Saturday 18 February 2012

Politik Kampus Itu Perlu, Namun Pembangunan Juga Perlu




Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera...

           Alhamdulillah... Baru sebentar tadi saya berbual dengan seorang pelajar di KTD melalui telefon. Begitu banyak perkara yang dibincangkan, dan banyak berita yang saya dimaklumkan. Antara berita yang menarik perhatian saya adalah tak lama lagi Pilihan raya kampus yang akan berlangsung di KTD.

           Catatan kali ini sekadar ingin memperingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang ada di KTD. Politik kampus itu sememangnya amat perlu, dan ia adalah salah satu langkah untuk melatih kepimpinan pelajar dan menjadi medan untuk melahirkan kepimpinan di masa depan.

            Tetapi, didalam suasana getir kita mempertahankan calon-calon yang kita pilih ada beberapa perkara yang seharusnya kita teliti. Antaranya adalah perlunya kita kepada pembangunan. Kenapa kita perlu untuk membentuk pembangunan? Pasti soalan itu akan hadir diminda anda kan?

            Mari kita lihat senario-senario yang telah kita lalui di alam kampus dalam tempoh masa yang lalu. Pasti anda semua melihat banyak perkara yang memerlukan kepada pembangunan kan. Termasuklah pembangunan kepada kemudahan asas di kampus, pembangunan kepada kemudahan anda belajar, dan pembangunan kepada sahsiah mahasiswa kampus.

            Justeru itu, di antara pembangunan-pembangunan yang kita lihat tadi pembangunan yang paling penting adalah pembangunan sahsiah mahasiswa kampus, kerana pembangunan ini adalah membangunkan modal insan yang merupakan tulang belakang kepada kemajuan kepimpinan mahasiswa. Modal insan terbaik adalah modal insan yang telah dibangunkan melalui proses tarbiyah (pendidikan) yang beteraskan Keimanan kepada Allah.

            Kenapa perlu kepada tarbiyah? kerana tarbiyah yg terbaik pasti melahirkan kepimpinan terbaik.. Bukan kah itu juga dilihat sebagai satu proses pembangunan modal insan? lihatlah contoh sahabat-sahabat Rasulullah saw yang menerima proses tarbiyah daripada Rasulullah saw. Rasulullah saw Membangunkan insan bergelar hamba menjadi Pemimpin luar biasa, membangunkan insan jahil menjadi Pembela agama Allah dan membangunkan Ummah terbaik hingga menawan 2 per 3 dunia.

            Oleh itu, mari kita ambil iktibar dalam sirah para sahabat nabi yang menggoncangkan dunia suatu ketika dulu. Tidak guna kita melihat pembangunan materialistik andai tidak terbangun sahsiah kepimpinan. Politik Kampus itu perlu, namun Pembangunan juga perlu lantaran itu mari sama-sama kita semua Membangun Bersama KTD... Insya'Allah.. (^^,)



Politik sihat pasti menjaga muafakat dan mendapat berkat... (^^,)

0 comments:

Post a Comment