Sunday 2 October 2011

BLOG BERWAJAH BARU

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera semua kawan-kawan di alam maya...

Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada
5 haribulan oktober 2011 ni merupakan ulang tahun blog saya yang ke 5 bulan. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan juga pada semua kawan-kawan yang memberi sokongan terhadap kewujudan blog saya yang masih setahun jagung ni.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua..

Apa yang saya harapkan semoga sepanjang kewujudan blog ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua pembaca. Saya juga memohon maaf andai kewujudan blog ini mahupun terdapat tajuk-tajuk dan kandungan blog yang menyinggung sensitiviti atau apa jua yang dirasakan salah oleh pembaca. Saya sedia menerima teguran, cadangan ataupun nasihat yang positif daripada semua pembaca.

Akhir kalam.. semoga dengan perubahan dan wajah baru blog ini mampu menjadi titik tolak agar blog ini terus bertahan untuk menyebarkan kebaikan untuk dikongsikan kepada semua pembaca khususnya kepada pengikut-pengikut blog saya yang tak seberapa ini..

(^___^)v
Yang Ikhlas,
Ibnu Salleh
Pemilik Blog Keimananku

0 comments:

Post a Comment