Wednesday 15 May 2013

Cikgu Yang Jahat




Hari ini aku akan menerima anugerah kerana memperoleh 9A dalam SPM. Aku dapat berita kami akan menerima kunjungan seorang yang begitu istimewa sempena hari kecemerlangan sekolah. Tak sabar pula aku ingin mengenalinya.

Ketika di dewan sekolah.

"Baiklah murid-murid sekalian, hari ini sempena dengan hari kecemerlangan pelajar peringkat sekolah kita telah menjemput khas seorang tokoh pelajar yang telah menjadi insan yang berjaya. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Dilahirkan didaerah ini, dan juga merupakan bekas pelajar di sekolah ini. Beliau melanjutkan pelajaran diperingkat pengajian tinggi di Universiti Sains Malaysia dalam bidang perubatan. Sekarang merupakan seorang doktor pakar jangtung. Tanpa membuang masa dijemput dengan segala hormatnya Dr. Ariff Mohamad untuk menyampaikan perkongsian beliau"

Aku melihat susuk tubuh kecil yang masih muda dan segak orangnya. Rupanya dia seorang yang hebat, mendengar sahaja latarbelakangnya sudah memukau kami semua didalam dewan. Namun, ku saksikan dia begitu rendah diri tatkala sering melontarkan senyuman kepada sesiapa jua.

"Assalamu'alaikum wbt. Terima kasih pengerusi majlis. Yang saya hormati barisan guru dan yang dikasihi para pelajar sekalian. Alhamdulillah.. Bersyukur hehadrat Allah swt, kerana dengan izinNya saya dapat kembali semula ke sekolah ini selepas 10 tahun yang lalu"

Perkongsian Dr. Ariff berlalu 15 minit kemudian.

Wah.. sangat mengujakan apabila dia berkongsi pengalaman kejayaan yang telah beliau kecapi. Membuatkan kami semua menjadikannya sumber inspirasi.

"Baiklah.. sekian sahaja perkongsian daripada saya, sedikit perkongsian sebagai sumber inspirasi kepada adik-adik semua. Sebelum saya mengundurkan diri, kalau ada soalan yang hendak diajukan sila angkat tangan"

Aku rasa terpanggil pula untuk mengajukan soalan kepada Dr. Ariff. Baiklah.. aku beranikan diri saja lalu aku mengangkat tangan.

"Assalamu'alaikum wbt. Saya Zariff Ridwan dari kelas 5 Melor. Selain kedua ibubapa Doktor, siapakah yang mendorong kejayaan doktor hari ini? Sekian terima kasih."

Sambil tersenyum Doktor itu menjawab pertanyaanku.

"Terima kasih kepada adik Zariff atas pertanyaan sebentar tadi. Soalan ini sering diajukan kepada saya dimanapun saya berada tatkala sudah bergelar doktor. Siapa sangka selain daripada ibubapa, seorang cikgu yang jahat telah menjadi pendorong kejayaan saya pada hari ini"

Mendengar sahaja tutur kata beliau gegak gempita satu dewan merasa hairan.

"Pasti anda semua terkejut bukan? Ya cikgu ini yang sering memberikan tugasan sekolah yang banyak pada kami, cikgu ini yang sering rotan pelajar yang gagal, cikgu ini yang sering berceloteh apabila kami, dan cikgu ini yang paling awal masuk kelas mendahului kami. Sehingga seluruh kawan-kawan menggelarkannya jahat. Tapi sebenarnya dia bukan jahat. Dia cuma ingin melihat kami semua berjaya. Kalau bukan tindakannya yang tegas pada kami, tak mungkin saya berada ditempat sekarang. Jikalau bukan usahanya yang bersungguh mana mungkin saya menjadi doktor. Cikgu itu adalah pengetua sekolah ini sekarang. Dikesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mendidik insan kerdil ini sehingga bergelar seorang doktor"

Seluruh hadirin dewan berdiri tepuk tangan yang gemuruh sebagai penghormatan sebaik sahaja mendengarkan ucapan beliau tadi.

Allahu rabbi.

Tak sangka.. Selepas aku mendengarkan kata-kata beliau ternyata tanggapanku silap selama ini, kalau diberi kerja sekolah yang banyak aku salahkan cikgu. Sedang sebenarnya itu demi kebaikanku. Maafkan aku cikgu. Aku pelajar yang berdosa. Sungguh mulianya guru yang mengajar pada kami.

1 comment: