Tuesday 21 June 2011

Mengenali Dirimu



Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah... 19 Jun 2011 saya telah sampai di semenanjung Malaysia. Kehadiran saya disambut oleh seorang sahabat yang baru ku kenali. Namanya adalah En Surail, seorang pensyarah di UITM melaka Alor Gajah.

Beliau baru sahaja ku kenal namun seolah-olah sudah begitu lama aq mengenalinya. Beliau seorang yang sangat baik dan apa yang memikat hati saya bila melihat keperibadian beliau.

Beliau seorang yang peramah, sangat zuhud (merendah diri) dan pemurah. Di rumah beliau lah.. tempat aq menumpang berteduh selama berada di Kuala Lumpur. Terima Kasih yang tak terhingga diucapkan kepada beliau sekeluarga kerana telah memberi layanan yang baik kepada saya. Semoga Allah membalas jasa baik mereka. Amin.

Sungguh rasa bertuah kerana di beri ruang untuk mengenali beliau kerana aq melihat keindahan ISLAM di dalam sahksiah yang dipamerkan.

Semoga ukhwah kami ini dibina atas jambatan IMAN yang bertemu dan berpisah hanya sanya kerana ALLAH. Amin.

Apapun teruskan untuk berkunjung ke blog Ibnu Salleh untuk sama2 berkongsi cerita pengembaraan saya selama seminggu di Semenanjung Malaysia.        

Jumpa lagi semua (^___^)v

0 comments:

Post a Comment