Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

SUAMI KAMU SEORANG DA'E



Assalamu’alaikum wbt. Apa khabar iman anda saat ini wahai saudaraku? Semoga semakin bertambah rasa cinta kepada sang Khalik yang menciptakan kita yakni Allah Azza Wa Jalla.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt dapat saya mencoretkan sesuatu di dalam blog ini sebagai bahan pengisian untuk kita semua. Apa yang lebih penting, semoga saja penulisan ini memberikan kesan bahagia dan kebaikan bagi siapa jua yang membacanya. In shaa Allah.

Hari ini saya ingin membicarakan tentang tajuk yang terkait rapat dengan kehidupan berumahtangga dan fokus ini amat sesuai bagi yang sudah menikah. Namun, itu tidak bermakna yang belum menikah tidak layak membacakannya bahkan ia juga amat baik sebagai cernaan minda sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Perkahwinan itu adalah salah satu kebutuhan setiap insan, dan pernikahan seringkali ditafsirkan sebagai hubungan yang disyariatkan antara lelaki dan wanita. Pemahaman tentang tentang masalah pernikahan pun berbeza-beza sesuai dengan perbezaan sosio budaya dan pemikiran masing-masing.

Akan tetapi, pandangan Islam tentang pernikahan jauh lebih lengkap dari itu semua. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai salah satu sumber ketenangan dan ketenteraman.

Allah swt berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (QS Ar-Rum: 21)

Namun, apa yang lebih penting adalah sebelum menikah kita selayaknya memahami matlamat pernikahan itu sendiri kerana pernikahan itu bukanlah matlamat. Pernikahan itu adalah jalan menuju matlamat. Misalnya, pernikahan itu adalah ruang bagi kita meraih redha dan kasih sayang Allah swt seterusnya sebagai pelengkap bagi kita dalam mengharungi kehidupan yang penuh onak ini.

Haruslah anda ingat bahawa kehidupan pernikahan itu memang indah namun, pasti ada kalanya ia akan dikunjungi dengan kesusahan dan kepayahan. Seandainya stigma pemikiran anda hanya membayangkan segalanya indah ketika menikah, ternyata itu pemikiran yang teramat salah.

Antara cabaran yang sering dihadapi adalah kekangan masa yang begitu terbatas khususnya bagi pasangan suami isteri yang bergelar da’e (pendakwah). Misalnya, jika suami seorang da’e maka seringkali saja dia akan keluar ‘Outstation’ dan mungkin sering pulang di lewat malam.

Itulah yang sering dialami, bagi isteri seorang da’e. Justeru itu, sebagai seorang isteri haruslah memahami keadaan suami kamu seorang da’e  bahawa masa hidupnya itu juga terdapat hak bagi ummah.

Justeru itu, isteri yang solehah haruslah sedia memikul amanah dan sedia berkorban bagi melalui fasa ini. Kerana ini merupakan fasa yang akan benar-benar menduga kita disaat berjauhan dari insan yang tersayang.

Justeru itu Al Fadhil Ustaz Karim Zaidan pernah mengatakan kepada bakal isterinya :

“Sesungguhnya aku telah menikah, dan isteri pertamaku itu adalah dakwah.”

Sebaik sahaja ia menikah ia mengatakan:

“Aku punyai dua orang isteri. Isteri pertamaku adalah dakwah dan isteri keduaku adalah isteriku kini. Sekiranya berlaku pertembungan antara dua maka aku akan utamakan isteri pertamaku.”

SubhanAllah.

Begitu jelas matlamat yang dibawakan oleh Ustaz Karim Zaidan. Lantaran itu, bagi isteri yang sedang melalui fasa ini hendaklah bersabar melaluinya. Bersyukurlah kerana suami kamu adalah seorang da’e kerana kerja-kerja dakwahnya diluar pasti adalah jalan bagi kamu menuju syurga yang abadi.

Seringkali kita melihat para da’e tercicir dari medan dakwah dan tarbiyah bukan. Tercicir tatkala sibuk belajar, tatkala sibuk bekerja bahkan tercicir tatkala sudah menikah. Kenapa itu berlaku? Kerana rasa cinta pada dunia lebih berbanding cinta dan redha Allah Azza Wajalla. Apakah mereka lupa akan firman Allah swt?:

“Katakanlah jika babak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tinggal yang kamu sukai, itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya, dan daripada berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya” (QS. At taubah: 24).

Tidak saya nafikan pada awal saya menikah dan saat ada jemputan untuk berceramah diluar ‘Outstation’ rasa berat untuk meninggalkan isteri buat beberapa ketika. Namun, ku gagahkan juga kaki melangkah keluar kerana saya tahu kalau saat saya penuhi hak Allah pasti Allah penuhi hak saya juga. Saya tinggalkan isteriku dibawah jagaan Allah swt kerana Allah swt adalah sebaik-baik penjaga.

Percayalah saat ada sedang melalui saat ini, pasti anda akan merasai begitu nikmatnya punya isteri yang solehah, kerana mereka memahami tuntutan dakwah anda. Bahkan mereka redha akan tugas-tugas anda sebagai da’e.

Justeru itu, para da’e yang sudah berkira-kira untuk menikah pilihlah wanita yang solehah dan yang sangat memahami dirimu seterusnya memahami dakwahmu. Demikianlah peri pentingnya soal memilih calon hidup yang bergelar isteri.

“Disebalik kehebatan seorang suami tersembunyi sebuah kekuatan seorang isteri.”

Kata-kata pujangga ini sangat sesuai menggambarkan bahawa isteri solehah itu adalah isteri yang menjadi sahabat, teman setia, penyejuk mata bahkan menjadi sumber kekuatan saat suami merasa lemah.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua khususnya mendepani cabaran dan mehnar dalam rumahtangga. In shaa Allah. Aamiiiin.

Yang hebat itu Allah dan yang lemah itu saya. Saya memohon maaf andai ada kelemahan dan kekurangan dalam penulisan ini. Andai ada baiknya dalam penulisan ini kongsikan pada yang lain.


Wallahu’allam. ^_^

Wednesday, 8 January 2014

BIG DREAM: Siaran Langsung MHI Tv3


Big Dream!


Suatu ketika dulu saya pernah menyimpan impian untuk masuk ke dalam rancangan TV agar saya mampu menyampaikan ilmu kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya meletakkan sasaran itu akan dicapai dalam tempoh 5 tahun lagi.


Ketika saya menyatakan impian saya itu, ada juga rakan-rakan yang mentertawakan saya dan mengatakan kalau impian saya itu hanyalah angan-angan Mat Jenin.

Subhanallah!

Tidak ku salahkan mereka yang memperlekehkan namun, aku syukuri pada sang pencipta yakni Allah Azza Wa Jalla kerana Dia mendengar impian ku itu.

Akhirnya pada 03 Oktober 2013 saya telah dipanggil untuk bersiaran secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3.

Sungguh saya teramat-amat terkejut kerana impian itu tercapai 5 tahun lebih awal, memang benarlah kata-kata "Kita merancang dan Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah untuk kita."

Ayuh teman-teman! Kita tanamkan impian yang besar-besar dengan sebanyaknya. Usah difikirkan adakah ia akan tercapai soalnya adakah kita punya impian.

Dengan mempunyai impian itu bererti anda punyai harapan! Kerana harapan itu selalu ada untuk kita sang hamba. Yakinlah Allah senantiasa ada membantu kita.

