Monday, 6 May 2013

Benciku Pada Tok Guru





Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera pada teman-teman dialam maya sekalian.


Apa khabar anda semua? Semoga masih diberikan kesihatan disamping keluarga tercinta.



Sungguh sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam nota alam maya ini. Mungkin anda semua terkejut bukan kerana tajuk nota yang saya kongsikan kali ini begitu hangat sesuai dengan hangatnya gelombang Pilihan Raya Umum yang ke 13 negara kita.



Saudaraku sekalian, memang benar sungguh saya pernah membenci Tok Guru Nik Aziz pada tujuh tahun yang lampau. Kenapa agaknya saya membenci beliau? Kerana pada ketika itu, saya baru berusia belasan tahun dan makanan media kami hanyalah media arus perdana.



Setiap hari kami diinduksikan dengan bahan-bahan berita keburukan beliau, keburukan Parti Islam Semelaysia (PAS) dan kemunduran negeri Kelantan. Saya masih ingat lagi ketika saya mempersendakan gaya Tok Guru di kelas bersama teman-teman sekelas dan mereka bergelak ketawa.



Namun begitu, Allah takdirkan ketika saya menyambung pelajar diperingkat pengajian tinggi saya menerima tawaran belajar itu di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan. Pada ketika itu semua saudara mara yang rapat dengan saya mengingatkan agar berhati-hati disana kerana itu negeri pembangkang.



Bila sebut negeri Kelantan, semua ada persepsi negatif kerana telah diolah kotak minda kami untuk mencurahkan rasa benci pada pimpinan dan negeri pembangkang itu.



Subhanallah.



Begitu hebat susunan Allah swt keatas diriku ini. Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya belajar di negeri pembangkang itu.



Hari pertama saya menjejakkan kaki disana sekitar pukul 5 pagi kerana kami baru tiba menaiki bas dari Kuala Lumpur, beg sandang saya mengandungi wang bernilai RM 1000 dan semua dokumen-dokumen penting untuk urusan sambung belajar tertinggal di stesen bas. Saya hanya menyedari beg sandang saya tidak ada pada pukul 9 pagi pada ketika saya sudah berada di asrama.



Segera saya meminta bantuan warden asrama untuk menghantarkan saya ke stesen bas itu agar saya mencari beg itu. Saya cukup bimbang kerana semua benda penting dan duit itu adalah duit belanja saya. Masih segar lagi di ngiang telinga saya kata-kata warden saya pada ketika itu:



"Jangan bimbang beg tu takkan hilang, kerana ini negeri Kelantan"



Saya seolah tidak mengerti kenapa warden itu berkata demikian. Adakah sekadar kata-kata memujuk untuk aku agar tidak begitu risau.



Allahurabbi.



Tatkala kami tiba disana, aku melihat beg sandang yang aku letak diatas bangku stesen bas itu langsung tidak berubah kedudukannya dan seolah-olah tidak pernah diusik langsung oleh sesiapa. Sungguh luarbiasa didikan negeri pembangkang ini terlintas dibenak fikiranku dan baru saya memahami maksud kata-kata warden tadi.



Kisah yang lain, ketika aku keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan yang baru sampai dari Sabah untuk kebandar Kota Bharu. Alangkah terkejutnya kami semua bila melihat bandar Kota Bharu sebuah bandar yang maju, tidak seperti yang diwar-warkan kepada kami bahawa ia bandar yang mundur. Bahkan saya melihat ia lebih maju dari daerahku sendiri.



Bila kami perhati semua papan-papan iklan (Signboard) yang ada di Kota Bharu, apabila ia melibatkan gambar wanita pasti ia memakai tudung. Aku pernah melihat, seorang wanita orang putih memakai tudung disebuah iklan. Inilah didikan Tok Guru untuk masyarakatnya.



Demikian juga aku melihat papan tanda perniagaan di mana-mana hatta ia dimiliki oleh orang cina pun pasti ada tulisan jawi pada setiap papan tanda itu. Sungguh perjuangan mereka sampai kepada semua masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman agama.



