Saturday 15 October 2011

Mari Bermuhasabah Bersamaku


Saudara seakidah denganku.. 

          Marilah luangkan sedikit waktu  bermuhasabah diri bersama-sama denganku, marilah kita merenung realiti umat ISLAM hari ini dengan kaca mata iman.. hari-hari berlalu dengan begitu pantas seiring dengan peredaran waktu, kita menyaksikan keruntuhan sakhsiah dan akhlak umat ISLAM yang semakin tenat dan menuju kehancuran.. sedih, kecewa dan begitu hampa hati ini, melihat jahiliyah meratah umat ISLAM dengan selumat-lumatnya.. lihat saja lewat media massa yang terus menerus memaparkan perilaku umat islam di seluruh dunia.. bila iman telah dibelakangkan, natijah yang buruk pasti berlaku.. Umat ISLAM ditindas, penzinaan berleluasa, perpecahan antara kita, perebutan kuasa, dan kerakusan mengumpul kekayaan..



Benarlah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah saw kepada kita :

          Sabda baginda “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring”. Seseorang berkata. “adakah kerana sedikitnya kami pada ketika itu?” baginda bersabda. “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air”. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan ke dalam hatimu penyakit wahn”. Seseorang bertanya,” Apakah wahn itu?” baginda menjawab, “cinta dunia dan takut mati”.
(HR ahmad, al-baihaqi, abu-dawud)


Saudaraku..

         Apa benar di hati kita telah ada penyakit wahn ini..?? marilah kita tanyakan kepada diri kita dengan sejujur-jujurnya.. kenapa perlu kita musuhi saudara kita kerana pendapat yang berbeza? Kenapa perlu kita himpunkan harta yang menggunung? Kenapa pangkat dan darjat kita gilai? Kenapa nafsu terus menunggangi kita? Kenapa dunia kian mencengkam kehidupan kita? Wahai saudaraku… jawablah pertanyaan ini menerusi kata hati yang murni..


Saudaraku… 



         Cuba kita tanyakan lagi pada diri kita.. adakah kita lupa Allah yang menciptakan kita? Allah jua lah yang memberikan kehidupan kepada kita.. namun, jangan kita lupa satu perkara bahawa, kehidupan yang diberikan hanyalah bersifat sementara.. adakah kalian fikir kehidupan ini adalah kehidupan yang kekal?? Tidak dan sama sekali tidak saudaraku.. kerana kehidupan ini pasti akan berakhir pada ketika Allah menjemput kita pulang menghadap di muka pengadilan Allah yang akan disaksikan oleh anggota badan kita sendiri… dan pada ketika itu tidak ada yang boleh menolongmu melainkan amal soleh dalam kehidupanmu..

           Tanyakan kepada harta yang kau miliki selama mana ia mampu bertahan?, Tanya pada pangkat yang duduki selama mana ia mampu kau kuasai? Pasti tidak lama bukan… dan semua ini tidak akan mampu menolongmu di akhirat melainkan kita melaburkan harta yang dimiliki sebagai saham akhirat, dan pangkat yang diduduki sebagai amanah daripada Allah swt..


Saudaraku..


          Cukuplah sudah selama mana hayat kita yang berlalu kita terleka dengan dunia.. sudah tiba masanya kita bebaskan diri kita daripada dakapan dunia yang sementara.. marilah kita mulakan langkah baru yang menerobos penyakit wahn didalam hati… bagaimana caranya? Tidak ada yang lain melainkan mengukuhkan akidah dan iman kita kepada Allah swt..

Renungkanlah sabda Rasulullah saw ini…

"Wahai paman, demi Allah, kalau pun matahari diletakkan di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini (penyampaian risalah), sehingga Allah memenangkan atau aku binasa, pastilah tidak akan aku meninggalkannya".





0 comments:

Post a Comment