Sunday 30 October 2011

HEBATNYA PENEBAR ROTI


Berada di Taman Tengku Anis, Kota Bharu Kelantan.
07.35 AM

"Fuhh... Alhamdulillah, genap jugak 10 round aku jogging kat taman ni. Eh... Mana Rafie ni?" Aku bertanya sendirian dan tercungap-cungap.

"Lebih baik aku tunggu dia di pondok rehat depan tu. Subhanallah... Nyamannya udara yang Engkau kurniakan kepada hambaMu ini ya Allah" Aku melangkah sambil menghirup udara yang nyaman di pagi yang indah.

"Begitu hebat ciptaanMu ya Allah, terasa kerdil diri ini melihat kebesaranMu Tuhan yang menciptakan alam semesta ini" Aku bermonolog sendirian sambil mendongak ke langit yang begitu cerah dan suasana yang indah di taman ini. Terasa hilang tention dalam study dan begitu tenang rasanya.

             Ramainya manusia yang turut beriadah bersamaku pagi ini, bermacam ragam aku melihatnya. Ada seorang ayah menemani anaknya, ada seorang tua yang besendirian, ada yang datang bersama keluarga, namun ada juga sepasang kekasih turut bersama.

"Ya Allah, semoga Engkau campakkan hidayah dan kesedaran kepada mereka. Amin." Aku berdoa' sementara duduk di pondok rehat itu.

Pada ketika kupejamkan mata, membayangkan keluarga di kampung.

"Zahid! Zahid! Huh, Huh, Huh.... Tunggu aku la zahid" Rafie memanggilku dari jauh, dan tercungap-cungap keletihan.

             Lamunanku berkecai dengan jeritan suara Rafie memanggil namaku. Aku hanya tersenyum melihat telatah Rafie yang begitu keletihan selepas jogging 10 round bersamaku, namun jauh kutinggalkan dibelakang tadi. Itulah Rafie, teman satu kursus dalam bidang perakaunan denganku di Kolej, dia adalah seorang anak doktor, dan ibunya seorang guru. Telatahnya sering saja mencuit hatiku ini, kerana dia begitu manja orangnya, almaklumlah dia merupakan anak tunggal. Tersenyum melihat gelagatnya melangkah perlahan menghampiriku.

"Zahid, aku dah tak larat lah... Aku rasa sesak nafas je tau, aku tak biasa jogging sejauh ni, huh, huh, huh..." Rafie mengeluh dan tercungap-cungap.

"Hahaha... Apalah kau ni Rafie, baru 10 Round pun dah mengeluh, lagipun ini untuk kesihatan kita jugak kan. Herm.. Mari kita buat warming down dulu, nanti otot-otot kita tegang plak" Aku ketawa kecil mendengar keluhan Rafie, namun aku mengajaknya untuk buat warming down.

"Ia lah, senang lah kau cakap, dah kau biasa datang sini. Cepatlah habiskan warming down ni, perut aku dah lapar ni. Hehehehe" Rafie menjawab dan tersengeh-sengeh.

"Isk, isk, isk... Kau ni memang, jogging sikit makan banyak macam mana lah nak susut berat badan tu" Aku menyakat Rafie.

Sementara warming down.

"Oh ya Rafie, macam mana dengan keputusan test minggu lepas? Kau lepas tak semua subjek?" Aku bertanya pada Rafie.

"Herm... bolehlah, macam biasalah aku mesti kantoi dengan satu subjek. Nak buat macam mana lagi? Setakat tu je kemampuan aku kan" Rafie menjelaskan dengan nada yang tidak bersemangat.

            Rafie seringkali gagal dalam setiap ujian yang dia ambil. Aku tahu kalau dia merasa tertekan dengan situasi itu, dan mungkin ibu ayahnya terlalu meletakkan harapan yang tinggi padanya. Tetapi, sebagai kawan aku yakin kalau Rafie boleh berjaya suatu hari nanti. 