Pada ketika aku dan teman-teman berjalan di sekitar pasar tamu di berhampiran pasar Siti Khadijah berlaku lagi suasana yang baru saya temui. Saat itu berkumandang azan asar, kami melihat segenap peniaga disekitar situ terus laksana meninggalkan perniagaan masing-masing tanpa menutup perniagaan mereka untuk solat. Subhanallah. Begitu tinggi keyakinan mereka dalam menjaga hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mereka.



Selama mana saya belajar di Kelantan tidak pernah sekali pun aku temukan papan-papan iklan yang menyebarkan iklan minuman-minuman arak dan sebagainya. Selama itu juga tidak pernah sekalipun saya temui pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pawagam. Sungguh aneh bagiku kerana benda itu tidak asing bagi kami di Sabah.



Bila menyebut Tok Guru, akhirnya saya bersua muka juga dengan Tok Guru. Pada ketika itu, ada seorang teman belajar mengajak saya ke medan ilmu katanya di Kota Bharu pada pagi jumaat. Saya pun ikut dan pergi kemedan ilmu itu, suasananya sungguh luar biasa. Kami terpaksa parking kereta lebih kurang 700 meter jauh dari tempat ceramah itu. Saya melihat begitu ramai orang hadir dan medan ilmu itu betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.



Alangkah terkejutnya saya apabila menyaksikan sendiri ribuan orang sudah sampai dan dipentas sana aku melihat sebuah susuk tubuh yang tua dan orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya duduk mendengar ceramah beliau, dan sedikitpun saya tidak menemukan keburukan yang terkandung dalam ceramah beliau.



Itulah didikan seorang Menteri Besar Kelantan yang membudayakan ilmu pada masyakatnya. Kesannya saya memerhatikan besar atau kecil surau dan masjid-masjid yang terdapat di Kelantan pasti ada seorang Ustaz yang akan mengajarkan ilmu agama. Suasana ini tidak ada di negeriku.



Persepsi benci terhadap beliau beransur hilang. Masih lagi saya ingat saya pernah solat subuh di masjid madrasah beliau di Pulau Melaka. Saya menyaksikan begitu ramai jemaah baik dari penduduk tempatan mahupun pelajar madrasah itu datang memenuhi ruangan masjid itu. Beliau akan mengimamkan solat lima waktu di masjid itu bahkan beliau juga akan membuat pengisian ilmu disana.



Selesai solat subuh disana, saya sekali lagi berasa hairan kenapa ramai orang datang bahkan puluhan orang membawa bayi dan bertemu Tok Guru. Saya menyaksikan Tok Guru akan menggunting rambut bayi itu dan akan menyuapkan buah kurma pada bayi itu. Saya bertanya pada salah seorang sudah membawa bayi mereka untuk bergunting bersama Tok Guru.



"Kamu semua ni memang asal sini ke? Kenapa bawak bayi untuk bergunting dengan Tok Guru"



Inilah jawapan mereka:
"Tidak semua dari kami berasal dari Kelantan, malah ada yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain. Kami mahu biarlah makanan pertama yang masuk kedalam mulut anak kami adalah dari tangan ulamak seperti  Tok Guru"



Allahu Rabbi. Rupanya selama ini saya membenci insan yang mulia kerana dia seorang ulamak dan dia bukan sahaja seorang menteri besar. Sungguh saya telah berdosa. Persepsi benciku itu meleset sama sekali terhadap Tok Guru. Saya difahamkan hampir setiap hari orang akan datang membawa bayi yang baru lahir untuk bergunting dengan Tok Guru.



Pernah juga saya menyaksikan disaat ada majlis besar peringkat IPT negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. Entah kenapa saya seolah terasa gembira saat Tok Guru akan tiba, sengaja saya duduk di kerusi hujung tempat laluan orang yang akan masuk kedalam dewan itu, agar saya dapat memerhatikan Tok Guru dari jarak yang dekat.



