambung belajar" (Kata-kata seorang anak yang miskin)

"Saya tidak punyai result yang berapa elok, saya ni cuma ada 3 kredit. Tidak ada yang mahu menawarkan diploma kepadaku" (Kata-kata seorang pelajar yang punyai keinginan menebus kesilapan semasa SPM)

Kesemuanya di antara kata-kata pelajar yang kutemui semasa menawarkan KTD kepada mereka. Tahukah anda? Bagiku disebabkan kita hidup miskinlah seharusnya kita melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Aku bangga kerana menawarkan KTD kepada mereka dan akhirnya mereka juga peroleh segulung diploma dan melalui tarbiyah.

Adakah aku digelar obses kalau ingin membantu orang-orang miskin diatas untuk menggenggam sebuah diploma? Adakah aku tergamak menganiaya orang-orang miskin di atas kalau ada dakwaan mengatakan tawaran KTD itu menguntungkanku?

Teman-teman katakanlah apa kehendakmu, sedikitpun tidak melunturkan niat murni dihatiku ini. Sekurangnya-kurangnya aku sedarkan saudaraku yang miskin kalau mereka mampu untuk berjaya dan merubah hidup keluarga, kerana aku tak mahu menggenggam diploma itu sendirian.

Ini pula kata-kata beberapa ibu bapa pelajar yang telah belajar di KTD.

"Mak Cik menangis kerana, anak mak cik berpesan kepada mak cik untuk menjaga solat lima waktu. Tidak pernah terungkap kata-kata seperti itu sebelum dia masuk KTD"

"Pak Cik bersyukur kerana anak pak cik telah berubah. Kini dia mengimamkan solat bersama adik-adiknya semasa balik cuti semester"

"Pak Cik tidak mampu lagi mendidik dia sebelum masuk KTD. Tapi, pak cik bersyukur sekarang dia menjadi anak yang berguna"

Apa lagi yang mampu aku katakan melainkan menitiskan airmata kesyukuran. Proses didikan (Tarbiyah) di KTD yang pernah kulalui juga dirasai oleh ibu bapa mereka. Adakah ini juga aku dianggap taksub dengan KTD kalau inginkan perubahan pada generasi muda di negeriku?

Teruskan kata-katamu saudaraku. Aku tetap akan mengajak mereka kerana itu adalah hak mereka untuk menerima kesedaran. Aku tak ingin jadi baik seorang diri tanpa mereka.

Ini pula kata-kata pelajar yang sedang belajar di KTD.

"Dulu aku tidak faham cara hidup seorang Islam. Aku Islam hanya pada nama, sekarang aku sedar bahawa Islam adalah cara hidup"

"Bang aku sudah pandai mengaji di sini. Aku gembira bang kerana dapat mempelajari kalam-kalam Allah"

"Dulu aku pernah hatam Al-Qur'an namun aku telah lupa. Bila di KTD aku menangis kerana tak mampu membaca Al-Qur'an, namun KTD telah mengajarkanku kembali"

"Saya dulu tak tutup aurat. Datang KTD pun tak bawa sehelai tudung pun. Tapi, Alhamdulillah.. Allah sayangkan saya kerana hantar saya di KTD"

Adakah aku terus berdosa kerana mengajak mereka ke tempat yang membuatkan mereka kenal dengan hukum-hukum Allah? Jawablah teman-temanku..

Pengalaman-pengalaman ini tidak mampu aku beli dimana-mana. Pengalaman inilah yang membuatku semakin hari semakin bersemangat untuk mengajak seramai mungkin untuk belajar di KTD. Aku pasti dan begitu yakin kalau KTD akan melahirkan graduan yang punyai ilmu yang banyak, sahsiah yang terpuji dan hidupnya bermanfaat pada orang lain.

Motto kami di KTD

"Ngaji biar panda, Perangai biar juruh, Hidup biar buleh tupe' " (Dialek Kelantan)

Maksudnya tidak bermakna seseorang pandai kalau perangainya buruk. Tak bermakna perangainya baik tapi tidak berilmu. Tak bermakna jugak pandai dan akhlaknya baik tetapi tidak dapat dikongsi dengan orang lain.

Ada yang tanya padaku. Berapa nilainya seorang pelajar kalau masuk ke KTD? aku menjawab, terlalu mahal dan tidak dapat dihitungkan. Nilainya adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Seorang yang datang KTD jika dia berubah menjadi baik, kenal Islam dan mengamalkan Islam diseluruh kehidupannya maka ia lebih baik dari dunia dan seisinya.

