Saturday 2 July 2011

LAGU GENERASI RABBANI BY IBNU SALLEH

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Post kali ni saya nak share sebuah lagu ciptaan saya sendiri yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan iaitu kumpulan Shoutul Hamasah.

Tajuk lagu ni adalah "Generasi Rabbani". Dalam Post ni jugak saya sertakan lirik lagu tersebut. Semoga bermanfaat untuk kita semua.


Generasi Rabbani :

Perjalanan hidup memang indah,
Terkadang suka terkadang duka,
Mengejar erti kehidupan,
Mengenal erti kedamaian,

Engkau mujahid yang berilmu,
Akidah teguh akidah jitu,
Punya fikrah jelas dan satu,
Untuk berdakwah di jalanmu,

Ayuh bangkit ayuh maju,
Generasi rabbani ditunggu,
Usah gusar dan usah ragu,
Allah sentiasa bersamamu,

Semuanya adalah cita-cita,
Untuk mengejar cintaNYA,
Agar hidup lebih bermakna,
Menuju jalan redhaNYA,

hahaha, hahaha.....
hahahaha, hahahaa...
hahaha, hahahaaaa...


Ayuh bangkit ayuh maju,
Generasi rabbani ditunggu,
Usah gusar dan usah ragu,
Allah sentiasa bersamamu,

Semuanya adalah cita-cita,
Untuk mengejar cintaNYA,
Agar hidup lebih bermakna,
Menuju jalan redhaNYA,

GENERASI RABBANI..... (3X)

Lirik By: Ibnu Salleh
Lagu By: Shakir

0 comments:

Post a Comment