Sunday 19 May 2013

Mendidik Anak Dengan Kepayahan

*Gambar sebenar.

Alhamdulillah.

Rasa seronok dapat jalan-jalan di pasar minggu pagi tadi. Bukan sahaja dapat melihat suasana manusia yang bermacam ragam tatkala dipasar, bahkan aku juga sempat memborong pakaian bundle.

Harganya yang murah dan kualiti pun boleh tahan. Cari punya cari saya sempat jumpa seluar jeans jenama Edwin. Apa lagi, bila saya cuba sesuai pula dengan saiz saya yang kian comel ni. Hehehe.

Alhamdulillah.. Rezeki. Rupanya kalau pegi pasar minggu cari barang ni agak letih jugak ya. Maklumlah kena selak satu persatu pakaian yang kita nak pilih. Malah terpaksa bergerak dari satu khemah ke satu khemah.

Selepas puas membeli barang yang dihajati, terasa tekak ni kehausan plak. Almaklumlah, cuaca panas kemudian kalau shopping di Bundle ni kena faham-faham jelah memang takda air cond . Hehehe.

Mata pun menilau, mencari-cari gerai menjual air. Terpandang disuatu sudut sana ada air bermacam-macam perisa dijual. Terus melaju je kakiku meluru ke sana, mengalahkan orang yang dahaga ketika berpuasa.

Sampai kat sana, alangkah tersentapnya hati ini. Aku melihat sipenjual air tersebut hanyalah seorang budak perempuan yang mungkin baru darjah 2 atau pun darjah 3. Aku agak je tu.

Sungguh aku melihat begitu gigih dia menjual air dan melayan pelanggan yang datang membeli. Aku tersenyum melihat gelagat adik kecil itu yang terpaksa berdiri diatas kerusi kerana dia terlalu rendah.

Kusaksikan ayahnya disisi hanya membungkuskan minuman yang telah disediakan olehnya. Memang hebat ayahnya mendidik anak kecil itu.

Kagum melihat adik itu, meluangkan masa cuti hujung minggu untuk menolong ayahnya berniaga. Sungguh dia terdidik dengan kepayahan. In shaa Allah. Suatu hari nanti apabila dia bergelar insan yang berjaya dan hidup senang, nescaya dia bukan orang yang sombong.

Aku doa'kan semoga adik ini menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Kawan-kawan yang ada anak diluar sana, didiklah anak-anak itu dengan kepayahan. Janganlah berikan kehidupan yang terlalu bermewah-mewah.

Kerana kehidupan sebegitu pasti akan membuatkan dia lupa erti bersusah payah. Kepada adik-adik yang sebaya adik ni, contohilah sikapnya. Rajin menolong orang tua, pasti dia mendapat redha dan kasih sayang Allah Azza Wa Jalla. 

In shaa Allah. Aamiiin Ya Rabb. ^_^

1 comment: