Wednesday 25 January 2012

"Aku Adalah Azlan"





Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi pada malam yang bersejarah ini yang mana menyaksikan pertembungan dua pasukan yang melayakkan diri ke final Piala Malaysia tahun 2005. Pasukan yang saya maksudkan gergasi Merah Kuning pasukan negeri Selangor berjersi merah dan pasukan negeri Perlis berjersi biru. Stadium kini dipenuhi lebih kurang 70 000 ribu penonton yang merupakan penyokong bagi kedua-dua pasukan. Siapakah yang bakal bergelar juara Piala Malaysia tahun 2005??? (Pengulas bola sepak piala malaysia peringkat akhir tahun 2005 di kaca TV)


          Tatkala adikku Azman menonton TV.


          Man!!!! Boleh tak tutup TV tu? memekak je. Abg nak study ni. Kau tak faham ker abg kan tak lama lagi nak duduki peperiksaan SPM? Aku meninggikan suara kepada adikku Azman.


         Tapi bang, ni kan perlawanan akhir, bagi lah Man tengok. Azman cuba memujukku


         Man jangan degil, abg kata tutup TV tu, lagipun apa yang seronok sangat tengok bola tu? tak ada faedah tau tak? pegi tidur!! aku masih lagi bertegas pada adikku Azman


        Azman segera meninggalkan ruangan tamu rumah dan mengunci biliknya, tanda dia hampa pada sikapku. Aku tahu Azman gemar dengan bola sepak sejak kecil lagi.


"Man... abg harap kau mengerti suatu hari nanti" Aku bermonolog sendirian.


        Itulah Azman adikku , pada ketika itu dia baru sahaja berusia 15 tahun, dan aku juga memiliki seorang adik perempuan dan merupakan adik bongsu iaitu Amira yang baru berusia 11 tahun. Manakala, aku adalah Azlan anak sulung dalam keluarga ini berusia 17 tahun. Kami bertiga dibesarkan oleh ibuku seorang balu, kerana ayahku meninggal dunia ketika aku berusia 10 tahun akibat penyakit barah otak. Namun begitu, ibuku membesarkan kami dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan ibuku mempunyai semangat yang kuat.


"Azlan... Kenapa kamu mengelamun ni?" Ibuku menegurku.


"Eh.. Ibu. Takdelah, Lan tak mengelamun lah Ibu. Kenapa Ibu tak tidur lagi? Kan dah lewat ni." Tersentak dengan suara Ibu yang menegurku.


"Ni ada sikit lagi kuih yang tak siap ibu buat kat dapur, esok kan ada perlawanan bola sepak kat padang taman perumahan kita ni, Ibu ingat nak jual kat sana" Ibu menjelaskan padaku.


            Itulah ibuku, cuma seorang balu yang menjual kuih dan membesarkan kami seorang diri. Namun begitu, ibu tak pernah membiarkan kami membesar dengan serba kekurangan. Ibu akan memastikan agar kami dapat segala keperluan kami.


"Lan.. Ibu harap, Lan dapat menjawab peperiksaan tu dengan baik. Ibu doa'kan semoga Allah mudahkan Lan untuk menjawab dan memperoleh keputusan yang cemerlang nanti. Ingat Lan, banyakkan solat dhuha, solat tahajud, puasa sunat isnin atau khamis, dan sentiasa berdoa'. Kerana kebergantungan kita hanya pada Allah selepas kita berusaha. Insya'Allah.. Amin." Ibu menyatakan harapannya padaku dan mendoa'kan kejayaanku.


            Tersentak aku akan harapan ibu yang menggunung tinggi terhadap diriku, aku tahu kalau aku punyai tanggungjawab yang besar sebagai anak sulung dalam keluarga ini.


"Ibu.. Azlan janji akan membanggakan ibu suatu hari nanti" Aku berjanji di dalam hati.


**********************************************************************************


"Lan... Kau nampak tak perlawanan akhir piala malaysia semalam? Selangor juara tuu, Bambang Pamungkas menjaringkan hatrik sekaligus menewaskan Perlis dengan 3 gol kosong.. Bangga betul aku sebagai rakyat Selangor. Best betul tengok game tu" Ahmad memberitahu kepadaku.






Ahmad adalah sahabat baikku sejak kecil lagi. Dia seorang yang begitu obses dengan bola sepak, tapi apa yang melucukan adalah dia seorang kaki bangku.


"Ahmad... Ahmad... Saat-saat genting kita nak menduduki peperiksaan ni pun sempat lagi kau nak tengok bola? Lebih baik masa kau tengok bola tu, kau gunakan untuk mengulangkaji pelajaran" Aku memberi nasihat padanya.


            Aku pelik betul, kenapa orang disekelilingku asyik berbicara perihal bola sepak? aku tak faham dimana keunikan bola sepak? Apa faedah dalam bola sepak?


"Arghh... Biarkanlah, yang penting aku harus fokus pada SPM yang tak lama lagi ni. Aku akan buktikan kalau aku adalah pelajar cemerlang" Aku mencabar diriku dalam hati.




******************************* SPM BERMULA **********************************


"Yahoooo.....!!!!!! MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA..... Akhirnya SPM dah tamat, Lan petang ni kita pergi tengok wayang nak tak? Ada filem baru menceritakan tentang bola sepak tajuknya (GOAL)" Ahmad keriangan dan mengajakku keluar untuk bersuka ria kerana SPM sudah pun tamat.


"Maaf lah Mad.. Aku tak dapat pergi lah, aku nak tolong ibu aku pegi jual kuih petang ni" Aku menolak tawaran Ahmad.


"Herm... Takpe lah kalau macam tu, aku keluar ngan Zul dan Aslam jelah petang ni" Ahmad yang seolah-olah kecewa.


"Assalamu'alaikum... Ibu.. Azlan dah balik."


"Wa'alaikumsalam.. Haa... Balik pun kamu Lan."


"Eh.. Pak Long. Bila Sampai?" Aku yang terkejut dengan kehadiran Pak Long di rumahku.


Pak Long adalah abang kepada arwah ayahku. Dialah yang seringkali membantu keluarga kami pada ketika kami kesusahan. Aku sudah menganggapnya sebagai ayah kandungku sendiri.


"Baru je, Pak Long Sampai. Ni pun ada hal yang Pak Long nak bincang dengan kamu ni."


"Hal apa tu Pak Long?" Aku bertanya dengan hairan.


"Pak Long nak tanya, apa perancangan kamu sementara nak tunggu keputusan SPM keluar nanti?"


"Owh.. Ingatkan nak cari kerja kat sekitar bandar Shah Alam ni"


"Macam ni Lan, kawan Pak Long ada bagi tahu kalau tempat dia kerja tu ada kosong. Itupun kalau kau berminat lah"


"Kerja apa pak long? Saya tak memilih sangat. Asalkan boleh bantu ibu untuk menyara keluarga ni"


"Kerja Cleaner kat stadium Shah Alam. Gaji yang diberikan pun boleh tahan, 500 ringgit sebulan. Macam mana kau nak tak?"


"Alhamdulillah... Banyak tu Pak Long. Baiklah saya terima, itupun kalau ibu setuju" Aku bersyukur kehadrat Allah kerana memurahkan rezeki kami sekeluarga.


"Ibu takda halangan Lan, asalkan kamu tidak terpaksa untuk melakukannya" Ibu yang sentiasa menyokong keputusanku.




            Disitulah bermulanya penglibatanku dalam dunia bola sepak, hanya bermula sebagai cleaner di sebuah stadium bola sepak. Aku teruja kerana hampir setiap petang ketika aku kerja di stadium, aku menyaksikan sendiri kelibat pemain-pemain negeri Selangor menjalani latihan di stadium shah alam seperti ketua pasukan Shukor Adan, Amri yahyah, Jamsari Sabian, Khalid Jamlus, Surendran, Nazrulelwan, k. sanba, Ahmad Tarmini, juga kelibat pemain-pemain import seperti Bambang Pamungkas, Elie Aiboy, dan Brian Fuentes  . Masih segar lagi diingatanku, pemain Selangor pertama yang menegurku. Masa tu, aku sedang bersihkan kerusi dibahagian penonton dan sebiji bola tersasar menghampiriku.








