Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera semua...
Mungkin kawan2 semua tertanya-tanya skrg ni bukan hari guru, kenapa nak ucap terima kasih cikgu? Walaupun bukan hari guru, tak salah kan kalau kita ucap terima kasih pada guru kita.
Herm... Sebenarnya saya seronok betul cerpen "Cinta Hati Cinta Ilahi" yang telah saya postkan baru2 ni mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai yang bagi respons, apapun semoga kita peroleh sedikit kebaikan melalui cerpen tu.
Sebenarnya apa yang lebih istimewa apabila saya menerima respon daripada cikgu sastera saya masa sekolah dulu. Cikgu tu adalah (Pn. Theresa Lomunga), cikgu yang pernah mengajar sastera pada tinggkatan 5 dulu.
Alhamdulillah... antara komen yang cikgu tu berikan, "masukkan sedikit unsur anekdot (ringkasan cerita), kurangkan pengulangan situasi, perbaiki gaya penyampaian, dan perlu pelbagaikan gaya bahasa"
Tidak lupa juga cikgu ucap selamat berjaya buat saya. Apapun "Terima Kasih Cikgu", segala tunjuk ajarmu adalah senjata buatku menempuhi liku2 kehidupan.
Semoga Allah saja yang mampu membalas jasa baik guru-guru ku di sekolah dulu, dan semua pensyarah saya di KTD dulu. Di lubuk hatiku yang paling dalam mengatakan bahawa saya sayang cikgu saya. (^___^)
0 comments:
Post a Comment