Tuesday 5 July 2011

DIALAH PENDIDIK



Assalamu'alaikum wbt. dan salam sejahtera semua..


            Hari ini saya nak share berkaitan sebuah kerjaya yang kita sebut sebagai pendidik, guru, pensyarah dan apa2 lah yang sama waktu dengannya.

            Pendidik merupakan satu bidang kerjaya yang begitu mulia, seperti guru dan pensyarah. Namun, berapa ramai dikalangan guru dan pensyarah memahami konteks pendidik yang sebenar?. Adakah mencukupi 
sekadar memberi tunjuk ajar dalam skop ataupun konsep  tajuk dan bab-bab dalam pembelajaran?

            Mungkin kita telah berjaya melahirkan ramai guru dan pensyarah pada hari ini, tapi berapa ramai guru dan pensyarah yang bergelar pendidik? Persoalan itu menjadi tanda tanya bukan. Saya menulis artikel ini bukan hendak menyentuh sensitiviti kerjaya seorang guru dan pensyarah, tetapi sekadar ingin mengajak para 
pembaca untuk berfikir sejenak apa yang dimaksudkan sebagai guru dan pensyarah yang bergelar pendidik?

            Guru dan pensyarah yang bergelar pendidik adalah orang yang mengajarkan ilmu yang mampu mendidik akhlak dan keperibadian para pelajar. Ilmu yang diajarkan boleh mendekatkan diri kepada Allah swt, walaupun ilmu itu bukan ilmu agama misalnya ilmu matematik, ilmu perniagaan dan ilmu sains. Bagaimana caranya? Mungkin persoalan itu terus menerjah ruang pemikiran anda bukan.

            Nah.. disini ingin saya kongsikan cerita dan pengalaman saya terhadap seorang pensyarah saya yang saya anggap sebagai pendidik. Beliau merupakan pensyarah yang mengajar subjek Management Information System (MIS), tetapi apa yang buat saya begitu kagum dengan beliau adalah bagaimana ia mampu 
menghubungkaitkan ilmu subjek tersebut ke dalam praktikal kehidupan sebagai seorang mukmin.

             Masih segar diingatanku, pada suatu malam kami belajar tajuk “Membangun system maklumat”. Di dalam tajuk ini pensyarah tersebut menjelaskan pada kami bagaimana Negara jepun begitu maju dalam membangun system maklumat. “Jepun sentiasa berpegang kepada prinsip mereka iaitu Prinsip Bushido” jelas pensyarah tersebut. Demikian merupakan paparan makna bagi prinsip bushido yang menjadi pegangan setiap 
warga jepun.

Gi: Kebenaran 
Yuu: Keberanian 
Jin: Cintai sesama 
Rei: Santun
Makoto: Tulus dan Ikhlas
Chuugi: Kesetiaan 
Meiyo: Kemuliaan dan Kehormatan


            “Di jepun prinsip ini harus dibacakan oleh setiap orang pada waktu pagi sebelum memulakan pekerjaan” pensyarah itu menambah penjelasan mengenai prinsip bushido. Namun satu pertanyaan yang membuatku tersentak seketika. “Adakah kita (orang ISLAM) ada prinsip?” itulah pertanyaan pensyarah tersebut kepada kami semua. Ada yang menjawab “ada puan, prinsip rukun ISLAM dan rukun IMAN”. Ada yang menjawab “prinsip rukun Negara puan”. Pensyarah tersebut hanya tersenyum dengan jawapan-jawapan pelajarnya.

            “Kita seringkali membaca prinsip kita setiap hari sekurang-kurannya 17 kali, sedar ataupun tidak?” pensyarah itu menjawab. Jawapan itu semakin membuatku tertarik untuk terus mengetahui apakah sebenarnya prinsip itu?. “Prinsip itu adalah surah Al-Fatihah” demikian jawapan yang tegas daripada pensyarah tersebut. Inilah rungkaian yang diberikan kepada kami.

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pemikiran yang luas
2
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Berfikiran mendalam
4
Yang menguasai di Hari Pembalasan
Merancang matlamat hidup
5
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Integriti
6
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Tindakan
7
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Muhasabah diri
  
            Subhanallah asbab perkongsian ilmu daripada beliau terpantul keindahan agama ISLAM, begitu indahnya agama ISLAM, sepertimana Allah berfirman "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam)  itulah petunjuk yang benar" (Al-Baqarah:120).

            Inilah yang saya maksudkan, pensyarah yang bergelar pendidik. Mampu memberti kesan kepada jiwa-jiwa kami sebagai pelajar mukmin. Mampu menjelaskan kefahaman kami mengenai ISLAM di luar konteks agama ISLAM. Ini lah yang dimaksudkan agama ISLAM yang syumul.

Adakah anda merupakan guru dan pensyarah yang mampu mendidik?

Jika tidak, ayuh kita contohi pensyarah itu tadi seterusnya melakukan lompatan saujana dalam kehidupan.
Semoga perkongsian cerita beliau menjadi sumber inspirasi pada kita semua khususnya para guru dan pensyarah.
            

0 comments:

Post a Comment