"Adik.. Tolong sepak bola tu ke sini" Amri Yahyah pemain selangor minta aku sepak bola itu padanya.


            Sungguh aku tak sangka pada ketika aku sepak bola itu ia tepat menuju Abang Amri. Sebaik sahaja selesai latihan petang itu Abang Amri datang bertemu denganku.


"Adik ni pekerja baru disini ke? sapa nama adik? Cara adik sepak bola tadi memang berbakat untuk jadi pemain bola. Cuma adik perlu berusaha keras lagi."


"Aku adalah Azlan, Ye saya baru lagi disini. Cara saya sepak bola, sebenarnya saya tak pandai pun" aku memperkenalkan diri.


"Abg rasa adik boleh jadi pemain bola sepak yang profesional kalau adik benar-benar bersungguh-sungguh dan berlatih sebab abg tengok adik ada bakat semulajadi. Cara sepak, kawalan bola, hantaran bola, larian, skill, corak permainan dan corak berfikir dalam bola" Abang Amri menjelaskan padaku asas-asas bola sepak dan baginya aku berbakat.


"Aku tak faham kenapa dia nampak aku berbakat?" Aku bermonolog sendirian didalam hati.


"Lan.. boleh tengok cara kami berlatih setiap petang, dan mungkin Lan dapat belajar sedikit kemahiran-kemahiran asas itu" Abang Amri terus menerus menarik minatku dalam dunia bola sepak.


            Entah kenapa, aku terus tertarik untuk kenal apa itu dunia bola sepak? pada setiap pagi aku akan berlatih sendirian asas-asas bola sepak seperti Abang Amri bagi tahu. Ada sesetengah kemahiran aku pelajari daripada Abang Amri sendiri pada ketika dia mempunyai masa lapang. Hari demi hari aku semakin jatuh cinta dengan bola sepak. Adakalanya aku curi-curi dengar apa yang disampaikan oleh jurulatih bola sepak Selangor pada ketika sesi latihan di stadium. Jurulatih Selangor pada ketika itu adalah lagenda bola sepak negara Dollah Salleh.




"Bermain bola sepak di atas padang bukan soal wang, bukan soal glamour dan populariti. Namun ia soal maruah pasukan, maruah negeri, bahkan maruah negara. Kita haruslah bermain di dalam padang sebagai seorang wira, yang membawa nama pasukan yang diwakili"






            Itulah antara kata-kata Dollah Salleh yang membuatkan aku semakin mengerti keunikan bola sepak. Kehadiran seorang pemain diatas padang sebagai wira, sebab itulah lagenda bola sepak Alayarham Mokhtar Dahari begitu hebat ketika mewakili negeri selangor bahkan mewakili negara.




************************************ KEPUTUSAN SPM KELUAR *********************




"Abang Lan... Ada panggilan telefon" Adik Mira memanggilku.


            Aku terus berjalan laju menjawab panggilan telefon.


"Siapa lah telefon pagi-pagi  buta ni?" Aku berkata sendirian


"Assalamu'alaikum wbt" Perbualan telefon


"Wa'alaikumsalam wbt. Lan.. ni aku lah Ahmad. Wei hari ni result SPM kita dah keluar lah. Jom lah kita pegi sekolah sekali"


"Betul ker Mad? Ya Allah.. Aku langsung tak sedar result kita dah keluar. Ok kita pegi sekali nanti aku singgah kat rumah kau. kau tunggu tau, kejap lagi aku sampai"


"Ya Allah... Semoga aku memperoleh keputusan yang cemerlang" Aku berdoa' didalam hati.


            Alhamdulillah... Pada ketika result SPM dah keluar, aku dan Ahmad memperoleh keputusan yang cemerlang aku memperoleh 6A, 3B sementara ahmad memperoleh 8A, 1B. Tapi, walaupun result SPM ku demikian, aku tidak menyambung pelajar ke matrikulasi. Pada suatu hari ibu jatuh sakit dan amat tenat, Pak Long pun datang menziarahi ibu.


