Ring… Ring… Ring…!!!! Jam loceng berdering menandakan waktu pukul 5.00 pagi.
“Aduh….!!! Bingit telingaku ini” Hatiku merintih.
Lalu kucapai jam itu, lantas ku matikan penggeranya. Aku masih lagi terasa berat untuk bangun, apatah lagi hendak mengangkat kelopak mataku. Kerana masih tidak puas untuk tidur di atas tilam yang empuk.
“Ahhh …..!!! Baik ku teruskan tidurku ini” Pujuk hatiku.
Ku terus menarik selimut menutupi seluruh tubuhku. Memang terasa bahagia hatiku.
Tidak berapa lama kemudian.
Bib… Bib.. Bib…!!! Handphone ku pula berdering seperti ada saja mesej yang masuk..
“Ahhh….!!! Ada saja yang mengganggu tidur ku” Hatiku terus mengeluh.
Kucapai handphoneku. Benar la tekaan hatiku ada mesej yang masuk. Bila aku lihat rupanya mesej daripada Abang Zul. Abang Zul adalah rakan sekerjaku di pejabat. Lalu ku membaca mesej darinya dalam keadaan separuh sedar.
Mesej abg zul.
“Rahman saudaraku.. Marilah kita bangun mengerjakan solat sunat tahajjud. Kerana ia dapat menguatkan jiwamu. Bermunajatlah pada Allah , nescaya Allah akan menolongmu..”
Selesai aku membacanya aku seperti tidak mengendahkannya, kerana rasa mengantuk kian menghambat diriku. Bagi ku lebih baik aku teruskan tidurku. Tidak berapa lama aku terus terlelap.
Setelah sejam kemudian.
Allahuakbar, Allahuakbar..!!! Azan pula berkumandang.
“Iskh… Awal pula azan subuh hari ni.” Masih lagi merintih hatiku.
Aku memaksa diriku untuk bangun. Tapi, seolah-olah badanku ini disaluti dengan baju besi, kerana begitu berat rasanya badanku. Bila ku melihat jam sudah menunjukkan pukul 06.30 pagi. Aku pun bergerak menuju bilik air dalam keadaan yang agak lemah dan tidak berdaya.
Selesai saja aku mandi, aku bersiap tuk menunaikan solat subuh. Tapi entah mengapa, dalam keadaan itu pun masih terasa ngantuk yang terus memamah diri. Selesai aku solat, terus ku rebahkan diriku di hamparan solat dan tertidur di atasnya.
Sinar mentari menembusi ruang jendelaku terus menghambat kelopak mataku.
“Eh.. cahaya apakah ini?” Hatiku bertanya.
Bila ku buka mataku, terus aku tersentak kerana langit diluar sana sudah cerah. Ku lihat jam sudah pukul 09.00 pagi.
“Alamak !! Matilah!! Aku sudah terlewat.” Aku berkata pada diriku.
Tanpa bertutur kata aku terus bangun dengan pantas bersiap untuk pergi kerja. Perasaan mengantuk terus hilang dengan serta merta kerana perasaan takut dimarahi oleh majikan ku. Dia memang seorang yang garang.
“Habislah. Pagi ni aku mesti kena marah oleh bos” Aku bermonolog dalam diri.
Aku terus bergegas laju memacu motorsikal ku menuju pejabat. Disepanjang jalan menuju pejabat aku melihat sinar mentari kian menegak ke atas, semakin risau di benak ku. Semakin kuat pula aku menyentap kelajuan motorku. Agak bahaya juga caraku menunggang ketika itu. Namun, perasaan takut dimarahi oleh bosku terus menemani jiwaku yang membuatku tidak perduli apa disekelilingku.
Selepas 30 minit kemudian.
Akhirnya, sampai jugak aku di pejabat. Bergegas pula aku terus menuju lif dan menekan butang kekunci lif menuju ke pejabat. Akhirnya, sampai saja aku di pejabat. Majikanku terus memanggil ku.
“Rahman!!! Masuk dalam pejabat saya sekarang” Dengan nada yang tinggi majikanku memanggilku.
Aku meluru kedalam bilik majikanku dengan hati yang begitu takut.
“Aduh..!!! Memang kena aku pagi ni” Aku berbicara sendirian.
Setelah berada di dalam bilik bosku.
“Mengapa kamu lewat?” Soalan itu terus menerja diriku.
“Maafkan saya bos. Saya terlewat bangun tadi.” Aku menjawab dengan bibir yang terketar.
“Kamu tidak memberi komitmen kerja dengan baik. Pastikan ini adalah kali pertama dan kali terakhir kamu datang lewat. Kalau benda ini berulang maafkan saya kalau saya memecat kamu. Faham !!!” Amaran daripada bosku.
“Baik bos. Saya berjanji perkara ini tidak berlaku lagi” Aku memberi harapan.
“Fuh..!!! Selamat , dia tak terus memecat aku” Aku berbisik keseorangan.
Selepas aku keluar daripada bilik bos, seseorang menepuk bahuku.
“Sabar man. Ujian daripada Allah buatmu” Abang Zul menyapa dan menasihati aku.
“Oh. Abang Zul. Terima kasih bang, apapun dah berlaku nak buat macam mana lagi” Aku menjawab.
Abang Zul selalu hadir memberi ku nasihat, dia seolah-olah abang kandungku sendiri. Entah kenapa dia begitu baik padaku,sejak mula-mula masuk kerja dulu dia lah orang pertama yang ku kenali. Dia lah yang banyak menolongku.
Waktu rehat.
“Man. Mari kita pergi solat” Abang Zul memanggil dan mengajakku.
“Herm.. Sekejap Bang Zul ada sikit lagi kerja ni. Nak siapkan dulu” Aku menjawab.
“Man... Allah kasih pada orang muda yang berusaha keras dalam kerja nya tapi, Allah lebih kasih pada seseorang yang mengutamakan Allah daripada kerjanya” Abang Zul menegurku sambil tersenyum.
Tersentak hatiku mendengar tutur kata dari Abang Zul. Mungkin benar kata-katanya itu.
“Baiklah Abang Zul” Aku menuju kearah Abang Zul.
Kami berdua solat di ruangan musallah pejabat. Selesai solat, aku merenungi wajah Abang Zul. Entah kenapa setiap kali ku lihat wajahnya hati ku pasti berasa tenang , setenang raut wajah Abang Zul.
“Kenapa kamu mengelamun Man?” Abang Zul menerpaku dengan pertanyaan.
“Ah.. takde apa Bang Zul.” Terkejut, lalu aku menjawab dengan tenang.
“Adakah kamu memikirkan untuk menamatkan zaman bujangmu?” Soalan cepu emas Abang Zul padaku sambil tersenyum.
“Hahaha… Saya muda lagi bang, tak terfikir lagi untuk itu” Aku menjawab dengan ketawa kecil.
“Sudahlah mari kita pergi makan. Terasa lapar pula” Abang Zul mengajakku.
“Kita nak makan kat mana Bang?” Aku bertanya pada Abang zul.
“Ikut je. Kita makan kat mana yang murah. Ok tak?” abg zul berseloroh pada ku.
“Ok je. Yang penting Abang Zul belanja” Aku menyakat Abang Zul.
“No problem. Yang penting Man bahagia” Abang zul menjawab dengan senyuman.
Begitu la keakraban kami berdua. Sudah seperti hubungan adik dan abang. Walaupun Abang Zul sudah mencecah umur 33 tahun, tapi dia boleh menjiwai usia pemuda seperti ku yang baru berusia 21 tahun. Abang Zul sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang puteri yang berusia 5 tahun. Itu la serba sedikit yang Abang Zul bercerita tentang dirinya padaku.
Pada waktu itu kami bergerak ke suatu tempat yang aku sendiri tak pernah pergi. Hanya Abang Zul yang tahu. Semasa perjalanan, Abang Zul terus memandu kereta miliknya dengan tenang sambil tersenyum.
“Man. Kita dah sampai. Marilah kita turun” Abang Zul mengajakku.
“Wah.. Cantiknya tempat makan ni Bang” Aku teruja dengan suasana restoran yang santai di tepi pantai.
“Kat sini la tempat yang abang suka bersama keluarga abang” Abang Zul memberitahuku sambil duduk di sebuah kerusi.
“Wah ramai sungguh orang di sini” Berkata pada diriku.
“Nak makan apa Bang?” Tanya seorang pelayan pada kami berdua, sambil memberikan kami menu restoran.
“Bagi kami set makanan arab citarasa Malaysia untuk 2 orang ya, kemudian bagi kami jus buah Kashmir” abg zul memesan makanan tuk kami berdua, seolah-olah sudah biasa dengan tempat ini.
“Baik Bang” Jawab pelayan itu lantas beredar.
“Apa nama tempat ni Bang?” Aku bertanya.
“Ni Restoran Muslim namanya” Abang Zul menjawab sambil tersenyum.
Itulah sifat Abang Zul yang memang pemurah dengan senyuman. Tidak pernah sekali dia berkata padaku tanpa mengukirkan senyuman sejak aku mengenalinya beberapa bulan yang lalu.
“Man cuba kamu lihat lelaki yang menjual ice cream di bawah pokok sana” Abang Zul berkata padaku sambil menuding jari kearah lelaki itu.
“Kenapa dengan lelaki itu Bang?” Aku bertanya dengan rasa hairan.
