Thursday 23 June 2011

Ucapan Khas Ibnu Salleh di KTD


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah.. Hari ketiga saya kat semenanjung Malaysia, saya berada di negeri Kelantan. Kat mana lagi kalau bukan kat Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) lah, agak terubat jugak rasa rindu pada KTD.

KTD tak banyak perubahan, cuma untuk pengetahuan semua KTD dah bergelar Kolej antarabanga, yang mana telah ada pelajar-pelajar antarabangsa seperti Indonesia, Kemboja dan ada jugak pelajar dari Palestin (Sumber: salah seorang pensyarah KTD).

Kehadiran saya di KTD untuk melihat pelajar baru yang datang mendaftar di KTD, melibatkan semua negeri di Malaysia termasuklah negeri Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah... hampir mencecah 300 orang pelajar yang mendaftar.

Saya juga dijemput untuk menyampaikan ucapan khas kepada pelajar-pelajar baru sempena majlis penutupan Minggu Silaturrahim (MASIR) sesi 2011/2012.



Antara Mutiara Kata Ucapan Saya:

"KTD umpama lautan yang sangat luas dan begitu banyak ombak dan badai. Tetapi, di dasar lautan itu begitu banyak mutiara yang perlu dicari dan diselami."

Ibnu Salleh

"Rebutlah peluang belajar selama 3 tahun di KTD, untuk menjadi insan yang cerdik pandai, mempunyai sahksiah yang baik, dan bermanfaat pada orang lain"

Ibnu Salleh

Rasa gembira dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bila melihat ramai yang mendaftar sebagai pelajar KTD dan Insya'Allah suatu hari nanti mereka akan mengegarkan dunia.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.
      

3 comments:

  1. tahnia di ucapkan kepada KTD..agar semua perancgn yag d buat di iringi degn bERkat..insyallh..^_^

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada IB supaya sentiasa berjihad utk ALLAH..

    ReplyDelete
  3. cik nik: Amin. terima kasih cik nik. (^__^)v

    my koplit: Amin. marilah kita sama2 mendukung KTD untuk menjadi Kolej Terbaik Dunia. Insya'Allah.

    ReplyDelete