"Lan.. Pak long tengok, ibu kamu ni dah tak larat nak kerja berat-berat lagi. Kesian Pak Long melihatnya"


"Ya Pak Long" Aku menitiskan air mata kerana sayup melihat ibu yang sedang sakit terlantar di rumah.


"Pak Long bukan nak melemahkan semangat kamu Lan, tapi Pak Long rasa elok kamu terus lah bekerja di stadium tu agar dapat menyara hidup keluarga. Kamu harus bekorban untuk menjaga ibu kamu, dan membesarkan adik-adik kamu Lan"


             Pada saat itu hatiku benar-benar diuji, kerana harus memilih jalan kehidupan yang seolah-olah semakin suram buatku, kerana aku menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi aku melihat Ahmad dan kawan-kawanku melangkah ke universiti sedangkan aku stadium inilah universiti bagiku. Semuanya aku lakukan demi keluarga, dan aku terus bekerja di stadium Shah Alam. Ada saatnya aku berlatih sendirian dalam keadaan hujan renyai-renyai di stadium. Tanpa aku sedari rupanya Dollah Salleh sedang memerhatikan aku dari jauh.


"Hebat... tak sangka pula saya kamu ni boleh bermain bola sepak Lan" Dollah Salleh menerpa dan menegurku


"Eh.. Encik Dollah, Errr... Takda lah, saya baru belajar. Itupun dapat ilmu sikit-sikit daripada pemain-pemain Selangor dalam sesi latihan"


"Macam ni lah Lan. Sabtu ni akan ada sesi ujibakat untuk akademi bola sepak Selangor bagi remaja-remaja sekitar Selangor. Saya tengok cara permainan kamu sangat berbakat, dan ia benar-benar mengingatkan saya pada seseorang. Saya yakin kalau kamu ni boleh masuk menjadi pemain di akademi"


"Apa? betul ker?"


"Ya Allah.. Sesungguhnya perancanganMU adalah yang terbaik bagi hamba-hambaMU. Insya'Allah.. aku akan berusaha untuk menjadi pemain bola sepak yang terbaik" Aku bermonolog


              Alhamdulillah... Sesi uji bakat itu bermula, dan hampir ratusan remaja sekitar Selangor datang untuk menyertainya. Apa yang menjadi begitu bererti adalah aku telah terpilih untuk menjadi pemain akademi Selangor dan akan bermain mewakili pasukan Selangor Junior dalam Piala President. Langkahanku menjadi pemain bola sepak baru bermula. Aku seolah-olah tidak percaya, kerana aku kini bermain untuk pasukan Selangor Junior.




*******************************SETAHUN KEMUDIAN*******************************


Razik menghantar ketengah mencari Zulkarnain. Zulkarnain menggelecek pemain Kuala Lumpur dan menghantar bola pada Sabri dan Sabri memberi lorongan yang cantik kepada Azlan. bagaimana? Azlan membawa bola, wah cantik pergerakan solo Azlan. Satu, dua dan tiga pemain berjaya di lepasi Azlan. Kini Azlan menghampiri kotak penalti, tiada siapa mengawal Azlan dan peluang terbaik Azlan untuk melepaskan rembatan. Nampaknya rembatan kencang Azlan dari luar kotak penalti, bagaimana? Gollll.......!!!!!!!! itu lah jaringan yang begitu menarik daripada penyerang pasukan Selangor Mohd Azlan Madi nombor 10, menyaksikan pasukan selangor melebarkan lagi jarak kedudukan mata 3-1 dalam perlawanan akhir Piala President ini tahun 2007. Rembatan kaki kanan Azlan sebentar tadi seolah-olah kelibat Super Mokh, larian yang pantas, tendangan yang begitu padu dan menumpaskan penjaga gol. Lihatlah pemain berjersi 10 itu meluru dan melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol, pemain ini sentiasa melakukan sujud syukur setiap kali menjaringkan gol.  (Pengulas Bola Sepak Stadium pada ketika itu)






            Aku telah menjaringkan goal yang menarik ketika kami bergelar juara Piala Presiden tahun 2007 dan apa yang lebih manis lagi, apabila aku dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang liga. aku berjaya menjaringkan 45 gol. Setahun berada di akademi bola sepak, aku menerima elaun dan aku berikan elaun itu untuk keluargaku. Bermula daripada itu media tempatan Selangor telah menyebut-nyebut namaku di dada-dada akhbar. Pada satu ketika aku terkejut kalau Dollah Salleh memanggilku untuk diserapkan dalam pasukan simpanan pasukan Senior Selangor. Aku seolah-olah bermimpi kerana aku bakal bermain dan berlatih bersama-sama pemain-pemain yang bertaraf profesional.






