Monday, 13 June 2011

KATA HATI SEORANG DA'I



Ya Allah!!
Ketika aku merenungi susuk tubuh ku ini,
Terpalit sejarah hitam di dalam ingatan,
Menerjah jauh di dalam kalbu,
Kerana dikejar bayangan dosa lalu...

Semakin jauh aku melangkah,
Mengejar erti di medan dakwah,
Tersentak kuat rasa hati,
Seolah lemah dan tidak mampu untuk berdiri,
Adakah aku seorang da’i???

Perjuangan ini terlalu besar ,
Terkadang perlu untuk bersabar,
Namun sering jua aku tersasar,
Melangkah lemah seperti semakin pudar,
Adakah aku seorang da’i???

Begitu kerdil diri ini,
Masih banyak kelemahan yang tersembunyi,
Mungkin pada insani namun tidak pada pemilik hati,
Yang Maha Mengetahui,
Adakah aku seorang da’i???


Ya Allah!!
Meronta-ronta hati nurani,
Ingin mengerti apa itu da’I,
Kerana tidak elok akhlak dan pekerti,
Semakin kerdil terasa diri…

Jika telah Engkau takdirkan,
Melihat aku berjuang di medan,
Berilah aku kekuatan,
Agar aku bukan antara mereka yang didustakan….
Kerana da’I bukan berada di mana ia selesa,
Namun berada di mana dia diperlukan……..


Jari Jemari Yang Menari-Menari Di Atas Kekunci Melakar Kombinasi Ayat-Ayat Puisi Adalah Ilham Dari  Ilahi Dan Terbias Melalui Hati Seorang Da'i...



Nukilan : Ibnu Salleh

1 comment:

  1. hidup mulia dengan ISLAM....hidup sebgai seorg daie tidak menjanjikan kesenangan namun kerana redha Ilahi perlu jalan ini diredahi walaupun kdg2 diri terumbang ambing dengan dosa..dan kerana baiah yg dibuaat yg mengikat hati agar sentiasa di jalan dakwah ini

    ReplyDelete