Thursday 4 July 2013

Tumbangnya Seorang Morsi!


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Seluruh umat Islam seolah-olah telah digoncangkan dengan berita duka tumbangnya seorang pemimpin tertinggi Mesir iaitu , Dr. Muhamed Morsi. Beliau merupakan presiden Mesir yang telah dilantik dan dipilih oleh rakyat mesir melalui proses pilihanraya lepas.

Namun, kepimpinan beliau tidak bertahan lama apabila 04/Julai/2013 satu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh kita dimana saat beliau telah digulingkan oleh tentera Mesir.

Pergolakan rakyat Mesir yang menentang beliau telah mengakibatkan campur tangan dari pihak tentera sehingga memaksa beliau digulingkan dari tampuk kepimpinan Mesir. Ia merupakan satu konspirasi terancang dalam rangka untuk menumbangkan pemimpin hebat ini.

Antara faktor kenapa musuh-musuh Islam gentar dan tidak boleh duduk diam selagi mana Dr. Morsi masih mentadbir negara Mesir adalah:

Mendokong pembebasan negara Palestin dengan mengarahkan tidak ada lagi sebarang sekatan terhadap sempadan negera Palestin dan Mesir.

Juga memberi ruang kepada warga Syria dengan membenarkan penempatan bagi pelarian negara Syria.

Beliau juga telah berjanji untuk melaksanakan syiar pemerintahan Islam sepenuhnya dibumi Mesir.

Keberanian dan kelantangan pemimpin yang bergelar Hafiz Qur'an ini telah membuatkan seluruh dunia menumpukan perhatian pada beliau dan telah menggusarkan musuh-musuh Islam.

Namun begitu, tidak sampai setahun beliau memimpin Mesir agenda terancang untuk menjatuhkan beliau telah terlaksana. Akhirnya, tumbangnya seorang Morsi.

Mungkin seorang Morsi ini telah berjaya digulingkan, namun mereka tidak mampu menggulingkan semangat juang dan jihad pada setiap pendokong Morsi yang membawa Islam dan Jihad didada mereka.

Seorang Morsi tumbang namun jutaan pembela Islam akan bangkit! Ujian ini telah memberi kesan dan merupakan salah satu tanda kebangkitan dan kemenangan Islam.

Mereka mungkin berjaya tumbangkan kuasa pada tangan Morsi, namun mereka tidak mungkin menggangu gugat ketentuan dan janji Allah kalau Islam itu akan menang!

Mesir, Syria, Palestin, dan Lubnan telah bermandi darah dan memanggil nama kita sebagai pemuda. Bangkitkan semangat wahai syabab! Gencarkan gerak kerjamu, luaskan ilmumu, pancarkan sahsiahmu, kerana Islam menanti kita!


"Allahu Ghoyatuna, Arrasul Qhudwatuna, Al-Qur'annu Dusturuna, Al-Jihadu Sabiluna, Al-Mautu Fisabilillah, Asma' Amanina"

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!


Surah As-Saff Ayat 10-12 yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada siksaan yang pedih (dalam neraka)? Iaitu (dengan) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, dan kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu. Itulah yang paling baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Nescaya dia (Allah) mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adnin. Itulah kemenangan yang besar."


1 comment: