Thursday 9 May 2013

Saya Malulah Mak..!!!



Seorang balu terpaksa membesarkan seorang anaknya seorang diri kerana suaminya telah meninggal dunia. Beliau bukan sahaja seorang balu yang hidup dalam keadaan susah malah beliau juga merupakan seorang yang cacat penglihatan. Namun, dalam keadaan serba kekurangan itu beliau tabah dalam mengharungi gelora kehidupan dan ranjau keperitan demi membesarkan anaknya. 

Pada ketika beliau pergi menghantarkan bekalan makanan untuk anaknya di sekolah.

"Mak tak perlu datang sekolah lagi! Saya malu lah mak, kerana saya selalu diejek oleh kawan-kawan kalau mak saya ni cacat orangnya. Tolonglah lah mak! Kenapa, hidup saya macam ni mak? Kenapa kita hidup susah? Kenapa ayah pergi meninggalkan kita mak?"

Mendengar kata-kata anaknya itu, menitis air mata pilu dikedua-dua pipi ibu itu. Beliau tidak terkata apa-apa melainkan hanya mampu menangis.

Setelah sekian lama berlalu, anak itu kini menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran bahkan kini sudah bekerja dengan baik. Tapi malangnya tidak pernah sekali dia pulang kampung menjengah ibunya di kampung. 

Sampailah satu ketika dia bermimpi.

"Jika kau nak temui ibumu untuk kali terakhir segeralah pulang kampung melihatnya"

Terjaga sahaja dari mimpi itu anak itu segera pulang kampung. Setibanya sahaja dikampung itu sianak melihat rumah usang yg tidak berubah sejak dulu. Segera ia memberi salam naik kerumah dan memanggil-manggil ibunya.

"Assalamu'alaikum wbt. Mak! Mak! saya dah balik ni"

Kedengaran suara membalas salam itu namun bila ia melihatnya itu adalah ibu saudaranya.

"Mak Su rupanya, mak mana maksu?"

"Mak kamu takda dia tinggalkan ini untuk kamu"

Terdapat sepucuk surat yang diutuskan buat anak itu.

"Assalamu'alaikum wbt. Kehadapan anakku yang mak rindui. Mak terlalu rindu padamu nak, rasa rindu itu membuatkan mak semakin lemah. Setiap hari mak cuma menghubungi kamu melalui telefon tapi tak pernah kamu mengangkat panggilan mak. Mak utuskan surat, tak pernah sekali ia berbalas. Nak, mak utuskan surat ini untuk menjawab pertanyaanmu 20 tahun lalu. Sebenarnya semasa kamu berusia 2 tahun dulu kita sekeluarga hidup dalam gembira dan sehinggalah satu ketika kita sekeluarga terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kemalangan itu meragut nyawa ayahmu nak. Pada ketika itu kamu berada dalam keadaan teruk nak, mak tak sanggup sesuatu yang berlaku keatas kamu nak kerana mak begitu sayangkan kamu. Mata kirimu telah rosak akibat serpihan kaca dari kemalangan itu nak. Mak tak mahu kamu membesar dengan keadaan cacat, justeru itu mak mengambil keputusan agar mata mak diberi padamu nak, mata yang kamu pakai melihat dunia yang ceria itu adalah mata mak. Pembedahan itu memakan belanja, sebab itu juga hidup kita susah kerana mak jualkan semua tanah kita agar menampung kos pembedahan itu nak. Baru sekarang mak ceritakan padamu nak, kerana mak tak mahu kamu terganggu. Mak harap selepas kamu membaca surat ini, kamu redha akan ketentuan Allah anakku. Sekian yang merindukanmu, Ibumu"

Sebaik sahaja membaca surat itu anak itu menangis dan memanggil ibunya. Mak saudaranya memberi tahu kalau ibunya telah meninggal dunia pada minggu lepas kerana penyakit paru-paru berair. Segalanya sudah terlambat untuk anak itu, dia begitu menyesal kerana memperlakukan ibunya seperti itu.

0 comments:

Post a Comment