Saturday 10 March 2012

Wahai Hati



Wahai Hati,
Kematian itu medan yang pasti,
Lepaskan dunia yang melalaikan,
Goncangkan Hati dengan Al-Qur'an,
Dekatkan dirimu dengan Allah Pencipta,

Wahai Hati,
Andai terbongkar hijab kematian ini,
Pasti tak seorang pun menjejaki sang Iblis,
Andai tersingkap di depanmu keindahan syurga,
Pasti kita semua ingin terus taat menjadi hamba.

Wahai Hati,
Seindah pelangi hati hamba yang bertaqwa,
Menjadi penyeri hidup di dunia yg fana,
Bila dipancarkan sakinah meresap bahagia di dalam jiwa,
Manisnya nikmat menjadi hamba,

Wahai Hati,
Tidak dipinta untuk terlalu merendah,
Kerana jiwa itu punya harga yang tinggi,
Membawa harapan dakwah yang harus dirai,
Kemenangan jugalah milik mukmin sejati,
Bilah hati itu jernih maka sahsiahnya juga murni...

Engkaulah Duhai Hati Raja Seanggota Diri.

~NUKILAN: Jumat Mat Salleh (WAHAI HATI)~ (^^,)

0 comments:

Post a Comment