Wallahu'allam. 



Friday, 20 December 2013

Malu Pada Pak Din Beca



Di tengah-tengah kesesakan bandaraya Kota Bharu kelihatan begitu banyak pelancong asing yang datang berkunjung melihat keindahan negeri Serambi Mekkah itu. Ada pelancong dari barat, ada dari asia barat dan tidak kurang juga dari negara kejiranan seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Apa yang begitu menarik walaupun Kota Bharu kini semakin membangun dengan arus permodenan semasa namun, masih kelihatan lagi kelibat penarik beca di tengah-tengah kota raya itu yang setia menanti penumpang yang ingin meronda-ronda melihat keindahan Kota Bharu dengan menaiki beca.

Apa yang lebih menarik adalah kisah seorang penarik beca yang sedang tua menanti hari senja. Beliau bernama Pak Din Beca. Itulah gelaran yang menjadi panggilan dari sesama penarik beca.

Pak Din merupakan salah seorang penarik beca yang biasa dan sama seperti penarik beca yang lain. Walaupun usianya sudah semakin tua namun beliau masih gagah meneruskan kayuhan beca membawa penumpang.

Pak Din akan menarik beca seharian bermula seawal 8 pagi sehingga 5 petang. Namun, apakah menjadi keistimewaan Pak Din dari penarik beca yang lainnya?

Pak Din akan menarik beca setiap hari namun, pada hari jumaat Pak Din akan menarik beca secara percuma kepada penumpangnya. Itulah yang menjadi garis perbezaan antara Pak Din dengan penarik beca yang lain.

Sehinggalah pada suatu hari seorang jutawan Indonesia yang datang berkunjung di Kota Bharu ingin bersiar menaiki beca. Kebetulan pada hari berkenaan adalah hari jumaat dan penarik beca yang membawanya jalan-jalan adalah Pak Din Beca.

Pak Din Beca memang terkenal dengan sifatnya yang ramah dan senantiasa melontarkan senyuman kepada pelanggan yang menaiki becanya. Sifatnya itu sangat disenangi oleh sesiapa sahaja yang pernah menaiki beca Pak Din.

Selesai jutawan itu meronda-ronda sekitar Kota Bharu, lantas saja jutawan itu menghulurkan duit upah kepada Pak Din Beca namun, Pak Din Beca menolaknya.

"Maaf ya encik. Hari ini adalah hari jumaat dan saya tidak akan mengambil upah."

"Kenapa Pak Din tidak mengambil upah?" Jutawan itu terus menanyakan soalan kerana terkejut.

"Sebab saya menganggap itu sebagai sedekah encik. Saya tahu saya orang susah dan tidak mampu untuk bersedekah dengan wang ringgit yang banyak, justeru itu saya bersedekah dengan cara ini. Bukankah sedekah itu akan memberikan keberkatan pada rezeki kita dan semakin banyaknya kita bersedekah semakin luas pula pintu rezeki kita"

Kata-kata itu terus menyentap hati jutawan itu dan segera pula jutawan itu tertunduk seakan-akan merasa malu.

"Ya Allah. Malunya aku pada dia. Walaupun dia miskin namun masih saja dia punya keinginan untuk bersedekah dengan ikhlas keranaMu. Sedang aku punya kekayaan dunia yang Kau anugerahkan namun aku tidak pernah bersedekah."

Tanpa tidak ia sedari pipinya dibasahi air mata keinsafan. Saat itu Pak Din terus bertanya.

"Kenapa anak ni menangis?"

"Tidak ada apa-apa. Terima kasih Pak Din kerana menyadarkan saya suatu hal yang begitu bermakna." Jutawan itu terus menjawab sambil tersenyum.

Selepas 2 bulan berlalu peristiwa itu, Pak Din terkejut kerana menerima sepucuk surat dan sekeping cek tunai yang tertulis atas namanya.

Antara yang terkandung dalam surat itu.

"Pak Din Beca, saya sangat-sangat bersyukur kerana 2 bulan lalu saya dipertemukan dengan Pak Din. Saya bersyukur kerana dengan pertemuan itu saya sadar akan suatu hal dan kini saya mengerti bahawa rezeki itu adalah milik Allah. Saya mohon pada Pak Din agar menerima wang itu untuk Pak Din menunaikan haji tahun ini dan aggaplah ianya sebagai sedekah dari seorang penumpang beca."

Selesai Pak Din membaca surat ini Pak Din tidak mampu menahan air mata kesyukuran dan lantas sahaja dia tunduk sujud syukur kepada Allah Azza Wa Jalla. Apa lagi yang begitu berharga bagi Pak Din selain dapat menunaikan kewajipan rukun Islam yang kelima dengan izin Allah swt.

Menunaikan haji adalah impian Pak Din walaupun wang tabungannya hasil dari titik peluh kayuhan becanya masih belum cukup namun, Pak Din memperoleh rezeki yang tidak dia sangka-sangka sehingga impianya itu kunjung tiba dengan lebih awal.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

(Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)

Saturday, 16 November 2013

Pada Saatnya Aku Menikah.



Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah SWT, dengan izinNya saya dapat menulis lagi dalam blog ini. Apa khabar teman-teman semua? Semoga kalian semua baik-baik saja disamping keluarga tercinta.

Pada kali ini saya nak kongsikan satu tajuk yang cukup istimewa buat diri saya. Terlebih dahulu saya nak bagi tahu satu berita gembira buat teman-teman alam maya bahawa saya telah melangsungkan perkahwinan pada 16 Oktober 2013 yang lalu, sebab itulah saya katakan tajuk ni terlalu istimewa.

Alhamdulillah. Pada hari ini genaplah sebulan usia pernikahan saya dengan si dia. Terlupa plak nak bagi tahu, saya menikah dengan muslimah pilihan hati saya iaitu Puan Selasiah Amir. ^_^

Pejam celik, pejam celik akhirnya masa itu telah tiba. Akhirnya saya telah menamatkan zaman bujang saya pada ketika usia 24 tahun. Kalau ikutkan perancangan, saya nak menikah pada usia 25 tahun, namun kita merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah buat kita. Allah takdirkan saya menikah setahun lebih awal.



Semua ini berlaku apabila saya dan rombongan keluarga melangsungkan acara pertunangan pada 26 Ogos 2012 dan pada ketika itu kedua belah pihak terus membincangkan tarikh pernikahan. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk melangsungkan pertunangan selama satu tahun sahaja.

Terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman yang sudi menghadirkan diri ke majlis pernikahan saya dan terima kasih juga saya rakamkan buat teman-teman yang mengutuskan ucapan selamat dan doa' kepada kami berdua.

Saya dan isteri begitu menghargai segala jasa baik teman-teman sekalian. Semoga Allah kira ia sebagai amal Islami. In shaa Allah. Aamiin.

Alhamdulillah. Setelah bergelar suami orang selama sebulan ni ada macam-macam perkongsian yang saya ingin kongsikan kepada teman-teman yang sudah punyai rencana untuk menikah. Khususnya teman-teman yang berhajat untuk menikah pada usia muda.

Pertamanya adalah, saya menasihatkan kepada sahabat-sahabat yang ingin menikah agar banyakkan persiapan diri khususnya persiapan ilmu pengetahuan perihal perkahwinan. Kerana urusan pernikahan ini bukan soal kebahagiaan semata namun sesekali hadir juga ujian rumah tangga.

Antara ujiannya adalah, ujian komunikasi, ujian kesabaran terhadap pasangan, ujian kestabilan kewangan dan ujian mentaliti.

Kerana saya bimbang apabila anda menerjah dialam rumah tangga tanpa adanya persiapan, anda akan gagal mendepani ujian-ujian itu.

Apa yang saya pelajari pada ketika bergelar seorang suami adalah, ianya merupakan kesediaan kita dalam memikul satu amanah dan tanggungjawab yang cukup besar. Kerana amanah dan tanggungjawab ini akan diminta pertanggungjawaban diakhirat kelak.

Ianya juga bukan sahaja menjadi penentu sama ada kita ini sebagai ahli syurga atau ahli neraka namun, kita jugalah yang menentukan masa depan akhirat isteri kita.

Sekiranya seorang suami melakukan amal kebaikan, maka pahala itu akan dibahagi dua dengan isteri sementara sekiranya seorang suami melakukan dosa, maka dosa itu ditanggung oleh suami sahaja. Ia amat berbeza dengan isteri. Sekiranya isteri melakukan amal kebaikan, maka pahala itu hanya milik isteri. Namun, sekiranya isteri melakukan dosa, makan dosa itu ditanggung bersama suami.

AllahuRabbi. Sedemikianlah besarnya tanggungjawab kita yang bergelar suami. Jangan kita setkan diminda dengan berkahwin nanti kita akan hidup senang sahaja, kerana perkahwinan itu hadir berserta kebahagiaan dan ujian.

Tatkala menjadi seorang suami, ianya juga merupakan satu proses latihan dalam melatih sifat sabar. Sabar dalam mendidik isteri, sabar dengan karenah isteri dan sabar dalam melalui saat berlaku ujian rumahtangga.

Ingatlah bahawa kalau anda suami sebagai ketua keluarga tidak bersabar dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi si dia yang bergelar isteri. Memang isteri banyak karenah kerana itu mereka dijadikan sebagai rusuk kiri kita dan haruslah kita melenturnya dengan kesabaran.

Anda juga kena jelas dan faham tanggungjawab rumah tangga itu haruslah dipikul bersama. Kerana anda tidak akan mampu memikulnya seorang diri, justeru itu anda memerlukan seorang permaisuri hati agar anda mampu memikul amanah itu dengan baik.

Kini barulah saya sedar, kalau kaum lelaki seharusnya belajar untuk memasak sebelum menikah. Kerana ianya begitu penting pada saatnya anda menikah. Misalnya kalau isteri tidak punya kesempatan untuk memasak maka segeralah kita menggantikannya di dapur. Barulah susah senang itu dipikul bersama dan lelaki yang memasak untuk isteri sebenarnya suami yang romantik. ^_^

Bukan soal masak je tau, tapi dari segenap segi termasuklah basuh kain, kemas rumah, iron baju, cuci pinggan, dan macam-macam lagi. Pendek kata kita juga kena tahu serba serbi perihal kerja-kerja isteri dirumah. Barulah kita menghargai isteri sebagai isteri bukan menjadikannya sebagai tukang gaji dirumah.

Satu lagi jangan lupa untuk hidupkan amal-amal ibadah bersama-sama isteri dirumah bukan amal ibadah yang wajib bahkan amal ibadah yang sunat juga. Misalnya solat besama-sama, bertadabbur Al-Qur'an bersama dan berpuasa sunat bersama-sama. Barulah keluarga itu boleh mencapai sakinah, mawaddah dan warahmah.

Bimbinglah isteri agar terus istiqomah menjaga ibadah kerana dengan jalan inilah rumah tangga yang dibina itu memperoleh redha Allah Azza Wa Jalla. In shaa Allah.

Pada anda yang sudah terbuka hati untuk menikah dan masih tidak punya calon isteri, carilah calon isteri yang baik agamanya. Kerana memang benar, isteri solehah itu adalah penyejuk mata dan penguat di jalan dakwah kelak.

Misalnya isteri yang solehah sentiasa akan menggalakkan suami agar keluar menunaikan tangggungjawab dakwah walaupun terpaksa ditinggalkan oleh suami buat beberapa ketika. Barulah anda faham bahawa betapa pentingnya pemilihan kreteria-kreteria isteri yang solehah.

Belajarlah untuk memahami bahasa komunikasi wanita. Kerana kemahiran untuk berkomunikasi terhadap isteri amat penting. Komunikasi yang tidak baik pasti akan mengundang perselisihan faham antara duanya. Kerana isteri amatlah sensitif terhadap sesuatu dan belajarlah untuk memahami body language mereka.

Alhamdulillah. Mungkin itu setakat itu saja perkongsian saya buat teman-teman sekalian. Ingatlah bahawa pernikahan itu adalah satu ibadah dan isteri itu adalah ladang akhirat buat kita yang bergelar suami. Justeru itu, pikullah amanah ini dengan keimanan yang jitu kepada Allah. In shaa Allah. Segalanya akan baik-baik saja.

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini mampu memberi sedikit manfaat buat teman-teman semua. In shaa Allah. Aamiiin. ^_^

Sunday, 29 September 2013

Murobbiku Seorang Doktor.


*Sekadar Gambar Hiasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Apa khabarmu teman-teman sekalian? Semoga masih saja berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga tercinta. In shaa Allah.

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah SWT. Kerana dengan izin dan inayah Nya aku diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog saya ini.

Hari ini aku ingin berkongsi cerita perihal satu kerjaya yang dikategorikan sebagai kerjaya profesional iaitu perihal seorang Doktor perubatan.

Semua mungkin sudah maklum kalau seorang Doktor itu adalah seorang yang berpelajaran tinggi dan merupakan salah satu kerjaya yang sangat mulia dan dipandang tinggi oleh segenap lapisan masyarakat.

Namun bukanlah aku hendak bercerita Doktor itu dengan lebih mendalam, namun aku ingin bercerita perihal pengalaman aku dididik dan ditarbiyah oleh insan yang bergelar seorang Doktor.

Pengalaman ini aku lalui pada ketika aku berada ditahun akhir belajar dulu. Murobbiku ketika itu seorang Doktor pakar di Hospital Besar Kota Bharu.

Pada awalnya, persepsiku pada seorang Doktor ini melihat ia seorang yang terlalu eksklusif dan sukar untuk didekati. Namun, kali pertama aku berada dalam bulatan gembira bersama beliau ternyata persepsiku itu sangat jauh meleset.

Apabila kami ahli bulatan gembira datang kerumahnya, dia meraikan kami umpama seorang anak malah aku merasakan sangat dekat dengan beliau.

Subhanallah.. Peribadinya seorang yang sangat merendah diri, dan percakapannya amat santun dan perilaku begitu hikmah. Sungguhlah aku tidak pernah bermimpi sebelumnya untuk berkenalan dengan seorang yang benar-benar menterjemahkan erti patah pepatah "Resmi padi, semakin ia berisi semakin pula ia tunduk merendah.".

Pada saatnya aku dan ahli-ahli bulatan gembira sudah menamatkan pengajian dan pulang ke negeri Sabah, Murobbiku itu sempat menitipkan sesuatu pada kami ahli bulatan gembiranya. Saat kami membuka bungkusan yang diberikannya ternyata ia mengandungi senaskah Al-Qur'an tafsir dan senaskah buku fikrah yang bertajuk "Apa Erti Aku Menganut Islam?" tulisan Sheikh Fathi Yakan.