"Azlan.. Ni adalah surat tawaran bagi kamu untuk menjadi pemain Selangor. Apa yang saya harapkan adalah kamu dapat kekalkan prestasi permainan, kerana kamu masih terlalu muda. Tunjukkan bahawa kamu adalah wira bagi negeri Selangor"


            Itulah kata-kata Encik Dollah Salleh saat memberiku tawaran untuk bermain dalam skuad senior selangor. Sebaik sahaja aku menerima tawaran itu, aku bergegas pulang kerumah.


"Assalamu'alaikum wbt. Ibu.. Ibu... Tengok ni Azlan sudah ditawarkan untuk bermain dalam pasukan Selangor ibu"


"Wa'alaikumsalam wbt. Alhamdulillah.. Nak, Lan ingat walaupun Lan sibuk bermain bola sepak ibu harap Azlan tidak tinggalkan solat, dan Azlan jaga aurat ye nak" Itulah pesanan ibu sambil dia menatap wajahku dalam-dalam.


"Insya'Allah ibu. Lan tak pernah lupa pesanan-pesanan ibu, kenapa ibu menangis? ibu tak suka ke Lan bermain bola sepak?"


"Bukan, ibu cuma terharu.. dan kalau arwah ayah kamu masih hidup, pasti dia berbangga dengan kamu Lan"


            Entah kenapa pada hari itu, ibu seolah-olah merahsiakan sesuatu dari aku? Seperti ada sesuatu yang benar-benar buat ibu tersentuh bila aku menunjukkan tawaranku bermain untuk pasukan Selangor.


**************************SETAHUN KEMUDIAN**********************************


Sanba berjaya merampas bola dan memberi kepada Shukor Adan. Shukor mencari Amri, Amri memberi kepada Shukor semula. Shukor menghantar bola ketepi menjaci Elie, Elie berlari laju di sebelah kiri berjaya lepas daripada perangkap offside. Elie melihat dalam kotak penalti dan membuat hantaran silang. Cantik hantaran daripada Elie, siapa yang berada dalam kotak penalti? Dan ditanduk oleh Azlan dan bagaimana? Golllll...!!!! Tandukan yang menarik daripada pemain muda Selangor yang menggantikan penyerang import Bambang Pamungkas yang telah kembali semula ke Indonesia. Kini kehadiran pemain muda itu telah memukau penonton di stadium Shah Alam. Keunikan pemain muda ini yang sentiasa menutup aurat dan pasti akan sujud syukur ketika menjaringkan gol. Pemain muda yang lincah ini merupakan permata baru bagi pasukan Selangor.
(Pengulas Bola sepak)






            Pada saat ni umurku telah menjangkau 20 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Sudah banyak kejayaan yang aku catatkan sebagai pemain selangor. Namun, aku masih tidak berpuas hati selagi aku tidak menyarung jersi Kebangsaan. Tahun 2009 pasukan Malaysia akan berentap di pentas Sukan SEA di Negara Laos. Aku akan berusaha untuk meletakkan diriku sebagai pemain yang bertaraf antarabangsa. Aku masih ingat lagi, kali terakhir Malaysia merangkul emas dalam bola sepak dalam Sukan SEA pada tahun 1989. Aku akan kembalikan maruah bola sepak Malaysia di persada dunia.


"Azlan.. Boleh saya datang menziarahi keluarga kamu petang ni?" Encik Dollah Salleh menyatakan hasratnya padaku.


"Eh.. Sudah tentu coach. Ibu dan adik-adik saya pasti teruja dengan kehadiran pemain lagenda bola sepak negara berkunjung ke rumah kami, terutamanya Azman adik saya kerana dia memang meminati coach"


*************************TIBA DI RUMAH**********************************


"Assalamu'alaikum wbt... Ibu .. Ibu.."


"Wa'alaikumsalam wbt... Ya Allah, Dollah Salleh!!!" Ibu terkejut melihat Dollah Salleh


"Hamidah? kamu ke?" Dollah Salleh mengenali ibuku


             Ibu mengangguk dan hanya tunduk menitiskan air mata. Aku semakin tidak mengerti apa sebenarnya semua ini?.


"Macam mana coach boleh kenal dengan ibu?" Aku bertanya dengan penuh kebingungan


"Lan.. Saya tak sangka kalau kamu ni anak kepada Madi Marzuki, rakan seperjuangan saya dalam pasukan Selangor pada era 90an"


"Apa? Rakan seperjuangan?"


"Ya.. Ayahmu merupakan pemain lagenda bola sepak Selangor namun terpaksa bersara awal sebelum kelahiranmu kerana mempunyai penyakit barah otak" Dollah Salleh menjelaskan dan tidak tertahan dia menitiskan air mata kerinduan pada arwah ayahku.


"Patutlah sejak pertama kali saya melihat kamu bermain bola, saya seolah-olah teringatkan beliau"


            Itulah peristiwa yang begitu manis bagiku. Rupanya, aku bukan seorang yang memulakan perjuangan bola sepak ini, tapi aku adalah pewaris arwah ayahku. Baru kini aku mengerti kenapa ibuku amat tersentuh bila aku bergelar pemain selangor. Sejak peristiwa itu, aku bermain dengan penuh semangat dan bagiku setiap kemenangan dalam setiap perlawanan merupakan hadiah untuk arwah ayahku.






*******************************SUKAN SEA LAOS 2009******************************


Senarai Nama Pemain Pasukan Bola Sepak Yang Mewakili Malaysia


Penjaga Gol: 1-Mohd Farizal Marlias, 28-Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan: 1-Mohd Sabre Mat Abu, 4-Mohd Asharudin Putra Omar, 6-Mohd Nasriq Baharom, 2-Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (K), 11-Mohamad Azmi Muslim, 18-Marlizam Mohamad, 24-Mohamad Muslim Ahmad

Tengah: 3-Mahali Jasuli, 7-Safiq Rahim, 12-Amar Rohidan, 15-K.Gurusamy, 16-S.Kunanlan, 21-Amirulhadi Zainal, 23-Baddrol Bakhtiar

Penyerang: 8-Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 9-Norshahrul Idlan Talaha, 13-Ahmad Fakri Saarani, 10- Mohd Azlan Madi


Jurulatih : K. Rajagopal



            Alhamdulillah.. Prestasi cemerlang yang aku pamerkan sepanjang musim 2008 di persada liga Malaysia telah mencuri tumpuan ketua jurulatih kebangsaan iaitu K. Rajagopal. Akhirnya, impianku untuk menyarungkan jersi kebangsaan terlaksana, aku tahu ini semua atas keizinan Allah. Aku disenaraikan dengan pemain-pemain yang hebat.



"Kembalikan semangat juang anak-anak Malaysia, semarakkan jiwa perjuangan yang membara, pastikan seluruh negara berbangga dengan kita, dan kembalikan maruah negara dengan merangkul emas di sukan SEA ini, kita tamatkan penantian emas selama 20 tahun, ayuh anak-anak harimau kita gegarkan bumi Laos ini dengan ngauman Harimau Malaya yang menerkam musuh" 

            Kata-kata perangsang daripada Jurulatih K. Rajagopal untuk kami, semasa memikul tanggungjawab yang besar bagi merangkul emas di sukan SEA. Aku tahu amanah ini, adalah amanah yang diberikan dibahu kami semua oleh seluruh rakyat Malaysia. Aku mohon doa' kalian.