Subhanallah. Saat Tok Guru lalu betul-betul disebelah saya, saya dapat memerhatikan beliau mengenakan kasut yang popular dengan jolokan kasut kungfu. Setahu saya harganya tidak kurang dari RM 10 sahaja. Saya menyaksikan pakaiannya yang biasa dan diserasikan dengan kain pelekat dan serban pada kepalanya. Sungguh zuhudnya pemimpin bergelar Menteri Besar sepertinya.



Selama saya belajar di Kelantan, tidak ada seorang pun yang kempen untuk kepada saya perihal PAS mahupun perihal kebaikan Tok Guru. Namun, hati saya terbuka untuk mendokong mereka kerana saya menyaksikan sendiri, pemerintahan seperti inilah pemerintahan sebenar. Kalau baik pemimpin sesebuah negara itu, maka baik pula natijah kepada negara dan masyarakatnya.



Pemimpin seperti beliaulah pemimpin yang diidamkan oleh masyarakat sebenarnya. Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah dimedia arus perdana itu adalah rekaan semata bahkan ianya adalah cerita menipu rakyat.



Justeru itu, hari ini begitu bersejarah bagi saya. Saya baru balik melihat ceramah perdana PAS dan pakatan rakyat di daerah saya sendiri. Sungguh saya menangis kegembiraan, kerana tanda kemenangan itu telah hadir didaerah ini.



Kalau benar mereka mentadbir negeri ini, sungguh kisah-kisah yang telah kulalui di sana pasti akan kulalui juga disini. Justeru itu, teman-teman sekalian. Kita sayangkan negara ini, marilah kita memilih pemimpin yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.



Tidak ada niat untukku berkempen dalam catatan ini. Namun, sekadar luahan hati seorang anak bangsa yang pernah membenci seorang ulamak namun kini cukup menyayangi dan mengagumi beliau. Segeralah kita membuka minda dan hati agar membuat keputusan yang terbaik dalam PRU kali ini.



Agar suatu masa nanti anak cucu cicit kita akan menerima budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan. In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kemenangan. Aamiiiin.



Mohon maaf andai catatan kali ini berunsur politik, namun tidak pula ingin meleraikan ukhuwah sesama muslim meskipun berbeza ideologi fahaman politik. Saya hormati prinsip anda dan saya mohon hormatilah prinsip kami yang ingin melihat negeri ini ditadbir oleh perjuangan yang membawa perubahan khususnya perjuangan negara Islam yang syumul.



Al Bakarah Ayat 208:



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"

76 comments:

  1. Alhamdulillah saudara... sy sayang TGNA wlaupon sy bukn orng kelantan.. kerna beliau ialah idola sy.. semoga Allah membuka hati orng2 yg pernah menghina beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga ia bermanfaat untuk semua. In shaa Allah. Kebenaran itu pasti akan tiba jua.

      Delete
  2. Terbaik!! menitis air mata saya membacanya.Saya yang 30 tahun dilahirkan dan membesar di Kelantan,masih tak berkesempatan untuk bersua muka dgn TGNA..Saudara sangat bertuah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Rabbi.
      Kalau saudara masih berada di Kelantan, saya cadangkan luangkan lah sedikit waktu untuk menziarahi beliau. Kerana beliau seorang ulamak dan mutiara ummah di negeri Kelantan bahkan di Malaysia juga.
      Semoga bermanfaat saudara. ^_^

      Delete
  3. tahniah ,menitis airmata saya baca entry nie . memang benar . pertama kali sy jejak kaki ke kelantan . saya memang kutuk klantan . skrang sy amat cintakan kelantan dan tok guru . di tempat sy belajar juga kami amalkan berniaga cara biasa . kami sling mempercayai tinggal duit , mmg tak hilang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Rabbi.
      Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan ia akan berikan kepada sesiapapun yang ia kehendaki.
      Semoga kita semua terus mendapat keredhaan Allah swt. In shaa Allah. Aamiiin. ^_^

      Delete
    2. Redha akan rezeki yang Allah kurniakan kpd kita... skiranya duit itu hilang maknanya itu bukan hak kita....