Aku yakin dan percaya kalau hadiah ini diberikan kepada kami disertakan dengan harapan yang tinggi menggunung. Makna disebalik hadiah ini agar kami senantiasa menjalani kehidupan ini sebagai seorang muslim yang  sejati, dan agar kami senantiasa dekat dalam membaca Kalamullah.

Sungguh aku merasa bertuah kerana murobbi ini senantiasa berikan kami kefahaman Islam yang sebenar walaupun beliau seorang Doktor. Kagum melihat keindahan peribadi beliau, sungguh hebatnya tarbiyah ini mampu membentuk generasi yang punyai peribadi yang luarbiasa sepertinya.

Kefahaman Islam yang benar didadanya dan kesedaran terhadap generasinya dia korbankan masa rehatnya untuk sabar mendidik kami dalam bulatan gembira ini. Walaupun aku tahu dia seorang yang sibuk sebenarnya kerana selalu terlibat dengan pembedahan di hospital.

Pernah satu ketika aku menghadapi masalah kewangan dan mengadu padanya, tanpa dia bertanya banyak segera dia membantu diriku. Pada saat itu aku merasakan begitu hebatnya nilai Ukhwah antara murobbi (pendidik) dan mutarabbi (anak didik).

Cuba kita bayangkan pula bagaimana generasi Al-Qur'an yang unik dibawah didikan tarbiyah Rasulullah saw. Walaupun mereka telah memegang jawatan tertinggi seperti menjadi Khalifah dan jeneral perang mereka masih lagi tunduk merendah dan langsung tidak mendabik dada.

Aku juga ingin menyentuh isu masyarakat masa kini yang selalu lupa dan ada ego dalam diri. Misalnya, apa yang berlaku baru-baru ini bagaimana seorang pengawal keselamatan disergah, dikutuk dan dicaci sementara dia hanya memenuhi tanggungjawabnya sebagai pengawal keselamatan.

Secara peribadi aku merasakan ini merupakan tindakan yang sangat tidak wajar, kerana bukankah sewajarnya kita yang muda menghormati orang yang lebih tua berbanding kita? Tepuk dada tanya Iman anda.

Kembali kepada didikan Al-Qur'an yang menyeru kita untuk saling kasih mengasihi sesama muslim.

Tentang hal ini Allah berfirman dalam surat AL- Hujjurat ayat 10 yang artinya :

“ Orang – orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, sebab itu demikianlah ( perbaikilah hubungan ) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat “.

Dalam hadits juga ada menyebutkan:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di akhir penulisan ini, aku menyeru kepada diri ini dan saudara sekalian, bahawa siapa pun diri kita janganlah kita terlalu mendongak ke langit kerana hidup ini umpama roda. Ada kalanya kita diatas dan ada kalanya kita berada dibawah.

Contohilah sifat murobbiku seorang doktor ini yang peribadinya begitu menawan hati. In shaa Allah. Aamiiiin. Saya juga ingin memohon maaf andai ada keterlanjuran kata dalam penulisan ini dan menyebabkan mana-mana pihak tidak senang, namun ia cuma sekadar nasihat dari seorang insan di alam maya.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang lemah adalah kelemahan diri ini. Semoga kita semua senantiasa baiki diri menjadi insan yang lebih baik seterusnya memperoleh keredhaan Allah swt. In shaa Allah. Aamiiiin.

Saturday, 7 September 2013

Jangan Makan Banyak!


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Apa khabar teman-teman semua? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga yang tercinta. In shaa Allah. Aamiiin.

Alhamdulillah. Setelah sekian lama saya tidak mencoretkan sesuatu di blog ini disebabkan kekangan masa yang terlalu sibuk, akhirnya pada hari ini saya diberikan kesempatan untuk mencoretkan sesuatu.

Sejak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk mengisi waktu kerja dengan adanya jemputan ceramah kesekolah-sekolah yang tidak putus-putus. Alhamdulillah. Nikmat rezeki yang Allah kurniakan. Bersyukur pada Allah Azza Wa Jalla.

Sehinggalah pada baru-baru ini saya dijemput untuk berceramah yang bertajuk Muhasabah Diri di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Disaat awal aku menerima jemputan itu bagiku ia merupakan satu peluang untukku agar mampu mendidik anak-anak di Kuala Lumpur bandar metropolitan yang semakin sibuk mengejar materialistik semata.

Sehinggalah tibanya hari yang aku tunggu-tunggu untuk menyampaikan ceramah di sekolah berkenaan. Alhamdulillah... Kehadiranku disambut baik oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Selepas 2 jam berlalu aku membuat penghayatan muhasabah diri ditengah keheningan malam, aku menyaksikan butir mutiara air mata turut membasahi hampir setiap pipi pelajar yang mendengarkan ceramahku.

Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah jualah yang berkehendak untuk menyentuh hati mereka untuk kembali mengenal Allah dan terus menginsafi dosa-dosa yang lalu.

Selesai dipenghujung ceramahku, aku meminta sekiranya ada pelajar hendak berkongsi rasa sepanjang mendengar ceramahku tadi serta memberikan nasihat kepada kawan-kawan yang lain.

Lalu berdiri salah seorang pelajar dalam kalangan mereka. Pelajar itu merupakan pelajar tingkatan 6. Selepas dia memegang microfon dan memberikan salam dia segera memberi pesanan sambil ditemani kesyahduan suara yang begitu sebak.

"Saya merasa begitu sedih mendengar ceramah tadi. Apa yang benar-benar menyentuh hati saya, apabila penceramah menyentuh perihal ibu bapa. Saya menasihatkan kepada adik-adik yang ada disini, segeralah kamu meminta ampun dan maaf pada ibu bapa dan buatlah mereka bangga akan diri kamu. Dulu, abang pun nakal, sampailah tibanya satu kisah. Pada masa tu abang baru baru form 2. Ayah abang seorang pemandu lori, dan setiap hujung minggu pasti abang akan bantu ayah dan ikut ayah dengan lorinya. Sampailah satu peristiwa, tatkala kami hendak makan tengahari.. Ayah ajak untuk pergi beli makanan kat warung. Ayah pesan pada saya, Nak jangan makan banyak sangat ya. Ayah tak banyak duit. Saya pun ambillah lauk ala kadar sahaja. Selesai membeli makanan itu, kami pun pergi belakang warung tu, dan duduk di tepi parit belakang dan makan disitu. Masa tu ayah pesan. Nak.. Belajar bersungguh-sungguh ya, supaya bila besar nanti tak susah macam ayah, dan kamu boleh hidup senang. Peristiwa itu benar-benar menyentuh hatiku, dan bermula dari situ saya belajar bersungguh-sungguh dan tidak akan kecewakan orang tua lagi"

Demikian perkongsian adik berkenaan yang benar-benar menyentap hatiku sehingga tidak dapat ku menahan titisan air mata tatkala mendengarkan kisah hidupnya yang dhaif itu. Barulah ku sedari, begitu kehidupan senang lenang di tengah-tengah bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur ini tercalit sebuah kehidupan yang serba kekurangan.

Barulah aku memahami erti kesyukuran dan kufahami erti nilai kasih dan pengorbanan seorang ibu bapa kepada anak-anaknya. Sungguh luar biasa hebat adik itu, dan semua yang mendengarkan kisahnya itu turut menangis bahkan guru sekolah yang ada disitu pun menangis.

