Wednesday 8 May 2013

Menyesal Punya Anak Seperti Kalian



Seorang ayah tunggal mempunyai 9 orang anak dan beliau membesarkan semua anaknya seorang diri kerana isterinya telah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser. Hasil didikan beliau kesemua anaknya berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi sehingga kesemua anaknya berjaya meraih cita-cita dalam bidang profesional.

Ada anaknya menjadi Doktor, Peguam, Jurutera, Arkitek, dan Pensyarah. Kejayaan beliau membesarkan semua anaknya hingga meraih kejayaan anak-anaknya beliau telah menerima anugerah "Ayah Mithali". Sehinggalah satu ketika, ayah ini jatuh sakit. Kesakitan itu berlarutan sehingga beliau tidak terdaya dan hanya terdampar diatas katil sahaja.

Apa yang beliau mampu lakukan adalah menulis saki baki kisah kehidupannya yang sudah menunggu waktu dipanggil pulang sahaja. Akhirnya beliau memberi wasiat kepada anak sulungnya agar membacakan muka surat terakhir didalam diari beliau pada ketika beliau meninggal nanti.

Akhirnya beliau telah kembali kerahmatullah dan disaksikan oleh kesemua anaknya dan sanak saudara juga tetamu-tetamu lain. Apabila anak sulungnya membuka diari dan membaca diari tersebut dihadapan semua adik-beradik dan sanak saudara yang lain demikianlah yang tercatat didalam diari tersebut.

"Anak-anak abah sekalian. Anak-anak abah semua telah menerima peringkat pengajian tertinggi dan berjaya menjadi seorang yang begitu membanggakan dengan jawatan-jawatan penting. Kalian semua mungkin menjadi kebanggaan kepada sesiapa sahaja mendengarkannya sehingga abah digelar sebagai ayah mithali. Tetapi, sebenarnya abah nak katakan bahawa abah sangat-sangat MENYESAL mempunyai anak-anak seperti kalian. Abah merasa malu dan abah merasa sedih, kerana ada 9 orang anak seperti kalian. Memang kalian berilmu, namun kalian tidak punyai nilai kemanusiaan. Tatkala abah terlantar diatas katil ini, takda seorang pun dalam kalangan kalian yang datang dan duduk bertanya khabar abah. Apa yang kalian buat hanya menjenguk abah didepan pintu bilik sahaja dan hanya melihat abah dari jauh. Abah menyesal punyai anak-anak yg berpelajaran tetapi tidak punyai nilai-nilai keimanan. Baru abah faham ilmu yg tinggi sahaja tidak cukup utk menjadi insan, namun harus ada nilai keimanan yang bergerak seiring dengan ilmu. Akhir kalam, Abah minta anak-anak abah berubah, kerana ilmu itu tidak kemana andai tidak disertai dengan iman. Sekian Dari Abah"

Anak sulung beliau membacanya dengan teresak-esak dengan tangisan, tatkala sanak saudara dan orang lain terkejut mendengarkan luahan hati seorang ayah. Kesemua anak-anaknya menyesal dan menangis namun, sudah terlambat kerana abah mereka sudah tidak ada lagi.

1 comment:

  1. ilmu iman amal... 3 importnt thngs tht always forgot by muslim... #btw,very nice entry~~~ :)

    ReplyDelete