Friday 1 January 2016

Master Trainer Puncak Himmah Consultancy


En. Jumat MS Dilahirkan pada 12 Mei 1989 di Daerah Kunak, Sabah. Memulakan pendidikan awal di SK Kunak Jaya, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di SMK Kunak Jaya. Beliau merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Diploma Pengurusan Teknologi di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) pada tahun 2010 dan seterusnya melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Bimbingan & Kaunseling Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Telah memulakan kerjaya sebagai penceramah sejak berusia 18 tahun ketika beliau masih lagi belajar di peringkat pengajian tinggi sekitar tahun 2008.Beliau pernah mendapat bimbingan daripada beberapa pakar-pakar motivasi seperti Prof. Madya Dr. Azizan Ahmad Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd Razali Maarof Motivator KTD dan Tuan Haji Rosdi Baharom Motivator Intelligent Heart.

Beliau telah menyampaikan ceramah lebih daripada 300 buah sekolah diseluruh Negara dan beliau pernah juga menyampaikan ceramah dibeberapa buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Seterusnya beliau telah menerjah bidang perunding motivasi ini dengan lebih serius apabila pada tahun 2010 beliau telah mengasaskan syarikat Puncak Himmah Consultancy ini. Sejak dari itu, beliau terus aktif menyampaikan ceramah di seluruh Malaysia.


Beliau juga sering dijemput menyampaikan slot motivasi di kaca tv seperti Tv1 & Tv3 Disamping itu beliau juga pernah dijemput di radio Elnury, Bekasi, Indonesia.

0 comments:

Post a Comment