Ia merupakan pelajaran yang besar untuk diriku, tak ku sangka kehadiranku untuk mendidik mereka namun akhirnya, hatiku juga terdidik oleh kisah itu tadi. Semoga, hati ini terus menerus merasai nikmat syukur akan nikmat yang Allah beri. In shaa Allah. Aamiiiin.

Sekian dulu coretanku, sampai jumpa lagi.  

Thursday, 4 July 2013

Tumbangnya Seorang Morsi!


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Seluruh umat Islam seolah-olah telah digoncangkan dengan berita duka tumbangnya seorang pemimpin tertinggi Mesir iaitu , Dr. Muhamed Morsi. Beliau merupakan presiden Mesir yang telah dilantik dan dipilih oleh rakyat mesir melalui proses pilihanraya lepas.

Namun, kepimpinan beliau tidak bertahan lama apabila 04/Julai/2013 satu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh kita dimana saat beliau telah digulingkan oleh tentera Mesir.

Pergolakan rakyat Mesir yang menentang beliau telah mengakibatkan campur tangan dari pihak tentera sehingga memaksa beliau digulingkan dari tampuk kepimpinan Mesir. Ia merupakan satu konspirasi terancang dalam rangka untuk menumbangkan pemimpin hebat ini.

Antara faktor kenapa musuh-musuh Islam gentar dan tidak boleh duduk diam selagi mana Dr. Morsi masih mentadbir negara Mesir adalah:

Mendokong pembebasan negara Palestin dengan mengarahkan tidak ada lagi sebarang sekatan terhadap sempadan negera Palestin dan Mesir.

Juga memberi ruang kepada warga Syria dengan membenarkan penempatan bagi pelarian negara Syria.

Beliau juga telah berjanji untuk melaksanakan syiar pemerintahan Islam sepenuhnya dibumi Mesir.

Keberanian dan kelantangan pemimpin yang bergelar Hafiz Qur'an ini telah membuatkan seluruh dunia menumpukan perhatian pada beliau dan telah menggusarkan musuh-musuh Islam.

Namun begitu, tidak sampai setahun beliau memimpin Mesir agenda terancang untuk menjatuhkan beliau telah terlaksana. Akhirnya, tumbangnya seorang Morsi.

Mungkin seorang Morsi ini telah berjaya digulingkan, namun mereka tidak mampu menggulingkan semangat juang dan jihad pada setiap pendokong Morsi yang membawa Islam dan Jihad didada mereka.

Seorang Morsi tumbang namun jutaan pembela Islam akan bangkit! Ujian ini telah memberi kesan dan merupakan salah satu tanda kebangkitan dan kemenangan Islam.

Mereka mungkin berjaya tumbangkan kuasa pada tangan Morsi, namun mereka tidak mungkin menggangu gugat ketentuan dan janji Allah kalau Islam itu akan menang!

Mesir, Syria, Palestin, dan Lubnan telah bermandi darah dan memanggil nama kita sebagai pemuda. Bangkitkan semangat wahai syabab! Gencarkan gerak kerjamu, luaskan ilmumu, pancarkan sahsiahmu, kerana Islam menanti kita!


"Allahu Ghoyatuna, Arrasul Qhudwatuna, Al-Qur'annu Dusturuna, Al-Jihadu Sabiluna, Al-Mautu Fisabilillah, Asma' Amanina"

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!


Surah As-Saff Ayat 10-12 yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada siksaan yang pedih (dalam neraka)? Iaitu (dengan) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, dan kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu. Itulah yang paling baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Nescaya dia (Allah) mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adnin. Itulah kemenangan yang besar."


Thursday, 20 June 2013

Merawat Sekeping Hati


Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Pagi jumaat yang penuh barakah ini saya diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu lagi. Semua dengan izin dan kehendak Allah SWT.

Teman-teman sekalian, apa khabarnya anda sekalian? Semoga sihat walafiat disamping keluarga tercinta. In shaa Allah. Aamiiin.

Namun, hari ini ingin juga aku tanyakan apa khabarnya hati anda sekalian? Pasti kita seolah tidak mengerti bagaimana agaknya untuk menjawab persoalan saya itu kan.

Nah.. Mari sama-sama kita melihat apa khabarnya hati kita semua. Teman-teman sekalian, jikalau kita ingin mengetahui apa khabarnya hati kita mari kita melihat dari sudut bagaimana dekatnya hati kita kepada pemilik segala hati?

Apakah hati kita berada dalam keadaan sihat? Ataupun keadaan hati kita berada dalam keadaan sakit? Dan mungkinkah hati kita sudah mati sebelum mati?

Allahu Rabbi. Menilai keadaan hati yang sihat bagaimana ya? Mari sama-sama kita lihat bagaimana hati yang sihat menurut Al-Qur'an:

“Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama.” [Ar-Ra’du ayat 28-29]

Subhanallah. Dengan mengingati Allah Azza Wa Jalla hati kita bisa sihat dan menjadi lebih aman tenteram. Tatkala hati kian sihat pasti amal kian rancak untuk melakukan amal soleh. Terus, tanyakan pada dirimu adakah hati kita berada dalam kelompok hati yang sihat ini?

Teman-teman sekalian, bagaimana pula dengan hati yang sakit? Sungguh hati yang sakit itu adalah hati yang telah banyak melakukan dosa. Hati ini sering lupa kepada Allah swt tatkala melakukan dosa.

Apakah kita memilih untuk terus mengotori hati ini sedang kita masih punyai pilihan terbaik yakni menyucikannya?


"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10)


Teman-teman sekalian, satu lagi kelompok hati yang begitu membimbangkan kita apabila hati kita sudah mati sebelum mati. Nau'zubillah.

Hati mati itu seperti apa? Hati mati adalah sekeping hati yang tidak mampu lagi untuk merasa bersalah mahupun telah melakukan dosa, bahkan hati ini merasa selesa dengan dosa. Allahu Rabbi. Sedihnya kita bila hati ini sudah terlalu keras untuk menerima hidayah Allah Azza Wa Jalla.

Lalu, adakah hati kita masih hidup teman-teman? Tanyakan kepada lubuk hatimu yang paling dalam. Dimana letaknya kondisi kesihatan hati kita? Sekiranya hati kita ini berada dalam kondisi yang mengkhuatirkan bersegeralah untuk merawatnya.

Rawatlah sekeping hati ini dengan banyaknya kita membaca Al-Qur'an, dengan membasahi lidah kita dengan zikrullah, serta sering kita berkawan dengan teman-teman yang soleh dan solehah, lalu perbaiki pula amal ibadah kita, dan segalanya pasti kita niat ikhlaskan kerana Allah swt semata.

Teman-teman, sebagai langkah dan momentum permulaan dalam merawat hati ini adalah dengan mendirikan solat sunat taubat nasuha. Taubat yang sebenar-benar taubat dan kita bertekad untuk tidak mengotori hati ini lagi.

Segeralah kita berdoa' kepada Allah agar digantikan buat kita hati yang baru, serta dipelihara hati itu agar ia kekal sihat dan istiqomah dalam melalui kehidupan yang mendatang.