Memang benar jangkaan anda, saya ni tamak orangnya. Saya tamakkan ganjaran yang dijanjikan Allah swt. Maaf jauh tersasar jangkaan anda kalau anda beranggapan nilai mereka akan dibayar dengan nilai ringgit sahaja. Adakah tidak wujud lagi manusia yang ikhlas untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan di dunia hari ini? Adakah kita ni hanya mengejar nilai dunia yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan nilai akhirat sana?

Mengajak orang masuk KTD bukan soal wang, bukan soal mengejar kekayaan, bukan soal mengejar kesenangan dan bukan soal mengejar glamour. Tetapi bagiku mengajak orang ke KTD adalah soal membela nasib bangsaku yang miskin, kerana hak mereka untuk melanjutkan pelajaran, ia soal menyedarkan umat seakidah denganku kerana hak mereka untuk mengenal Allah swt dan ia adalah soal kasih sayangku kepada anda semua dan ingin kunyatakan bahawa kasih sayang itu hadir daripada dorongan IMAN.

Sekali lagi, ada apa dengan KTD? Dengan tegas akanku jawab KTD adalah Kolej Terbaik Dunia. Aku tahu kalau tidak semua yang akan bersetuju denganku, namun percayalah teman-temanku, melalui KTD aku ingin menyedarkan semua orang diluar sana. Sekurang-kurangnya mengajak mereka di jalan-jalan kebaikan bila melangkah ke pintu KTD.

Sebelum aku menutup post kali ini, aku memohon maaf andai post ini menyentuh sensitiviti anda. Mungkin juga ada yang tersinggung dengan perkongsian ini. Namun, tidak terniat dihatiku ini untuk demikian, cuma ingin sekali aku nyatakan isi hatiku yang sekian lama terpendam.

Kalau ada mahasiswa KTD yang membaca post ni, aku ingin berpesan. "Manfaatkanlah keberadaan kalian selama 3 tahun di KTD, carilah ilmu sebanyak yang mungkin di sana dan segeralah kalian pulang ke tanah air dengan segenggam diploma juga kongsikan ilmu pada mereka, kerana kalian telah dinanti-nantikan oleh masyarakat"

Kalau ada pelajar lepasan SPM yang baca post ni, jangan segan-segan hubungi lah aku. Aku akan berusaha untuk menawarkan KTD kepada anda. Jom masuk KTD.

Maaf juga kerana mengambil masa anda terlalu lama. Semoga post kali ini telah menjawab persoalan di atas. Terima kasih kerana terus menghabiskan bacaan untuk post ni, semoga kita semua terus menjadi mukmin yang menjaga posisi ISLAM disetiap penjuru-penjuru dibawah jagaan kita.

Sekian terima kasih,
Graduan KTD yang bangga akan KTD.
KTD dihatiku, teman-teman juga begitu.. (^^,)v

6 comments:

  1. perkongsian dari hati-hati yg telah merasai...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg dpt menyentuh hati bg mereka2 yg telah keluar KTD.

    ReplyDelete
  3. subahanaAllah...alhamdulilah..allahuakhbar,smoga diri ku akan terdidk selama berada di ktd...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Alhamdulillah.. kenlai KTD pasti bahagia, KTD bersama pasukan bertungkus lumus dalam menddik pelajar bagi melahirkan insan yang bertaqwa.. Bagi diri seorang pelajar perlu bermujahadah melawan nafsu yang lebih suka kepada kesenangan dan bermalas-malasan. Taqwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah dan mujahadah hanya dapat di raih dengan menentang hawa nafsu..

    Jika ada kursus2 yang di twarkan di KTD yang sepadan dengan impian, jgan fikir panjang.. Jika kte mhu berubah, kte kne hijrah ke tempat yang suasana yang soleh sebab ia juga memberi impak yang besar, akan tetapi jika tak da, tetap juga sediakan hati untuk survivor diri dalam dunia penuh cabaran..

    ReplyDelete
  5. saya mohon share.. Syabas atas usaha anta sebarkan Islam... Moga Allah redha dan nilai usaha kesungguhan anta

    ReplyDelete
  6. Saya mohon share, tuan. Tk

    ReplyDelete