****************** FINAL ACARA BOLA SEPAK SUKAN SEA LAOS 2009 ************************

Secara Langsung di TV 3



Alhamdulillah.. Tahniah kita ucapkan kepada pemain-pemain muda negara yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kanca bola sepak antarabangsa. Impian bagi menamatkan kemarau emas selama 20 tahun dalam acara bola sepak di persada sukan SEA sudah hampir menjadi realiti apabila Malaysia berjaya melangkah ke final dengan menumpaskan Singapura diperingkat separuh akhir dengan 3 gol kosong. Antara permain yang harus diberikan pujian Norsahrul Idlan Talaha, Mohd Azlan Madi, dan kapten pasukan Syafiq Rahim juga penjaring gol kemenangan di peringkat separuh akhir. 

Di pentas final di Main Stadium, Vientiane ini akan mempertemukan antara pasukan negara menentang pasukan Vietnam sebuah gergasi bola sepak Asia Tenggara, suasana stadium yang dipenuhi kira-kira 90 000 penyokong yang didominasi oleh penyokong Vietnam dan hanya sebilangan kecil sahaja penyokong Malaysia yang dapat disaksikan. Namun, Saya pasti seluruh rakyat Malaysia pasti berada di hadapan kaca TV bagi memberikan sokongan dan menghantarkan doa kepada pasukan negara. 

Baiklah kita saksikan para pemain sudah masuk kedalam padang kita melihat tidak banyak pertukaran pemain utama yang dilakukan, Norshahrul Idalan Talaha dan Mohd Azlan Madi masih lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai penyerang bagi merobek gawang lawan. 

"Ibu itu Along.. Hebatkan Along.." Azman memberitahu kepada ibu saat mereka semua menyaksikan aku dihadapan TV

"Azlan, ibu bangga dengan dirimu nak" Ibuku bermonolog dan menitiskan air mata 

Tiupan wisel telah kedengaran perlawanan telah dimulakan... 

Debaran penentuan bagi merangkul emas antara pasukan Malaysia dan Vietnam masih belum belum reda kerana perlawanan telah memasuki minit ke 80 dan masih belum ada gol yang berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan demi serangan namun masih gagal memecah kebuntuan bagi mendapatkan jaringan gol.

Pemain Malaysia cuba bermula daripada pemain pertahanan, Mohd Sabre Mat Abu menghantar kepada Mohd Asharudin, Asharudin mencari Syafiq. Dapat kepada Syafiq menghantar ketepi kepada Mahali Jasuli, hantar semula kepada Syafiq dan terus memberi lorongan kepada Norshahrul Idlan Talaha dan Shahrul beri kepada Azlan, gerakan satu dua yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain.. Peluang kepada Shahrul yang telah masuk kedalam kotak penalti untuk melakukan rembatan, namun umpanan diberikan kepada Azlan.. Azlan menerpa laju dan melepaskan rembatan.. Bagaimana?? Rembatan begitu padu dan kencang dari Azlan dan... GOLLLLL!!!!!!!!!!! Minit ke 85 pasukan Malaysia berjaya membolosi pertahanan lawan dengan jaringan cantik daripada Mohd Azlan Madi pemain No 10. 



PREET... PRETTT... PREEETTTT..... Wisel penamat telah dibunyikan menandakan Malaysia berjaya menamatkan kemarau emas dalam acara bola sepak di sukan SEA selepas berjaya menewaskan pasukan Vietnam dengan jaringan tunggal Mohd Azlan Madi pada minit ke 85 sekaligus menjadi wira bola sepak tanah air. TAHNIAH MALAYSIA dan syabas kepada semua pasukan Malaysia kerana telah mengembalikan maruah negara dan tahniah buat wira muda kita.


            Bendera Jalur Gemilang dikibarkan dengan tinggi, lagu Negaraku berkumandang di stadium, keazaman yang tinggi, tekad yang membara, semangat yang menggunung, kesungguhan yang menyala, keberanian dimedan juang. Disini ia bermula, kisah perjalanan hidup seorang wira bola sepak negara. 

AKU ADALAH AZLAN..!!!

4 comments:

  1. cerpen yg terbaik sya pernah baca. Teruskan berkarya sahabat.

    ReplyDelete
  2. KISAH YG MNARIK..DR RKN KTD..EN KUN ZAKIR :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. boleh buat cerpen...suda ni...teruskan berkarya....shbt....

    ReplyDelete