      Delete
  4. alhamdulilah...sayu sy mbacany diiringi lagu yg mndalam mksudny...alhamdulilah sy dbesarkn dlm kluarga yg diberi peluang utk mnyayanginy dan menyokongny waalaupn sy bknny org kelantan dr sejak sy masih bsekolah rendah...allahuakhbar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Akbar!
      Semoga semakin ramai lagi pemuda dan pemudi yang mendokong perjuangan Tok Guru yang ingin melihat Islam tertegak di bumi Malaysia ini. In shaa Allah. Aamiiin. ^_^

      Delete
  5. Entri yang sangat membuka mata. Entri yang menyentuh qalbu. Ya Allah, kau rahmatilah Tok Guru Nik Aziz. di mana sahaja beliau berada. Amin. Btw, apa tajuk lagi ni? Syahdu sangat :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Semoga entri ini membuka mata sesiapa jua yang membacanya. In shaa Allah. Aamiiin.
      Tajuk lagu ni Doa Kalbu by Fika

      Delete
  6. betullah..aku pun dulu mcm tu jgak..teringin nak jmpa TGNA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Rabbi.
      Semoga Allah mendengarkan hajatmu yang murni itu saudara. Saya doa'kan semoga saudara dapat bersua muka dengan TGNA. In shaa Allah. Aamiiiin. :)

      Delete
  7. kalau di izin Allah, tok guru datang sabah, demi Allah, sy cium tangan dan peluk beliau dengat ketat tiada pemimpin seperti beliau de malaysia ini......Allahuakbar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Akbar!
      Sungguh ulamak itu mulia, kerana sahsiah dan ketinggian ilmu yang ada pada diri mereka. Mereka adalah pewaris dakwah Rasulullah saw. Semoga kita semua terus memuliakan mereka. In shaa Allah. Aamiiin.

      Delete
  8. alhamdulilah saudara mendapat hidayah dri Allah. sya ank klntn tpi bljar di negeri orang. smpai sekarang masih dgr lgi kwan2 saya disana megutuk n menghina negeri klntn n TGNA tnpa mengetahui lebih mendlam. Saya mohon Share entri ini, insyaallah hati mereka terbuka. Insyaallah, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Silakan sebar, semoga ia mampu mengetuk pintu hati mereka yang masih terhijab. In shaa Allah. Aamiiin.

      Delete
  9. Skdr pkongsian. Di pejabat s/u kerajaan ngri, stiap pg sblum memulakan tugas d perdengarkan bacaan suci ayat quran dan doa. Inilah kerajaan negeri kelantan. Memulakan tugas dgn kalimah Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ia menjadi contoh ikutan pada negeri yang lainnya. In shaa Allah. Aamiiiin. ^_^

      Delete
  10. TGNA memg seorang pemimpin yg berjiwa rakyat yg bersungguh2 memperjuangkn Islam. Sgt bertuah rakyat kelantan memiliki pemimpin spt beliau.. semoga Allah panjangkn umur beliau..aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Aamiiin. Semoga doa'2 kita smua termakbul. ^_^

      Delete
  11. assalamua'alaikum antum,ana mohon keizina untuk berkongsi kisah anta ini d blog ana untuk perkongsian bersama..moga2 ia diperkenankan..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt. Tafaddhal. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua. In shaa Allah. Aamiiin. ^_^

      Delete
  12. subhanallah! menitis air mata saya,,
    ini baru kepimpinan TGNA..
    sy xdpt bayangkan bgaimana mulianya lg kepimpinan & akhlak Rasulullah,,
    subhanallah rinduku padamu ya Rasulullah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Keperibadian Rasulullah saw contoh ikutan terbaik.