"Jangan putus asa Rafie, biasalah kalau kita gagal. Setiap daripada kita ni pernah melalui kegagalan. Tak kisah lah berapa kali kita gagal, tapi apa yang paling penting adalah berapa kali kita bangkit daripada kegagalan kita. Tak bermakna kita gagal sekali kita akan gagal selamanya. Aku yakin suatu hari nanti kau akan berjaya, yang penting kau berusaha dan tidak berputus asa" Aku memberi kata-kata semangat pada Rafie sambil memegang bahunya.

Rafie tersenyum mendengarnya dan berkata:
"Terima kasih ya Zahid, kerana kau selalu memberiku semangat. Takpa hari ni aku akan belanja kau sarapan pagi, jom kita pegi sarapan aku dah tak tahan kelaparan ni" 

"Betul ni kau nak belanja aku? baiklah, tapi dengan satu syarat" Beritahuku pada Rafie.

"Apa syaratnya Zahid?" Pantas Rafie bertanya padaku.

"Kita pegi sarapan ke satu tempat makanan kegemaranku. Kat sebuah warung roti canai tidak berapa jauh daripada sini. Amacam boleh ker?" Aku maklumkan syarat pada Rafie dan bertanya padanya.

"Takda hal lah.. Ok jugak tu, dah lama aku tak makan roti canai, hehehe" Rafie bersetuju dan tersengeh. Aku tahu kalau dia juga gemar akan roti canai.

"Jangan makan banyak sangat tau, kang lemak tu makin bertambah" Aku terus menyakat Rafie.

Kami terus bertolak pergi.

**********************************************************************************

Tibanya kami di warung roti canai.

"Assalamu'alaikum wbt Pakcik" Aku memberikan salam kepada pakcik penebar roti.

"Wa'alaikumussalam wbt, oh.. Zahid, marilah duduk. Nak pesan apa Zahid?" Pakcik Din menjawab salam, mempelawa kami berdua duduk dan meminta pesanan.

"Macam biasa lah pakcik, bagi kami roti kosong kuah campur dan teh tarik ya" Aku memesan untuk kami berdua. 

"Wah.. Bukan main lagi kau Zahid siap dah kenal dengan pakcik penebar roti tu lagi" Rafie dengan suara sinis.

"Memanglah, aku kan dah bagi tahu kalau aku sering kesini, lagipun kat sini roti canai dia memang sedap ditambah pulak dengan aksi-aksi hebat pakcik Din menebar roti, pasti kau akan teruja melihatnya nanti" Aku menjelaskan dengan bersungguh-sungguh.

"Lihatlah, aksi pakcik Din tu" Aku memberitahu Rafie sambil menuding jari kearah pakcik Din.

"Wah! Hebatnya penebar roti ni. Siap terbang kot roti tu. Sangat mengagumkan lah Zahid" Rafie teruja.

"Kan aku dah kata tadi, memang pakcik ni hebat dari semua segi dalam menghasilkan roti, lagipula dah lama dia menebar roti, sejak kau tak lahir lagi Rafie" Aku memberitahu sambil tersenyum.

7 Minit kemudian

"Siap! Ni dia roti canai kosong dua dan teh tarik. Selamat menjamu selera ye Zahid" Pakcik Din bawakan kepada kami sambil mempelawa.

"Subhanallah! Memang sedap lah, roti ni Zahid. Rangup, garing, dan kuah yang cukup rasa" Rafie memuji keenakan roti canai tersebut.

"Tau tak keenakan itu lahir daripada seorang penebar roti canai yang hebat dan luarbiasa tau" Aku menjelaskan pada Rafie.

"Apa maksud kau Zahid?" Rafie yang kebingungan.

"Tau tak Rafie aku dah bertaa'ruf dengan pakcik tu, dan apa yang hebat mengenai dia adalah kehebatan dia dalam mengadun dan membuat acuan...." Sementara aku menjelaskan Rahfie memintas kata-kataku.

"Aku tau, aku tau.. mengadun dan membuat acuan pada roti ni kan?" 

"Hahaha.. itu sudah semestinya. Tapi bukan itu yang aku maksudkan." Aku tersenyum.

"Habis tu apa dia?" Rafie semakin bingung.

