Wednesday 12 June 2013

Ku Mengejar Cinta Yang Halal



Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk kembali mencoretkan sesuatu sebagai bahan bacaan teman-teman semua.

Sebelum aku menulis dengan lebih dalam lagi, ingin ku bertanyakan khabar teman-teman sekalian. Apa khabarnya jasad dan Iman kita?

Semoga masih merasai manisnya Iman yang mendalam kepada Allah Azza Wa Jalla tatkala tubuh badan kita diberikan nikmat kesihatan. In shaa Allah. Aamiiin. ^_^

Teman-teman sekalian, hari ni sekali lagi aku mencoretkan satu tajuk yang sering menjadi perhatian kepada segenap lapisan manusia khususnya para remaja. Ya.. Tajuk berkisar cinta lagi.

Masakan tidak tajuk ini menjadi tumpuan kerana ia sememangnya frasa kata yang selalu hadir bahkan ada di dalam setiap tubuh manusia.

Cinta itu tidak mungkin terpisah dengan makhluk yang bergelar manusia kerana perasaan cinta ini adalah fitrah kejadian setiap manusia dan ia merupakan satu nikmat dan anugerah Allah yang begitu besar buat kita semua.

Namun... Tatkala hati yang sedang ingin bercinta dipandu oleh nafsu serakah maka cinta ini menjadikan kita sebagai makhluk yang begitu hina. Teman-teman bukan aku ingin sempitkan kalimah cinta kita namun aku ingin mengajak teman-teman untuk sama-sama menyemai cinta yang membawa kita menuju redha Ilahi.

Satu ketika dulu aku juga pernah melalui zaman remaja. Aku juga merupakan salah seorang remaja yang menjadi mangsa kepada tafsiran cinta palsu yang menjerat di tengah-tengah kejahilan.

Aku pernah ada couple dan aku pernah menabur kasih cinta pada insan yang bergelar couple padaku. Pada ketika itu aku merasakan aku telah mengenal erti kata cinta sebenar, namun sebenarnya aku tertipu oleh nafsu dan syaitan yang menjadi musuh dalam selimut diri.

Astaghfirullahalaziiim.. Sungguh aku merasa sangat berdosa kerana kau terjerat oleh bahana cinta nafsu yang hanya ingin mencari keseronokan. Sedikitpun aku tidak merasakan saat percintaan itu menambahkan kecintaan ku kepada Allah swt.

Sehinggalah satu ketika aku disedarkan oleh seseorang yang mengatakan kepadaku:

"Sekiranya cinta terhadap couple itu membawa mu kepada syurga maka silakan kamu teruskan hubungan itu. Namun, sayang sekali kerana cinta itulah yang akan mengheretmu menuju siksa dan azab neraka jahannam"

"Cuba kalian bayangkan andai malam ini kita dipanggil pulang bertemu Allah, tatkala kita masih punyai couple yang bukan halal untuk kita, sudah pasti kita tahu dimana tempat kita"

Na'uzubillahi minzalik.

Allahu rabbi.. Mendengarkan kata-kata itu, hati ini terketuk dengan kuat sehinggakan nafas dan degupan jantung tidak lagi sekata dan semakin bergerak melaju. Selesai sahaja kata-kata itu menghentam kuat di lubuk hatiku, terasa diri ini harus memilih antara dua.

Adakah aku memilih cinta yang haram atau cinta yang halal bagiku sedangan aku berhajat untuk mengejar cinta dan kasihnya Allah Azza Wa Jalla.

Teman-teman pada ketika itulah aku telah bertekad untuk meninggalkan cinta haram itu, kerana baru aku sedari rupanya Islam itu agama yang begitu indah. Ia tidak membunuh fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai namun ia menunjukkan jalan cinta yang diredhai yakni halalnya pernikahan.

Subhanallah.. Hatiku kian bebas, hati kian tenang tatkala membuat pilihan yang dilakukan semata-mata ingin meraih cinta Allah swt. Teman-teman, sejak itu aku tidak lagi punyai couple bukan kerana diri ini tidak punyai rasa cinta namun aku simpan dulu rasa cinta ini untuk menuju cinta yang halal bagiku.

Ya.. Aku mengejar cinta yang halal iaitu mencari teman hidup yang sedia menjadi sayap kiri perjuangan dalam melalui bahtera kehidupan yang mendatang. Sehinggalah aku menemukan si dia yang terasa cocok bagiku, lantas segera aku merisiknya dan menyampaikan hasrat hati untuk melamarnya menjadi permaisuri hati yang bergelar isteri.

Mudahnya Islam, namun bukan diambil mudah teman-teman. Kenapa memilih untuk sengsara sedang peluang untuk bahagia masih terbentang luas buat kita? Buat teman-teman yang ingin, sedang ataupun masih bercouple marilah kita sama-sama bermuhasabah adakah kita sanggup meneruskan jalan yang benar-benar membawa derita?

Ayuh..! Kuatkan hatimu untuk bersedih seketika, demi mengejar cinta yang halal bagi kita. In shaa Allah.. Kelukaanmu sementara itu akan terubat dengan rasa bahagia yang tidak kau sangka-sangka sebelumnya. Itulah yang aku rasakan tatkala nekad untuk memilih jalan bahagia.

Bukankah Allah telah berpesan kepada umat manusia melalui ayat ini:

Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Sungguh lihatlah asas percintaan nafsu yang kita agungkan kesuciannya sebenarnya adalah perangkap samar yang disediakan oleh syaitan durjana. Segeralah buka pintu hatimu teman-teman agar sama-sama kita menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman dan bertakwa.

Maaf kepada teman-teman yang merasa tidak selesa dengan penulisan ini, namun tidak terniat untuk menegurmu dengan bahasa yang keras namun sekadar berhajat untuk mengajak kalian bersama menuju redha Allah SWT.

Aku cuma ingin mengajak kalian menuju jalan bahagia menuju syurga Allah Azza Wa Jalla. ^_^

0 comments:

Post a Comment