      Delete
  13. Alhamdulillah.. entri saudara boleh membuatkan saya menitis air mata.. semoga keperibadiaan Tok guru yang rendah diri dan baik kita contohi dalam kehidupan seharian kita.. in sha Allah :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. tersentuh dan mengalir air mata membaca entry saudara.. sungguh memang hanya yang menjejaki bumi tarbiyah itu sahaja yg akan melalui perasaan ini :') saya bersyukur berkesempatan bermastautin dibumi itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Semoga ia memberi manfaat. :)

      Delete
  15. memang tersentuh membaca artikel d atas..rasa mcm nak jumpa tuan guru Nik Aziz...semoga Allah panjangkan umur beliau supaya dapat mentadbir negeri Kelantan dengan aman dan damai...

    ReplyDelete
  16. benar belaka....sy sendiri jua pernah bertemu beliau d satu majlis ceramah di melaka..itulah kali pertama TGNA dtg ke melaka...sy secare jujur berkata.....hanya org yg pernah bertemu dgn nya sahaj yg tau bagaimana peribadi beliau seorg ulama.....bak kata org, x kenal maka x cinta...dlm penyampaian ceramah beliau, tdk pernah langsung d selitkan hal politik atau kutukan pihak lain....hanye ilmu yg sebenar2 nya yg d smpaikan TGNA....oleh itu, jauh d sudut hati sy tersentuh yg mendalam dgn kata2 TGNA....org yg tdk pernah ketemu pasti tdk tau bagaimana peribadi seorang ulama spt beliau....subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah..

      Ternyata bukan diri in sahaja yang mengagumi pemimpin yang tawaduk seperti TGNA. Allahu Akbar!

      Delete
  17. Tahniah ! menitis air mata baca entri ni . tak tahu mcm mana nak cakap . tapi bersyukur sangat saudara menyayangi TGNA . saya sangat berbangga kerana dilahirkan sbgai anak kelantan dan punya pemimpin seperti beliau . semoga beliau dipanjangkan umur . amin ~ diharapkan juga org yg menghina negeri kelantan akan buka mata bila baca entri ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      In shaa Allah. Semoga semakin ramai yang akan terbuka pintu hatinya dalam menilai TGNA dan negeri Kelantan. Aamiiin.

      Delete
  18. Entri yg sangat bagus. Baca sampai mengalir air mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua. Aamiiin.

      Delete
  19. sedih.. sebak dan begitu negeri yg disangka buruk momokkan sesetengah pihak. Ya Allah Ya Rahman, Lanjutkan usia TGNA . khidmat Dato TGNA masih diperlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Aamiiin.
      Semoga doa' saudara dimakbulkan.

      Delete
  20. Rasa terharu dan sebak saya baca catatan dan pengalaman saudara...rasa nak menitiskan air mata...tgk la sendiri gambar tok guru nak pergi mengundi..sanggup beratur bersama-sama dengan pengundi yang lain tanpa mengira pangkat ataupun kedudukan...betapa menyayat hati melihat gambar beliau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat. In shaa Allah. Aamiiin. ^_^

      Delete
  21. Sudah selesai baca. Hati sebak, air mata mengalir. Rasa terharu :'( First time baca entry blog yang bisa mengalirkan air mata saya. Humm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat. In shaa Allah. Aamiiin. ^_^

      Delete
  22. hati sebak ~ trima kasih kerana sudi share kn kpd kami :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. In shaa Allah. Aamiiiin.
      Sama2. ^_^

      Delete
  23. salam 'alaik :D wah bagusnyaa, alhamdulillah ! Sesungguhnya perancangan Allah itu hebat kan. Dia tahu potensi seseorang hambaNya untuk ubah mindset tu. Sebab tu DIA hantar direct p kelantan. Terngin pegi kelantan jugak. Harap2 Tok Guru dipanjangkan umur dan diberi kesihatan. Boleh datang Sabah. Konfem sy pegi punya :) Yahuuuu. bole juga bagi sedar sikit orang2 kita sana tu yang asyik dikuasai pemikiran negatif. Sy dulu pun x tau jugak. Cuma x sampai la tahap membenci tu. hehe. Terharu baca entry ni. Syukran kathir >.< JazakAllahu khairan. Teruskan menulis entry yang BEST !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga ia memberi manfaat. Afwan barakallah. Syukran juga sebab memberi sokongan. ^_^

