Wednesday 29 May 2013

Have You Think Deeply?



Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu diatas laman blog ini.

Kali ini saya mungkin tidak mencoretkan kisah-kisah menarik untuk bahan bacaan anda, cuma kali ini saya hendak berkongsi rasa bahagia punya sahabat seperti mereka.

Alhamdulillah... Walaupun tinggal berapa hari saja lagi saya akan meninggalkan kampung halaman ku ini, namun masih diberi peluang untuk merakamkan seribu satu kenangan bersama sahabat-sahabatku.

Lantaran itu, sahabat-sahabatku ini belanja aku makan plak malam ni. Ceh.. Bajet macam orang penting lah plak. Hehehe. Tapi aku tahu, kalau mereka ikhlas untuk meraikan pemergianku ini. Aku dapat rasakan itu secara jujurnya.

Menu utama yang menemani kami tadi adalah Chicken Chop.. Mmmmm.. Memang sedap dan teramat dinikmati lebih-lebih lagi ditemani oleh dua orang sahabat yang sangat riuh tadi. Bak kata pepatah sedapnya sehingga menjilat jari.

Rasa seronok sangat, makan sambil-sambil mengimbau kenangan zaman sekolah, kenangan sejak kali pertama bertemu dan macam-macam kisah yang melucukan. Sehinggakan gelak ketawa kami menjadi tumpuan di tengah-tengah restoran tadi.

Apapun aku tahu, disebalik gelak ketawa itu ada satu perasaan yang tercalit di sudut hati. Perasaan sedih untuk berpisah dengan mereka. Lebih-lebih lagi sahabat yang ku kenali sejak kecil. Seorang sahabat bertanya denganku:

"Jumat. Have you think deeply?"

Soalan itu benar-benar menyentap hati ini, lalu membuatkan aku kelu untuk menjawab soalan itu. Aku pun apa lagi cover line cepat, buat-buat tak faham lah bahasa english tu. Dan macam-macam lagi, walhal dalam hati sudah menangis sebenarnya.

Sahabatku, akanku jawab soalan itu disini. Memang aku telah nekad untuk pergi meninggalkan kamu berdua untuk sementara waktu. Tapi, percayalah walaupun terpisah dek jarak beribu batu, walaupun dihadang oleh dinding laut China Selatan,  namun kalian berdua sahabatku dunia dan akhirat. In shaa Allah. :')

Jangan ditangisi pemergianku yang sementara ini, kerana aku pergi untuk mencari selautan ilmu untuk membela masyarakat kita nanti. Mohon doa' kalian berdua agar aku terus teguh berjuang mencari ilmu itu nanti.

At the end of story, aku diberi lagi hadiah coklat Ferrero Rocher dan hanya ada 3 biji. Satu untuk kau, untuk kau dan untuk aku. Segera aku habiskan coklat itu, dan terasa begitu manisnya coklat itu seumpama manisnya kenangan malam ini bersama mereka.

Semoga sahabatku berdua ni gembira dengan lukisan potret yang kuhadiahkan untuk mereka. Aku telah melukis lukisan itu beserta kasih dan sayangku pada kamu. ^_^

In shaa Allah. Selamat tinggal sahabatku. :')

0 comments:

Post a Comment