Friday 16 March 2012

Saya Sayang Dia, Kita Semua Sayang Dia, Tetapi Allah Lebih Menyayanginya.

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera rakan2 di alam maya sekalian..


           Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Penuh rasa syukur kerana Allah masih pinjamkan nikmat penghidupan kepada diri ini untuk terus menulis dalam blog ini.


          Pada kali ini saya menulis mengenai kisah hidup seorang pelajar KTD yang baru sahaja meninggal dunia petang tadi pada hari Jumaat (16 Mac 2012).


Senyuman Manismu Dalam Kenangan


          Alayarham bernama Syazwan Asyraf bin Salihin merupakan seorang pelajar KTD yang berasal dari Kunak, dan masih segar dalam ingatan saya pada ketika saya menawarkan KTD kepadanya. Ini adalah dialog pada ketika itu.


Syazwan :


"Abang saya memang berminat nak masuk KTD, tapi abang kena datang ke rumah saya jelaskan dengan orang tua saya bang"


Saya :


"Insya'Allah.. Abang akan datang malam esok"


          Pada ketika saya datang dan menjelaskan kepada orang tuanya, Alhamdulillah, dengan izin Allah mereka mengizinkan Syazwan masuk KTD. Apa lagi yg dapat membahagiakan hati saya apabila mendapat restu orang tuanya untuk melanjutkan pelajaran di KTD.


          Saya masih teringat juga ketika saya lalu di gerai depan KTD yang mendapat jolokan "Padang Pasir" oleh pelajar2 KTD. Pada ketika itu saya melihat senyuman Syazwan yang sedang minum di gerai itu. Saya terus meluru kearahnya dan bertanya.


"Macam mana Wan duk di KTD? OK ka? Tak menyesal ka masuk KTD"


Syazwan menjawab


"Alhamdulillah bang, OK jugak, ndak lah saya menyesal bang sebab sini bagus jugak pendidikan agamanya"


            Mendengar sahaja kata2nya saya ukirkan senyuman yang paling manis dihadapannya. Senyuman itu tanda aku bersyukur kehadrat Allah kerana membuka pintu hatinya untuk Islam. Namun, tidak ku menduga senyumannya itu adalah senyuman yang terakhir dapat kulihat darinya.


            Tidak berapa lama kemudian, kami semua mendapat berita yang mengejutkan apabila Syazwan di masukkan kedalam ICU Hospital Besar Pulau Pinang kerana mengalami pendarahan di bahagian otak. Pada ketika itu cuti semester Syazwan pergi kerumah mak cik sedaranya dan Ibunya juga datang dari Sabah kerana ingin bertemu Syazwan. Hebatnya susunan Allah, menurut ibunya entah kenapa begitu kuat hatinya untuk pergi Pulau Pinang bertemu Syazwan pada ketika itu. Tambah ibunya lagi, pada saat itu Syazwan yang merupakan anak pertama begitu manja dengan ibunya, dan ibunya tak pernah melihat Syazwan bermanja sedemikian pada ibunya.


Keadaan Syazwan ketika Strok




            Sampailah satu malam Syazwan bangun dan mencari ibunya, dan mengadu kesakitan sementara ibunya memeluknya. Tidak lama selepas menahan kesakitan yang amat sangat dia mula strok satu badan dan Syazwan dikejarkan ke hospital besar Pulau Pinang. Dengan izin Allah, doktor mengesahkan bahawa pembuluh darah dibahagian saraf kepalanya telah pecah dan akibatnya darah itu merebak kesuluruh bahagian otaknya dan pendarahan dalam otak yang menyebabkannya koma.


            Hampir setahun Syazwan berjuang untuk kembali sembuh dari koma. Alhamdulillah.. beliau telah menyedarkan diri namun masih lagi dalam keadaan strok. Tetapi Syazwan sudah menunjukkan tindak balas apabila kita berbicara padanya. Pada ketika saya melawatnya dirumahnya di Kampung Bagiang dan melihatnya yang terlantar di atas katil, terus terang saya tidak dapat menahan air mata kesedihan.


Ketika saya menziarahi Syazwan dirumahnya



            Saya melihat dirinya begitu kurus dan terlalu derita kerana sakit strok itu. Apa yang lebih menyedihkan rupanya pertemuan di rumahnya itu adalah pertemuan terakhir untuk saya dan dia. Masih lagi tersemat dengan kemas kata-kata ibunya padaku.


Ibu Syazwan :


"Mak cik redha akan ketentuan dan ujian Allah ini. Lagipun sejak Syazwan masuk KTD telah banyak perubahan yang mak cik lihat pada dirinya. Pada suatu hari Syazwan pernah call mak cik dan dia bagi tahu kalau dia sudah pandai mengaji. Mak cik hanya mampu menangis kegembiraan pada ketika itu. Satu lagi mak cik tak dapat lupakan apabila setiap kali dia call mesti dia akan berpesan kepada adik2nya agar tidak tinggalkan solat"


Syazwan Love ISLAM




            Apa yang mampu saya ungkapkan selain daripada menitiskan airmata kesyukuran dan kesayuan mendengar kata2 ibunya itu. Ya Allah hebatnya susunanmu. Baru sahaja saya pulang dari rumah Arwah Syazwan tadi, saya berdiri di saf hadapan ketika solatkan jenazah beliau. Saya melihat sekujur tubuh insan yang saya sayangi iaitu Alayarham Syazwan. Melihat tubuh yang kaku dan dibaluti kain kapan itu memberiku kesan yang mendalam dan merasai nikmat syukur akan penghidupan yang masih ada ini.


            Saya tahu kalau saya sayangkan dia, kita semua sayangkan dia, tetapi Allah lebih menyayangi dia, saya tahu kalau Allah memberi ruang untuk membersihkan diri Syazwan yang menemui hidayah dengan memberikan ujian sakit strok dan koma selama setahun. Saya tahu kalau Allah memberikan anugerah kepadanya apabila Allah memanggilnya semula pada hari yang mulia iaitu hari jumaat dan beliau menghembuskan nafas yang terakhir setelah selesai solat jumaat tadi. Apa yang saya begitu pasti adalah Alayarham pergi dan menemui Allah dalam keadaan tenang setelah melalui ujian itu dan buktinya adalah apabila melihat raut wajah mayat Alayarham kelihatan seolah-olah sedang senyum.


Lihatlah kalimah ini :




            Saya meratapi raut wajah itu kerana itu adalah peluang terakhir untuk saya melihatnya. Marilah semua rakan-rakan kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Alayarham agar ditempatkan dalam kalangan Orang-orang yang beriman.


AL-FATIHAH


           Terima kasih pada kalian semua kerana sudi membaca artikel khas untuk Alayarham Syazwan Asyraf bin Salihin ini. Saya tinggalkan anda dengan gambar puisi khas untukmu Syazwan "DIRIMU DALAM KENANGAN".


9 comments:

  1. Al-Fatihah semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan di kasihi Allah..Amin.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan di kasihi Allah..Amin.

    ReplyDelete
  3. Juneida & Amru Affif : Amin.. Terima kasih diatas doa' yg dipanjatkan keatas Allayarham.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Maha Sempurna Allah dalam menyusun segala urusan hambaNya

    ReplyDelete
  5. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
    ALLAH lebih mengetahui segalanya .semoga Allah memberkati rohnya .amin .al-fatihah .

    ReplyDelete
  6. sedih ana baca.. :'(
    pilihan Allah utk ke KTD. Meninggal dlm keadaan mulia. Semoga Allah memberkati rohnya.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah merahmati Allahyarham.Terkesan dengan kisah ni...

    ReplyDelete
  8. semoga beLiau ditempatkan dalam golongan orang2x yang soleh . . .

    ReplyDelete
  9. Salam apa khabar ini sifu Ismail IPG Rajang Sarawak. Moga Kita berjaya. Kita doakan arwah berada dalam golongan orang2 soleh

    ReplyDelete