Thursday 10 November 2011

Di Mana Kita???

Assalamu'alaikum wbt semua....

Alhamdulillah, masih sempat jugak saya melabuhkan jari-jemari di atas kekunci komputer ni untuk mencatatkan sesuatu.

Adakah anda semua sudah bersedia untuk berlayar dengan cerita yang ingin saya bawakan hari ini? Gerakkan bahu anda, tegakkan diri, tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas dan hembus... Alhamdulillah.. masih segar..

Baiklah.. Saya nak bertanya soalan pada anda semua. Soalan ini saya pernah tanyakan pada diri saya. soalannya adalah, Di mana kita?

Baiklah, saya berikan anda masa untuk menjawab, Seminit cukup tak? Cukup kot, hehehe... (1 Minit)

Sekarang mari kita sama-sama menjawab persoalan ini. Sekarang anda di mana? mungkin anda ada dibilik, mungkin anda ada di masjid, mungkin anda ada di cyber cafe, mungkin anda ada di rumah, mungkin anda ada di restauran, dan masing-masing berada di tempat masing-masing.

Sekarang kita tanya diri kita, antara kita dengan tempat kita berada itu mana yang lebih besar? kita atau tempat kita berada itu? sila jawab.

Antara tempat kita berada itu dengan daerah kita mana yang lebih besar? tempat itu atau daerah? sila jawab.

Antara daerah dengan negeri kita mana yang lebih besar? daerah atau negeri kita? sila jawab.

Antara negeri kita dan negara kita mana yang lebih besar? negeri kita atau negara kita? sila jawab.

Antara negara kita dan asia tenggara mana yang lebih besar? negara atau asia tenggara? sila jawab.

Antara asia tenggara dan benua asia mana yang lebih besar? asia tenggara atau benua asia? sila jawab.

Antara benua asia dan semua benua di dunia ini mana yang lebih besar? benua asia atau semua benua? sila jawab.

Antara semua benua dan bumi mana yang lebih besar? benua atau bumi? sila jawab.

Antara bumi dan sistem suria mana yang lebih besar? bumi atau sistem suria? sila jawab.

Antara sistem suria dan alam semesta ini mana yang lebih besar? sistem suria atau alam semesta? sila jawab.

Antara alam semesta dan Allah swt mana yang lebih besar? Alam semesta atau Allah swt? sila jawab.

Terima kasih kerana bersabar dalam menjawab persoalan di atas.

Tahukah anda sekalian? Kalau Allah swt yang menciptakan seluruh alam ini.. Subhanallah... Maha Besarnya Allah. Sistem suria kita hanya sebesar sebutir gula pada alam semesta ini. Namun, Allah jualah yang Maha Besar.


Sekarang cuba kita renungkan di mana kedudukan kita di sisi Allah. Pasti terlalu kecil dan teramat-amat kecil bahkan, mungkin tidak mampu dilihat bukan.. Tapi kenapa masih lagi kita merasa besar dan sombong kepada Allah??? Sedangkan kita adalah hamba yang terlalu kerdil dan tidak ada apa-apa.

Justeru itu mari kita renung kata-kata ini, 
"barangsiapa yang merasa besar di dunia ini, pasti dia adalah orang yang paling kecil diakhirat nanti."

Maaf andai mengambil masa anda untuk menjawab persoalan ini, semoga persoalan ini mampu menyedarkan kita bahawa kita adalah hamba yang kerdil sahaja. Selayaknya kita meletakkan diri kita dengan tempat yang betul pada kedudukan yang betul iaitu hanyalah hamba kepada Allah. Marilah kita menjadi Hamba Allah yang bertakwa. Insya'Allah.. (^^,)

0 comments:

Post a Comment