Saturday 19 November 2011

Menjadi Luar Biasa Ditengah Kebiasaan


Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Allah swt... Dapat kita bersua lagi di alam maya ni. Hari ni saya akan membicarakan tentang sebuah tajuk yang mungkin biasa kita dengar tapi, inpaknya pasti luar biasa. Tajuknya seperti yang tertera di atas "Menjadi Luar Biasa Ditengah Kebiasaan".

Anda sudah bersedia tak ni? OK, sebelum saya mulakan mari kita berdoa' pada Allah agar pembacaan ini mampu memberi inpak yang saya maksudkan. Bismillahirrahmanirrahim... (Baca Doa)

Alhamdulillah... Sudah sedia? Apa yang paling penting kesediaan hati anda untuk menerima bahan yang akan saya sampaikan ini.

Baiklah, mari kita renungi nasib masyarakat kita pada hari ini dengan kacamata IMAN. Pasti anda dapati begitu banyak masalah, antaranya kes jenayah, kes juvana, kes rogol, kes pembuangan bayi, kes rasuah, dan kes penagih dadah dan gejala-gejala ini semakin hari semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Pasti anda akan tertanya-tanya apa pula kena mengenanya semua masalah ini dengan tajuk yang akan saya sampaikan hari ini? Baiklah, cuba kita lihat siapa sebenarnya yang begitu banyak dengan masalah ini? Bila saya dapati dalam beberapa kajian lain, golongan yang terlalu banyak terlibat adalah golongan remaja dan mereka adalah remaja muslim.

http://haslindalukman-puteriamirah.blogspot.com/2010/04/fenomena-gejala-sosial-pendahuluan.html

Golongan remaja merupakan aset terbesar kepada sesebuah negara, dan golongan ini adalah pewaris kepada kepimpinan sesebuah negara. Namun, agak membimbangkan apabila golongan ini telah rosak dan terlibat dengan semua masalah-masalah ini.

Timbul persoalan di dalam benak kita semua, kenapa ini semua telah berlaku? Apa jawapan anda?

Jawapan saya, semua ini berlaku dengan pelbagai faktor dan faktor utama adalah bermula dengan pendidikan. Justeru itu pendidikan utama adalah didikan agama. Merentasi suasana yang begitu pekat jahiliyahnya pasti dengan satu formula sahaja iaitu kembali kepada cara hidup ISLAM.

Apa buktinya? Kita selusuri sirah Rasulullah saw diawal dakwah baginda ialah penekanan kepada pembinaan iman, iman dan iman. Zaman arab jahiliyah itu tidak ada bezanya dengan umat sekarang kan? masyarakat yang semakin jauh daripada ISLAM.

Oleh itu, kunjungan cahaya itu pasti hadir andai kita menitik beratkan didikan agama terutama dalam tarbiyah imaniah yang seharusnya diperjelaskan sejak kita lahir lagi. Barulah kita menjadi insan yang luar biasa ditengah kebiasaan. Lihat saja bagaimana madrasah tarbiyah Rasulullah saw mampu mendidik para sahabat sehinggakan mereka menjadi insan yang luar biasa.

Anda percaya atau tidak, masih ada institusi pendidikan yang masih menekankan nilai-nilai murni ini? Jawapannya adalah, masih ada. Institusi itu adalah Kolej Tarbiyah Dakwah (KTD). Pasti anda akan tertanya-tanya ada apa dengan KTD?

Persoalan itu saya akan jawab pada post akan datang, oleh itu anda rajin-rajinlah berkunjung dalam blog ni untuk mendapatkan jawapan pada soalan "Ada Apa Dengan KTD???"

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    " Ada apa dgn KTD?"
    satu persoalan yg cukup mendalam maksud tersiratnya,
    ana suka dgn persoalan ini..
    bersyukr di beri peluang menuntut ilmu di KTD.
    terusknlah menulis mengetuk hati2 yg ingin mendekati-Nya sekaligus ingin sentiasa brda dlm dakapan cinta-Nya.
    wslm.

    ReplyDelete
  2. moga Allah meneguhkan langkah-langkah kalian adik-adikku nabilah dan ibn salleh
    dikurniakan faham di kala manusia masih mencari
    itulah hadiah paling berharga dari Allah swt
    akak sendiri sering tertanya apalah kebaikan yg ada dalam diri akak sehingga Allah berkenan mencampakkan hidayah dan fikrah ini ke dalam hati
    alangkah tidak layak
    DIA memerisai diri kala remaja lain hanyut dalam dunia mereka sendiri
    menjadikan kita -dgn IMAN ini- luarbiasa di tgh kebiasaan
    hadiah yang tak mampu disyukuri kerana terlalu besarnya
    semoga Allah memilih kita dan terus memilih kita hingga kita pulang dalam redhaNya
    teruskan berkhidmat buat agamaNya d mana saja kalian berada
    inna solati wanusuki wamahyaaya wamamaati LILLAAHI Rabbil 'alameen

    ReplyDelete