Marilah kita amati doa' ini:


اللهم آت نفسي تقواها أنت وليها و مولاها وخير من زكاها


"Ya Allah,limpahkanlah ketaqwaan kepada jiwaku ini.Engkaulah Pemiliknya dan perlindungnya,dia Allah,limpahkan dan Engkaulah sebaik-baik Dzat yang menyucikannya" (Ath-Thabari (XI/106)


Sekian dulu perkongsian untuk teman-teman sekalian. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu diri saya serta teman-teman untuk senantiasa memelihara hati masing-masing. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang diberikan petunjuk dan hidayah. In shaa Allah. Aamiiiiin.

Bila Hati Kian Diuji


Assalamu'alaikum wbt.

Apa khabar teman-teman sekalian? Semoga baik-baik saja hendaknya. Semoga kita semua senantiasa berada dalam redha dan kasih sayang Allah Azza Wa Jalla.

Alhamdulillah. Merasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita bersua lagi di pentas alam maya ini.

Hari ini saya akan membicarakan perihal Ujian keatas kita sebagai hamba Allah yang kerdil. Allahu Rabbi. Bila kita tanyakan kepada setiap umat manusia apakah mereka pernah ditimpa ujian?

Saya yakin dan percaya, pasti kita semua akan menjawabnya kita pernah ditimpa ujian. Ya ujian keatas kita tidak akan pernah berhenti selagi mana hayat dikandung badan, kerana kehidupan kita sendiri adalah ujian. 

Cuma ujian itu hadir dalam dua keadaan yakni ujian berbentuk kesusahan ataupun ujian kesenangan. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah buat kita:


"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

(Surah Al-Anbiyaa' Ayat 35)

Teman-teman sekalian, adakalanya kita ditimpa pelbagai ujian. Adakalanya juga ujian yang menimpa itu ujian yang ringan dan adakalanya ia ujian yang begitu berat.

Laksana itu, mungkin ada dalam kalangan kita hilang kesabaran dalam melalui ujian-ujian yang kian mendatang dan seolah-olah menemui jalan buntu dan sudah tidak mempunyai asa lagi. Na'uzubillah.

Teman-teman sekalian, andai kita mengetahui kalau ujian yang menimpa keatas kita itu bukanlah dijadikan sebagai bebanan keatas kita. Namun Allah jadikan ujian itu agar melihat sebagaimana kita melalui ujian itu dengan penuh kesabaran dan istiqomahnya kita dalam menunaikan hak sebagai hamba Allah swt, sesuai dengan firmanNya:


"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."

(Surah Al-Baqarah Ayat 153)

Subhanallah.. Allah telah mengajarkan kepada kita dua cara yang paling mustajab untuk mendepani setiap ujian itu dengan sabar dan solat. Namun, mengapa kita masih tetap membuta tuli?

Teman-teman, disaat hati kian diuji jangan pernah berputus asa dengan pertolongan Allah. Kita masih punyai Allah sebagai Rabb yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Allah tidak pernah melupakan kita sebagai hambaNya, namun kitalah yang sering lupa sebagai seorang hamba.

Apakah kita telah lupa maksud di sebalik surah Al-Fatihah yang sering kita bacakan:


"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

(Surah Al-Fatihah Ayat 5)

Allahu Rabbi. Sungguh kita punya Allah sebagai tempat mengadu dan biarlah Allah sahaja sebagai tempat kebergantungan kita tatkala ujian datang menimpa.

Justeru itu, teman-teman sekalian. Usahlah merasa sedih dan merasa lemah tatkala ujian kian melanda hati. Bukankah Allah ada sebagai penolong kita? Allah juga tidak akan menguji kita diluar dari batas kemampuan kita sebagai hambaNya.

Marilah kita tetapkan hati untuk terus bersabar dan terus bersabar. Senantiasa berdoa dan optimis kalau ujian ini pasti akan berlalu dan ia merupakan satu nikmat yang mana kita merasakan hanya sanya Allah sebagai penolong kita.

Jangan pernah melihat ujian itu sesuatu yang begitu besar, namun lihatlah betapa besarnya kasih sayang Allah dengan selesainya ujian itu. Subhanallah.

Semoga masalah yang kian menimpa kita ini, akan menjadi batu aras yang meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Azza Wa Jalla tatkala kita melalui ujian ini dengan penuh kesabaran. In shaa Allah. Aamiiiin.


"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

(Surah Az-Zumar Ayat 10)

Thursday, 13 June 2013

Air Mata Kerinduan Dalam Doa'ku.



Asssalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Saya ingin mengajak diri saya sendiri serta teman-teman sekalian untuk sama-sama kita mengucap rasa syukur kehadrat Ilahi tanpa rasa jemu.

Sungguh kita tidak mampu untuk menghitung berapa banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sejak kita dilahirkan sehingga kini.

Allahu Rabbi. Terasa Allah itu Maha Penyayang kepada kita makhluk yang kerdil dan tidak punya apa-apa. Sedang kita cuba renungkan begitu banyak dosa yang kita lakukan, namun Allah masih meminjamkan kita nikmat kehidupan agar segera kita sedar dan kembali bertaubat. In shaa Allah.

Teman-teman sekalian, hari ini saya ingin mencoretkan sesuatu perihal rasa rindu. Rasa rindu juga merupakan satu nikmat yang begitu besar nilainya diberikan kepada kita. Saya yakin dan percaya kalau kita semua pasti pernah merasa rindu pada insan-insan yang teristimewa.

Rasa rindu itu mungkin hadir tatkala kita berjauhan dan tidak selalu bersua muka. Ya memang benar, kini aku telah dilamun rindu yang teramat sangat.

Rinduku ini adalah rindu kepada kedua ibu bapaku. Sejak 7 tahun lalu ketika aku melanjutkan pelajaran, inilah kali kedua seumur hidupku duduk berjauhan dari kedua ibu bapaku.

Setelah hampir seminggu aku berhijrah semula di tanah semenanjung ini, entah kenapa tidak ada hari yang berlalu tanpa aku merindukan kedua ibu bapaku.

Rasa rindu itu kian mencengkam hebat tatkala aku menadah tangan untuk berdoa' laksana aku selesai menunaikan solat.

Allahu Rabbi. Setiap kali aku menuju kalimah mendoa'kan kedua ibu bapaku pasti pipi ini dilinangi air mata kerinduan yang tidak terperi.

"Ya Allah.. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, sepertimana mereka mengandungkan, melahirkan, mendidik, dan membesarkanku dengan penuh kasih sayang. Ya Allah.. Kurniakanlah cahaya hidayahMu untuk mereka agar kami bertemu disyurgaMu. Ya Allah.. Berilah mereka kesihatan, kekuatan serta Engkau lindungilah mereka dari sebarang malapetaka yang tidak diingini, kerana aku tidak mampu menjaga mereka yang berada dikejauhan. Ya Allah.. dengan hikmah dan kasih sayangMu aku mohon jagakan mereka untuk diriku, kerana aku begitu kasih dan sayang pada mereka. Perkenankanlah doa' seorang anak yang merindukan orang tuanya ini ya Allah. Aamiiiin"

Demikianlah rangkap doa' yang sering kutitipkan untuk kedua orang tuaku.

Allahu Rabbi. Tatkala berdoa' itu aku terbayang wajah kedua ibu bapaku yang tersenyum dihadapanku. Terlalu banyak kenangan manis yang membayangi kotak fikiranku jua. Terkenang bersarapan bersama mereka, makan malam bersama mereka, bersiar-siar bersama mereka, menonton TV bersama mereka dan pelbagai lagi memori indah bersama mereka.

