Wednesday 12 October 2011

SEMINAR PEMBANGUNAN MODAL INSAN 2011


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera..

        Alhamdulillah... Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI) 2011 anjuran HALUAN Malaysia dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniZA) dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 10 Oktober 2011 yang lalu.

      Saya nak kongsikan sedikit pengalaman sepanjang menghadiri seminar. Apa yang benar2 menarik perhatian saya apabila kehadiran seorang tokoh ilmuan negara yang tidak asing lagi di negara kita, menyampaikan sesi ucapan sebagai speaker utama.

beliau adalah...


Professor Dato' DR Sidek Baba

       Tajuk ucapan beliau "Integriti Dalam Membangun Modal Insan". Beliau telah mengklasifikasikan sendiri perihal makna Integriti dan Modal Insan. 


Saya sempat berbual perihal tajuk pembangunan modal insan bersama beliau


saya dan rakan2 bergambar bagi merakamkan kenangan bersama beliau


              Seterusnya majlis penutupan juga disempurnakan oleh seorang lagi tokoh ilmuan yang saya cukup hormati. Beliau memberikan ulasan perihal topik2 perbincangan dan seterusnya menutup seminar ini. 

Beliau yang maksudkan adalah


Professor Madya DR Abdullah Sudin b. Abdul Rahman
(Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim merangkap Presiden HALUAN Malaysia)

        Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua jawatankuasa penganjur dan kepada yang menjayakan seminar ini dengan jayanya. Adalah diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan juga menjadi program tahunan.

Saya tinggalkan anda semua dengan sedikit gambar kenangan seputar UniSZA sepanjang seminar berlangsung.


Antara peserta yang hadir semasa seminar




Juga tidak kurang ramainya peserta wanita yang hadir semasa seminar




Ahli Jawatankuasa Penganjur dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang menjayakan seminar ini. Syabas dan Tahniah




Sempat lagi wat posing semasa menghadiri seminar.. hehehe (^^,)V


Saya berada di perkarangan masjid UniSZA selepas menunaikan solat





0 comments:

Post a Comment