"Kehebatan dia dalam mengadun dan membuat acuan dalam mendidik anak-anaknya. Tau tak pakcik Din ada 10 orang anak. Kehebatannya begitu terserlah apabila, dia berjaya mendidik semua anak-anaknya menjadi insan yang berjaya. Kesemua anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Walaupun dia hidup dalam keadaan sederhana, berpendidikan rendah dan hanya bergelar seorang penebar roti, tapi dia hebat mendidik anak-anaknya" Aku menjelaskannya dengan penuh kesungguhan.

"Subhanallah.. Zahid, aku rasa malu pada pakcik penebar roti itu. Walaupun dia hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan namun dia tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk memberikan pendidikan yang terbaik pada anak-anaknya. Sedangkan aku, seorang yang hidup dengan kemewahan dan punyai segala-galanya tapi masih tidak dapat menjadi orang yang cemerlang" Rafie melontarkan luahan hati sambil matanya yang kelihatan berkaca-kaca.

            Aku tahu kalau hati Rafie tersentuh dengan kisah kehidupan pakcik penebar roti itu, dan aku yakin kalau dia menjadikan ia sebagai teladan dan panduan hidupnya.

"Zahid.. Insya'Allah.. Aku akan berjanji pada diriku, menjelang peperiksaan akhir nanti aku akan belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan kalau aku juga akan berjaya seperti anak-anak pakcik penebar roti itu" Rafie dengan suara yang bersemangat.

"Alhamdulillah.. Aku tahu kalau kau pasti boleh Rafie. Insya'Allah, aku doakan kejayaan kita bersama" Aku senyum gembira.

          Aku melihat kesungguhan dan kesedaran di mata Rafie. Aku semakin yakin kalau dia mampu keluar daripada zon selesa yang menyebabkannya selalu gagal. 

*********************************************************************************

Di Rumahku sewaktu cuti semester.
07.00 AM

Ring... Ring... Ring....!!!
(Panggilan daripada Rafie)

            Aku meluru pantas melihat telefon bimbitku dan kulihat ada panggilan daripada Rafie. Aku merasa pelik kenapa Rafie buat panggilan seawal pagi ni?

"Assalamu'alaikum wbt. Zahid keputusan kita dah keluar semalam, dan aku ucapkan tahniah pada kau kerana kau dapat keputusan yang cemerlang Zahid. Pointer kau 3.78 Zahid" Rafie memberitahu kepadaku.

"Wa'alaikumussalam wbt. Alhamdulillah.. Bersyukur aku padaMu ya Allah, rasa syukur yang tidak terhingga kupanjatkan padaMu kerana dengan izinMu aku peroleh keputusan yang cemerlang" Aku menitiskan air mata gembira.

"Oh ya, bagaimana pula keputusanmu Rafie?" Aku terus bertanya.

"Alhamdulillah... Zahid aku juga peroleh keputusan yang cemerlang dengan pointer 3.53, terima kasih zahid kerana memperkenalkan aku dengan seorang penebar roti yang hebat!" Rafie melontarkan nada gembira dengan penuh semangat.

"Alhamdulillah... Syukurlah pada Allah. Kita berdua peroleh keputusan yang cemerlang. Kau mesti belanja aku makan nanti Rafie" Aku mengacah kepada Rafie.

"Aku akan belanja makan di warung HEBATNYA PENEBAR ROTI... boleh kan Zahid? hahahaha" Rafie mengajakku.

            Hebat dan luar biasa kita semua bukan terletak pada siapa kita?, apa yang kita ada?, di mana kedudukan kita?, status pendidikan kita?,  namun kehebatan kita adalah lahir daripada kehendak hati yang tinggi dan cita-cita yang membara. Insya'Allah.. Aku akan menggenggam cita-cita ini dengan semangat yang membara dan kehebatan  yang luar biasa. Amin.



*THE END*








2 comments:

  1. Suka2..Mujur x der like kat sni klu x ana da bg 10 like da..haha

    ReplyDelete
  2. Jazakallah akhi.. smoga bermanfaat tuk kita smua.. Amin. (^^,)v

    ReplyDelete