Namun, saat yang paling aku rindukan adalah menjadi imam dihadapan mereka ketika menunaikan solat subuh dan maghrib. Usai aku mengimamkan mereka, pasti aku akan salam mencium tangan mereka, cium pipi kedua mereka, cium dahi mereka dan memeluk mereka erat dengan penuh kasih sayang.

Subhanallah.. Saat itu aku merasakan bahawa begitu besarnya nikmat mempunyai ibu dan ayah. Apabila kita berjauhan terasa rindu itu memberi makna dan kesedaran kepada kita untuk lebih menghargai mereka.

Teman-teman sekalian, aku bukan anak yang soleh kepada kedua orang tuaku dan adakalanya aku jua pernah mengguris hati kecil mereka, dan aku sangat menyesal serta merasakan cukup berdosanya diri ini kepada orang tua.

Namun, aku ingin mengajak kepada teman-teman diluar sana marilah kita sama-sama menghargai kedua orang tua kita sebaik-baiknya. Sedih... bahkan terlalu sedih melihat senario hari ini yang menyaksikan anak-anak tidak lagi mahu menghormati orang tua, melawan cakap orang tua, bahkan meninggalkan orang tua di rumah-rumah kebajikan.

Sungguh kita tidak pantas untuk melakukan demikian kerana jasa dan kasih sayang mereka begitu besar dan tidak mampu untuk kita membalasnya sehingga hujung nyawa pun.

Teman-teman.. kadang-kadang kita tidak mampu untuk menilai dan merasa bagaimana nikmat punya orang tua, kerana hati kita sudah keras dan hanya melihat kesenangan dan hiburan dunia semata sehingga kita terlupa akan mereka.

Namun, kalau anda ingin bertanya sebagaimana nikmatnya punya orang tua? Tanyakan soalan itu kepada insan yang sudah tidak punyai ibu dan ayah. Pasti mereka akan menjawab kalau ibu dan ayah masih ada ingin sekali aku memeluk dan mencium mereka setiap hari.

Teman-teman, sudah menjadi lumrah kehidupan manusia yang sering lupa untuk lebih menghargai tatkala ia ada didepan mata. Usai ia sudah pulang menemui sang Pencipta barulah kita ingin melakukan yang terbaik untuk mereka, sedang ianya sudah terlambat.

Teman-teman, kenapa perlu tunggu mereka sudah tiada untuk membahagiakan mereka? Sedang kita punya waktu sekarang bersama mereka. Kalau anda duduk jauh dari mereka segeralah hubungi mereka lewat telefon bimbit, bertanyalah khabar mereka.

Kalau anda berada bersama mereka, segeralah hidangkan secawan kopi untuk mereka dan duduklah berbual-bual menemani mereka. Kalau anda sedang makan bersama mereka, segeralah anda hidangkan nasi dan lauk untuk mereka dengan senyuman.

Kalau anda pernah melukakan hati mereka, segeralah capai tangan mereka serta menciumnya dan rendahkan hatimu sebagai anak yang menyesali perbuatannya dan pintalah kemaafan kepada mereka, agar kita tidak menjadi anak yang derhaka. Na'uzubillahi minzalik.. Dosa kepada orang tua tergolong dari salah satu dosa-dosa besar.

Nabi SAW bersabda:
"Semua dosa diakhirkan hukumannya sekehendak Allah SWT sehingga ke hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua orang tuanya, maka yang demikian diciptakan hukumannya bagi yang melakukannya". (riwayat Al-Hakim)

Kalau mereka sakit, segeralah anda menjaga makan minum, selimuti mereka dan mendoa'kan agar diangkat kesakitan itu oleh Allah swt. Kalau anda sedang rindukan mereka, segeralah anda menadah tangan untuk berdoa' dan luahkan segalanya kepada Allah Azza Wa Jalla untu memberi kekuatan agar memikul bebanan rindu yang tidak terperi ini.

Dan yang paling penting sekali kalau benar kita sayang kepada mereka berdua, marilah kita berusaha untuk menjadikan diri kita sebagai anak yang soleh dan solehah. Untuk apa? Agar kita semua menjadi saham akhirat kepada kedua orang tua kita nanti dan in shaa Allah kita akan dipertemukan bersama mereka di syurga Allah yang abadi.

Janganlah kita menjadi anak yang membebani amalan dosa kedua orang tua kita tatkala kita hidup tanpa ada iman dan takwa. Misalnya mudah, bermulalah dengan perlahan. Mungkin anda boleh bermula dengan perkara asas dulu, misalnya anda mula untuk menjaga solat dan menutup aurat dengan sempurna.

Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”.

Sentiasalah mohon kekuatan agar Allah tetapkan hati-hati kita dalam keadaan ketakwaan kepada Allah swt. Teman-teman dihujung penulisan saya ini saya tinggalkan anda dengan hadis ini dan cubalah untuk memahami bahawa kasih sayang Allah itu terletak kepada kasih sayang kedua ibu bapa kita:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa". (riwayat al-Hakim)

Thursday, 30 May 2013

Wednesday, 29 May 2013

Have You Think Deeply?



Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu diatas laman blog ini.

Kali ini saya mungkin tidak mencoretkan kisah-kisah menarik untuk bahan bacaan anda, cuma kali ini saya hendak berkongsi rasa bahagia punya sahabat seperti mereka.

Alhamdulillah... Walaupun tinggal berapa hari saja lagi saya akan meninggalkan kampung halaman ku ini, namun masih diberi peluang untuk merakamkan seribu satu kenangan bersama sahabat-sahabatku.

Lantaran itu, sahabat-sahabatku ini belanja aku makan plak malam ni. Ceh.. Bajet macam orang penting lah plak. Hehehe. Tapi aku tahu, kalau mereka ikhlas untuk meraikan pemergianku ini. Aku dapat rasakan itu secara jujurnya.

Menu utama yang menemani kami tadi adalah Chicken Chop.. Mmmmm.. Memang sedap dan teramat dinikmati lebih-lebih lagi ditemani oleh dua orang sahabat yang sangat riuh tadi. Bak kata pepatah sedapnya sehingga menjilat jari.

Rasa seronok sangat, makan sambil-sambil mengimbau kenangan zaman sekolah, kenangan sejak kali pertama bertemu dan macam-macam kisah yang melucukan. Sehinggakan gelak ketawa kami menjadi tumpuan di tengah-tengah restoran tadi.

Apapun aku tahu, disebalik gelak ketawa itu ada satu perasaan yang tercalit di sudut hati. Perasaan sedih untuk berpisah dengan mereka. Lebih-lebih lagi sahabat yang ku kenali sejak kecil. Seorang sahabat bertanya denganku:

"Jumat. Have you think deeply?"

Soalan itu benar-benar menyentap hati ini, lalu membuatkan aku kelu untuk menjawab soalan itu. Aku pun apa lagi cover line cepat, buat-buat tak faham lah bahasa english tu. Dan macam-macam lagi, walhal dalam hati sudah menangis sebenarnya.

Sahabatku, akanku jawab soalan itu disini. Memang aku telah nekad untuk pergi meninggalkan kamu berdua untuk sementara waktu. Tapi, percayalah walaupun terpisah dek jarak beribu batu, walaupun dihadang oleh dinding laut China Selatan,  namun kalian berdua sahabatku dunia dan akhirat. In shaa Allah. :')

Jangan ditangisi pemergianku yang sementara ini, kerana aku pergi untuk mencari selautan ilmu untuk membela masyarakat kita nanti. Mohon doa' kalian berdua agar aku terus teguh berjuang mencari ilmu itu nanti.

