Wednesday 16 January 2013

Blog Motivasi Cinta


Asssalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. Segala puji dan syukur diucapkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinnya saya dapat mencoretkan sesuatu dalam blog ini.

Apa khabar teman-teman dialam maya? Moga sihat walafiat disamping keluarga tercinta. Rasanya hampir setahun saya tidak “Update” menulis dalam blog, dan saya mohon maaf sebab terlalu sibuk menjadi faktor utama kenapa begitu lama saya tak mencoretkan sesuatu pada blog ini.

Alhamdulillah.. pada tahun 2013 ni saya telah ubah nama blog menjadi “Motivasi Cinta”. Kenapa saya pilih nama ini? Pasti teman-teman nak tau kan. Salah satu sebab saya memilih subjek “Cinta” ini kerana ia merupakan satu subjek bual bicara yang memang tak pernah asing oleh kita yang bergelar insan.

Bila kita yang bergelar insan ini sememangnya kita semua pasti memiliki “Cinta” tersendiri. Saya juga yakin kita juga masing-masing punyai tafsiran sendiri perihal erti cinta. Tanpa cinta manusia pasti tak akan kenal dengan erti bahagia.

Misalnya mudah, bahagia seorang ibu apabila dia mencintai anaknya, bahagia seorang suami apabila dia mencintai isterinya, bahagia seorang sahabat apabila dia mencintai sahabatnya dan bahagia  seorang anak apabila dia mencintai ibu bapanya.

Namun, ada juga persoalan yang timbul perihal cinta. Apabila cinta disalah tafsirkan, seolah-olah cinta sesuatu yang terlalu agung dari segalanya, sehinggakan ada insan yang menjadi hamba kepada cinta. Pelik kan, bagaimana insan diperhambakan cinta?

Persoalan itu, terus menjadi tanda tanya pada kita semua. Jawapannya terlalu mudah apabila cinta itu dilandaskan pada nafsu semata, dan menerima hasutan syaitan durjana. Nau’zubillah.. Misalnya kita lihat ramai diantara muda mudi yang tertipu oleh bahana cinta.

Mereka meletakkan cinta pada kekasih itu mendahului cinta-cinta yang lain. Sinario hari ini kita melihat mereka sanggup membohongi ibu bapa demi bertemu cinta kekasih mereka. Dimana letaknya cinta pada ibu bapa pada ketika kita membohongi mereka?

Satu contoh lagi saya suka berikan disini.  Cinta dunia, termasuklah cinta pangkat, darjat, harta, wang ringgit dan materialistik, itu juga menjadi ujian paling besar pada insan dimana jua ia berada. Ada yang sanggup menjatuhkan sahabatnya demi meraih cinta pangkatnya. Dimana pula nilai cinta pada sahabat pada ketika itu?

Justeru itu, saya memilih subjek cinta agar kita bincangkan bersama sehingga kita benar-benar menemukan cinta sebenar kita pada cinta teragung iaitu meraih cinta kepada pemilik segala cinta  yakni kepada Allah Azza Wa Jalla.

Nantikan penulisan seterusnyaapakah sebenarnya erti cinta? Jangan lupa temu janji kita diblog ini untuk sama-sama mencari erti sebenar cinta. Insya’Allah. Semoga kita semua dicintai Allah swt. Aamiiin.

Sekian,Terima Kasih.

Jumat MS

0 comments:

Post a Comment