Wednesday 22 May 2013

Mahalnya KTD!




Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah.. Rasa syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah dan izinNya kita bersua lagi di alam maya ini. Apa khabar Imanmu teman-teman? Semoga sahaja semakin hari semakin bertambah kecintaanmu kepada sang pencipta yang Maha pengasih dan Maha penyayang yakni Allah Azza Wa Jalla. Aamiiin.

Teman-teman sekalian hari ini sekali lagi saya mencoretkan sesuatu perihal KTD. Mungkin masih ada teman-teman yang belum tahu apa itu KTD. KTD merupakan singkatan Kolej Teknologi Darulnaim, merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang terdapat di negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) dan aku merupakan graduan daripada KTD.

Alhamdulillah. Tajuk penulisan kali ini berkenaan begitu "Mahalnya KTD!". Mahal yang saya ingin katakan disini bukan berkaitan dengan nilai wang ringgit. Mungkin ada teman-teman terus tertanya-tanya kalau bukan mahal pada nilai wang ringgit lalu mahal pada apa?

Takpa, saya akan ceritakan kenapa saya pilih tajuk ini. Selepas beberapa hari keluarnya result SPM pada tahun ni, saya telah dihubungi daripada beberapa orang pelajar lepasan SPM dan menyatakan hasrat mereka untuk memilih KTD sebagai destinasi melanjutkan pelajaran keperingkat diploma.

Alhamdulillah.. Lalu bila saya bertanya kepada mereka, bagaimana mereka tahu menghubungi saya dan kenapa mereka memilih KTD? Lalu ini pula jawapan sebilangan besar daripada mereka. "Saya berminat sebab saya ada kawan yang telah belajar di KTD dan dialah yang minta saya menghubungi abang dan dia jugalah yang mencadangkan untuk saya belajar di KTD"

Subhanallah... Tersentap hati ini mendengar kata-kata mereka. Sungguh aku terharu, kerana bila aku mengimbau kembali beberapa tahun yang lampau di saat aku menawarkan KTD di luar sana, seringkali pula tawaranku ditolak. Tak kurang juga ada yang masih tak tahu KTD itu apa. Bahkan ada juga yang yang memburuk-burukkan KTD.

Namun begitu, semua itu sudah kulalui satu ketika dulu. Aku melalui itu semua sebagai satu cabaran buatku, akhirnya segalanya telah berlalu dan kini  ada pula yang membantu aku untuk menawarkan KTD di luar sana. Terima kasih kepada adik-adik KTD yang berani membuka mulut untuk berbicara perihal KTD kepada adik-adik di luar sana.

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah benar yang pernah aku lalui sewaktu aku bekerja sebagai pegawai marketing KTD di Sabah. Cerita ini bermula tatkala aku sedang menghantar adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran di KTD. Kisah ini juga merupakan ujian bagi diriku. Masih segar diingatanku ketika itu aku akan menghantar seramai 70 orang pelajar ke KTD di lapangan terbang Tawau.

Saat aku sedang sibuk menyusun adik-adik di kaunter bagi proses mendapatkan pas pelepasan, ada seseorang sedang memperhatikan aku dari kejauhan. Namun aku buat-buat tidak tahu sahaja walaupun aku perasan kalau dia sememangnya sedang memerhatikan aku setiap gerak dan geriku.

Selesai sahaja aku mengatur adik-adik itu, insan itu segara meluru padaku dan nampaknya andaianku itu ternyata benar dia memang memerhatikan aku daripada tadi. Namun, bila aku melihat insan itu sememangnya aku sama sekali tidak kenal dia.

Apabila ia datang terus senyum dan bersalaman denganku. Demikian perbualan kami:

Insan itu: Awak nak bawa kemana budak-budak ramai tadi?
Aku: Owh.. aku nak hantar mereka ke KTD.
Insan: Owh. Memang benarlah awak ni pegawai marketing di KTD.
Aku: Ia benar.
Insan: Herm.. saya nak tanya berapa KTD bagi awak untuk per student?
Aku: Kenapa?
Insan: Saya nak tawarkan pada awak untuk tukarkan pelajar-pelajar tu dan hantar ke Kolej kami.
Aku: Bermonolog (rupanya dia ni pegawai marketing kolej lain)
Insan: Macam mana awak setuju ker? Sebab selama saya buat marketing di Sabah ni belum pernah saya peroleh pelajar seramai ni di Sabah dalam satu intake.
Aku: So, berapa kolej kamu boleh bagi dan apa yang saya dapat kalau saya tukar mereka untuk ke kolej kamu?
Insan: Kami akan bayar gaji kamu sebanyak RM 2000 per month dan selama mana awak bekerja kami akan bayar semua. Setiap pelajar kami akan bagi awak RM 300, jadi kali dengan 70 pelajar awak kiralah sendiri.
Aku: Herm.. Kenapa murah sangat?
Insan: Haa? (Terkejut) Berapa kolej awak bagi pada awak?
Aku: Setiap pelajar yang berubah menjadi baik dan terus kekal dalam keadaan baik nilainya terlalu mahal kerana ia lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Insan: Wah... Lu ni memang gila punya orang. (Segera sahaja dia meninggalkan aku sebaik sahaja mendengar jawapanku padanya)

Ya memang aku gila. Namun, kegilaanku itu adalah berhajat kepada syurga Allah swt. Mana mungkin ingin kesyurga andai tanpa ada pengorbanan yang besar. Justeru itu, kepada adik-adik KTD yang telah membuka mulut untuk mengajak orang masuk KTD, cuba bayangkan andai orang-orang yang kita ajak itu menemui hidayah di KTD dan istiqomah mengamalkan kehidupan Islam seterusnya menyampaikan kepada yang lainnya pula sehingga dia mati. Selama itu pula kita peroleh pahala daripadanya. Bukankah seorang itu lebih baik dari dunia dan seisinya?

Ya itulah mahalnya KTD. Mahalnya KTD kerana KTD ada proses tarbiyah yang mencetak manusia untuk berubah menjadi lebih baik. Adik-adik diluar sana, kalau anda berhajat pada diploma yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), KTD adalah tempatnya dan kalau anda berhajat pada sistem tarbiyah yang mendidik untuk menjadi insan yang lebih baik KTD juga adalah tempatnya.

Apa anda tunggu lagi? Mahalnya KTD bagi kami kerana adanya diploma dan didikan yang terbaik. Tidakkah anda ingin merasai bagaimana nikmat mahalnya KTD? Segeralah hubungi saya, kalau hati anda terbuka untuk melanjutkan pelajaran di KTD.

JOM MASUK KTD!

0 comments:

Post a Comment