      Delete
  24. as salam terharu saya membaca entry ni,tahniah...
    mohon utk dikongsi kn dgn y lain..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam wbt.
      Alhamdulillah. Semoga ia bermanfaat.
      Silakan share. ^_^

      Delete
  25. Salam perkenalan saudara..
    Alhamdulillah..memang hebat percaturan Allah..
    Saya Bersyukur Dilahirkan Di KELANTAN..
    Bangga mempunyai pemimpin seperti Tok Guru.. . semoga beliau panjang umur . amin ~
    Ramai lagi org yg menghina negeri kelantan akan buka mata bila baca kisah saudar ini..tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan.
      Alhamdulillah. Semoga ia bermanfaat. In shaa Allah. Aamiiin.
      Terima kasih. ^_^

      Delete
  26. al-ulamak warisatul anbiya'..ulamak itu adalah pewaris para nabi~ para nabi dan para ulamak adalah CINTA ALLAH..dn sesiapa yg mmbenci CINTA ALLAH,..maka tdk syak lgy bhwa dia adalah MUSUH ALLAH... Alhamdulillah...u're da choosen one who got hidayah from Allah 2 chnge ur mind set... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Allah pilih. ^_^

      Delete
  27. subhanallah , terharunya baca entry ni :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Semoga bermanfaat. ^_^

      Delete
  28. TGNA sememangnya bkn seperti yang diuar-uarkan....Beliau sabar menghadapi segala fitnah dan cacian masyarakat sekeliling...Semoga segala perubahan yang dibawanya diteruskan penggantinnya....KAMI ANAK KELANTAN RELA MATI DEMI MEMPERTAHANKAN ISLAM....ISLAM AD-DEEN KAMI!!!

    ReplyDelete
  29. Subhanallah

    Speechless
    Kini beliau sudah tiada namun ajaran dan pesanan menjadi ingatan...
    Dan akan jadi lipatan sejarah seorang ulamak yang begitu dikagumi..

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  30. Subhanallah

    Speechless
    Kini beliau sudah tiada namun ajaran dan pesanan menjadi ingatan...
    Dan akan jadi lipatan sejarah seorang ulamak yang begitu dikagumi..

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah. Dulu saya juga seperti saudari tp saya tidaklah smpai membenci TGNA cuma ideologi berbeza kerana waktu itu sy masih lg leka dgn penipuan dunia dan takut dgn islam.

    Kini setelah pelajari dan memahami islam itu sgt indah. Sangat sangat istimewa. Dan saya sgt berharap dan berdoa supaya mempunyai pemimpin seperti beliau TGNA yg disayangi.

    Raya haji 2014 tahun lalu sgt seronok sbb dpt melawat negeri kelantan kelahiran suami. Dan in sha allah.. saya akn berusaha utk mendidik anak sy menjadi ahli tahfiz dan seorg yg memahami agama islam. Doakan saya juga. Amin.

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah. Dulu saya juga seperti saudari tp saya tidaklah smpai membenci TGNA cuma ideologi berbeza kerana waktu itu sy masih lg leka dgn penipuan dunia dan takut dgn islam.

    Kini setelah pelajari dan memahami islam itu sgt indah. Sangat sangat istimewa. Dan saya sgt berharap dan berdoa supaya mempunyai pemimpin seperti beliau TGNA yg disayangi.

    Raya haji 2014 tahun lalu sgt seronok sbb dpt melawat negeri kelantan kelahiran suami. Dan in sha allah.. saya akn berusaha utk mendidik anak sy menjadi ahli tahfiz dan seorg yg memahami agama islam. Doakan saya juga. Amin.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum jumat...ingat lg x laila kita jumpa kt SKYPARK depan booth NKF? Ya..masa tu Jumat nk ke Kelantan nk melawat pusara tok guru

    ReplyDelete
  34. Basah lagi mata.. Allah.. Semoga murabbi kesayangan kita damai di sana insyaAllah

    ReplyDelete
  35. Semoga Allah memberkati kita semua..Alfatihah

    ReplyDelete
  36. Semoga tulisan saudara dapat membuka mata banyak pihak...InShaaAllah.. benarlah kata org, tak kenal maka tak cinta..

    ReplyDelete
  37. Alhamdullillah..Tapi saya tetap akan pangkah BN.Kan bagus sekiranya PAS Dan UMNO bersatu.

    ReplyDelete
  38. Ulama pewaris para Nabi.
    Sebak saya bagi kali kedua. Sungguh bertuah bumi Malaysia pernah hadir seorang Ulama yg saban hari tak jemu mengajar ilmu cintakan Allah swt dan RasulNya.
    Semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada. Moga juga syafaatnya sampai pada kita yg jauh ini. InshaaAllah. Cukuplah Allah bagiku.

    ReplyDelete
  39. As salam

    Entry ni buat saya menangis lagi. Terasa sgt kehilangan

    ReplyDelete
  40. Saya juga mencemburui Tok Guru...cemburu kerana pada hari kematiannya dihadiri puluhan ribu manusia..disolatkan jenazahnya oleh puluhan ribu manusia.pulihan ribu manusia berhimpun memberikan penghormatan.cemburu kerana jenazahnya diteduhi awan yg mendung..cemburu..ketika hidupnya dikeji..dicaci..matinya dipuji..kerana satu agama mudah dan selamat iaitu ISLAM dan TUHANYA..ALLAH S.W.T..

    ReplyDelete
  41. pergi tak kembali , hilang sukar berganti ,, patah manakan sama yg tumbuh..

    ReplyDelete
  42. Sungguh sebak membacanya..sebagai anak Kelantan sy berasa sgt bertuah dpt berada di bawah lembayung ulamak semasa beliau masih hidup..smg keperibadian beliau menjadi pedoman dan teladan untuk kite terus memperbaiki diri..bukan untuk orang lain tp untuk kite sendiri yg terlalu byk membuat dosa..Tidakkah kita berasa bertapa besarnya nikmat bg seseorang yg memperjuangkan agama kite sendiri sepertinya? Bukannye agama lain tetapi agama kite sendiri..sy berasa sgt insaf bertapa Allah memuliakan seorang ulamak sepertinya yg dikagumi ramai..ALLAHUAKBAR..

    ReplyDelete
  43. Sungguh sebak membacanya..sebagai anak Kelantan sy berasa sgt bertuah dpt berada di bawah lembayung ulamak semasa beliau masih hidup..smg keperibadian beliau menjadi pedoman dan teladan untuk kite terus memperbaiki diri..bukan untuk orang lain tp untuk kite sendiri yg terlalu byk membuat dosa..Tidakkah kita berasa bertapa besarnya nikmat bg seseorang yg memperjuangkan agama kite sendiri sepertinya? Bukannye agama lain tetapi agama kite sendiri..sy berasa sgt insaf bertapa Allah memuliakan seorang ulamak sepertinya yg dikagumi ramai..ALLAHUAKBAR..

    ReplyDelete
  44. Adehhh.. masuk habuk lak mata ni.. Allah itu maha besar, maha kaya, maha berkuasa, maha pengampun, maha pengasih... Al-fatihah utk Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat.

    ReplyDelete
  45. satu yang pasti...kami semua sudah kehilangan doa dari beliau...

    ReplyDelete
  46. Saya masih ingat lagi dirumah saya abah saya letakkan potret tok guru didinding rumah,dan setiap hari jugak saya akan sentiasa terpandang wajah beliau yang sangat tenang..Setelah tok guru pergi..tidak mampu saya tahan airmata ini kerana saya merasakan seolah-olah telah kehilangan kata2 hikmah daripada beliau serta doanya sekali...sayang tok guru nik aziz..Semoga syurga firdausi tempatnya..

    ReplyDelete