At the end of story, aku diberi lagi hadiah coklat Ferrero Rocher dan hanya ada 3 biji. Satu untuk kau, untuk kau dan untuk aku. Segera aku habiskan coklat itu, dan terasa begitu manisnya coklat itu seumpama manisnya kenangan malam ini bersama mereka.

Semoga sahabatku berdua ni gembira dengan lukisan potret yang kuhadiahkan untuk mereka. Aku telah melukis lukisan itu beserta kasih dan sayangku pada kamu. ^_^

In shaa Allah. Selamat tinggal sahabatku. :')

Wednesday, 22 May 2013

Mahalnya KTD!




Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah.. Rasa syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah dan izinNya kita bersua lagi di alam maya ini. Apa khabar Imanmu teman-teman? Semoga sahaja semakin hari semakin bertambah kecintaanmu kepada sang pencipta yang Maha pengasih dan Maha penyayang yakni Allah Azza Wa Jalla. Aamiiin.

Teman-teman sekalian hari ini sekali lagi saya mencoretkan sesuatu perihal KTD. Mungkin masih ada teman-teman yang belum tahu apa itu KTD. KTD merupakan singkatan Kolej Teknologi Darulnaim, merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang terdapat di negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) dan aku merupakan graduan daripada KTD.

Alhamdulillah. Tajuk penulisan kali ini berkenaan begitu "Mahalnya KTD!". Mahal yang saya ingin katakan disini bukan berkaitan dengan nilai wang ringgit. Mungkin ada teman-teman terus tertanya-tanya kalau bukan mahal pada nilai wang ringgit lalu mahal pada apa?

Takpa, saya akan ceritakan kenapa saya pilih tajuk ini. Selepas beberapa hari keluarnya result SPM pada tahun ni, saya telah dihubungi daripada beberapa orang pelajar lepasan SPM dan menyatakan hasrat mereka untuk memilih KTD sebagai destinasi melanjutkan pelajaran keperingkat diploma.

Alhamdulillah.. Lalu bila saya bertanya kepada mereka, bagaimana mereka tahu menghubungi saya dan kenapa mereka memilih KTD? Lalu ini pula jawapan sebilangan besar daripada mereka. "Saya berminat sebab saya ada kawan yang telah belajar di KTD dan dialah yang minta saya menghubungi abang dan dia jugalah yang mencadangkan untuk saya belajar di KTD"

Subhanallah... Tersentap hati ini mendengar kata-kata mereka. Sungguh aku terharu, kerana bila aku mengimbau kembali beberapa tahun yang lampau di saat aku menawarkan KTD di luar sana, seringkali pula tawaranku ditolak. Tak kurang juga ada yang masih tak tahu KTD itu apa. Bahkan ada juga yang yang memburuk-burukkan KTD.

Namun begitu, semua itu sudah kulalui satu ketika dulu. Aku melalui itu semua sebagai satu cabaran buatku, akhirnya segalanya telah berlalu dan kini  ada pula yang membantu aku untuk menawarkan KTD di luar sana. Terima kasih kepada adik-adik KTD yang berani membuka mulut untuk berbicara perihal KTD kepada adik-adik di luar sana.

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah benar yang pernah aku lalui sewaktu aku bekerja sebagai pegawai marketing KTD di Sabah. Cerita ini bermula tatkala aku sedang menghantar adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran di KTD. Kisah ini juga merupakan ujian bagi diriku. Masih segar diingatanku ketika itu aku akan menghantar seramai 70 orang pelajar ke KTD di lapangan terbang Tawau.

Saat aku sedang sibuk menyusun adik-adik di kaunter bagi proses mendapatkan pas pelepasan, ada seseorang sedang memperhatikan aku dari kejauhan. Namun aku buat-buat tidak tahu sahaja walaupun aku perasan kalau dia sememangnya sedang memerhatikan aku setiap gerak dan geriku.

Selesai sahaja aku mengatur adik-adik itu, insan itu segara meluru padaku dan nampaknya andaianku itu ternyata benar dia memang memerhatikan aku daripada tadi. Namun, bila aku melihat insan itu sememangnya aku sama sekali tidak kenal dia.

Apabila ia datang terus senyum dan bersalaman denganku. Demikian perbualan kami:

Insan itu: Awak nak bawa kemana budak-budak ramai tadi?
Aku: Owh.. aku nak hantar mereka ke KTD.
Insan: Owh. Memang benarlah awak ni pegawai marketing di KTD.
Aku: Ia benar.
Insan: Herm.. saya nak tanya berapa KTD bagi awak untuk per student?
Aku: Kenapa?
Insan: Saya nak tawarkan pada awak untuk tukarkan pelajar-pelajar tu dan hantar ke Kolej kami.
Aku: Bermonolog (rupanya dia ni pegawai marketing kolej lain)
Insan: Macam mana awak setuju ker? Sebab selama saya buat marketing di Sabah ni belum pernah saya peroleh pelajar seramai ni di Sabah dalam satu intake.
Aku: So, berapa kolej kamu boleh bagi dan apa yang saya dapat kalau saya tukar mereka untuk ke kolej kamu?
Insan: Kami akan bayar gaji kamu sebanyak RM 2000 per month dan selama mana awak bekerja kami akan bayar semua. Setiap pelajar kami akan bagi awak RM 300, jadi kali dengan 70 pelajar awak kiralah sendiri.
Aku: Herm.. Kenapa murah sangat?
Insan: Haa? (Terkejut) Berapa kolej awak bagi pada awak?
Aku: Setiap pelajar yang berubah menjadi baik dan terus kekal dalam keadaan baik nilainya terlalu mahal kerana ia lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Insan: Wah... Lu ni memang gila punya orang. (Segera sahaja dia meninggalkan aku sebaik sahaja mendengar jawapanku padanya)

Ya memang aku gila. Namun, kegilaanku itu adalah berhajat kepada syurga Allah swt. Mana mungkin ingin kesyurga andai tanpa ada pengorbanan yang besar. Justeru itu, kepada adik-adik KTD yang telah membuka mulut untuk mengajak orang masuk KTD, cuba bayangkan andai orang-orang yang kita ajak itu menemui hidayah di KTD dan istiqomah mengamalkan kehidupan Islam seterusnya menyampaikan kepada yang lainnya pula sehingga dia mati. Selama itu pula kita peroleh pahala daripadanya. Bukankah seorang itu lebih baik dari dunia dan seisinya?

Ya itulah mahalnya KTD. Mahalnya KTD kerana KTD ada proses tarbiyah yang mencetak manusia untuk berubah menjadi lebih baik. Adik-adik diluar sana, kalau anda berhajat pada diploma yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), KTD adalah tempatnya dan kalau anda berhajat pada sistem tarbiyah yang mendidik untuk menjadi insan yang lebih baik KTD juga adalah tempatnya.

Apa anda tunggu lagi? Mahalnya KTD bagi kami kerana adanya diploma dan didikan yang terbaik. Tidakkah anda ingin merasai bagaimana nikmat mahalnya KTD? Segeralah hubungi saya, kalau hati anda terbuka untuk melanjutkan pelajaran di KTD.

JOM MASUK KTD!