“Man lelaki itu buta. Tetapi dia tak pernah menyalahkan nasibnya yang buta, dia redha akan ketentuan Allah. Dia sentiasa berusaha. Tetapi, dia lebih hebat dari kita kerana dia buta pada matanya, tapi tidak pada mata hatinya” Abang Zul memberitahuku dengan penuh perasaan.
“Manakala budak yang melukis di tepi pantai itu pula adalah seorang budak yang pekak, namun pekak adalah telinganya , tapi bukan pada hatinya. Semua kerana setiap kebesaran Allah diatas muka bumi menjadi bahan lukisannya. Seperti keindahan awan, sinaran waktu senja, terbit matahari di waktu pagi, kemilauan sinar rembulan di waktu malam, dan gagah berdiri gunung-ganang yang tinggi. Subhanallah hebatnya ciptaan Allah kan Man” penjelasan Abang Zul mengenai kehebatan budak itu.
Entah kenapa hatiku seolah-olah tersentap oleh perihal mereka berdua. Aku seolah-olah rasa malu, dan terasa begitu kerdil pula.
Tiba-tiba, tidak berapa jauh daripada kami seorang budak perempuan sekitar usia 5 tahun, melambai-lambai pada kami berdua sambil melontarkan senyuman. Aku merasa hairan dia seolah-olah begitu mesra pada kami.
“Siapakah budak itu?” Aku bertanya dalam hati dengan rasa hairan.
Budak itu terus melangkah meluru tempat kami berdua, alangkah terkejutnya aku bila melihat dia hanya memiliki sebelah kaki tetapi tetap gagah melangkah menuju kami, ditemani oleh tongkat yang diapit kuat oleh nya di sebelah kiri.
“Abi! Shira rindu Abi..” budak itu berkata pada Abang Zul sambil memeluk Abang Zul.
“Abi pun rindukan Shira” Abang Zul menjawab dengan memeluknya dengan penuh kasih sayang.
Semakin banyak persoalan yang timbul didalam benakku. Aku tertanya-tanya apakah itu puteri Abang Zul. Tidak berapa lama kemudian suatu suara lembut menyapa kami.
“Abi, jemput la makan.” Berkata seorang wanita sambil membawa makanan yang kami pesankan tadi.
“Jemput la makan Man. Jangan malu” Abang Zul mempelawa aku.
“Tapi Bang Zul apa semua ni? Saya tak faham la” Aku bertanya kebingungan.
“Oh. Terlupa pula Abang nak bagi tahu kamu. Ni adalah isteri Abang, Aminah namanya. Ni pula puteri kesayangan abang, Nurul Ashira. Ni lah restoran milik Abang. Isteri Abang yang uruskan restoran ni” penjelasan daripada Abang Zul.
Baru kini aku mengerti, kasihan sungguh aku melihat puteri Abang Zul tetapi dia tetap ceria ditemani ayah dan ibu yang menyayanginya. Walaupun fizikalnya cacat, tapi tidak pada hatinya. Kerana begitu tabah menerima dugaan ini.
“Makanlah Man jangan mengelamun lagi” Abang Zul mepelawaku sekali lagi sambil menyuapkan puterinya.
“Baiklah Abang Zul” Kepulan-kepulan fikiranku terlerai dengan ajakan itu.
Kami berdua menjamu selera ditemani Kak Aminah dan Adik Shira. Mereka begitu bahagia. Bila kurenungi wajah mereka terpampang wajah orang yang gembira dan bahagia. Selesai makan kami terus kembali ke pejabat semula.
Dalam perjalanan itu aku bertanya pada Abang Zul mengenai persoalan yang telah bermain di fikiranku sejak melihat situasidemi situasi di tepi pantai itu tadi.
“Bang Zul. Kenapa hatiku berketar melihat situasi itu tadi Abang Zul?” Aku bertanya dengan bersungguh-sungguh.
“Alhamdulillah… Itu tandanya hatimu belum mati Man” Abang Zul menjawab dengan tersenyum.
“Hati mati? Apa maksud Abang Zul?” Aku bertanya kerana masih tidak mengerti.
“Man hati manusia ada pelbagai jenis, antaranya hati yang sihat, hati yang sakit dan hati yang mati. Hati yang sihat adalah dimiliki oleh seseorang yang memurnikan amal perbuatannya kerana Allah SWT. Jika dia mencintai seseorang maka, dia mencintainya kerana Allah. Jika sekiranya dia marah, dia marah di jalan Allah SWT. Jika sekiranya dia memberi akan sesuatu, ia juga adalah semata-mata kerana Allah” Penerangan Abang Zul padaku.
“Bagaimana pula perihal hati yang sakit ?” Aku bertanya kerana ingin mengetahui.
“Hati yang sakit, yakni hati yang memiliki kehidupan dan memiliki penyakit pada waktu sama. Ini bergantung kepada aspek yang mana lebih mempengaruhi dalam hatinya. Hati jenis ini selalu di uji oleh dua penyeru iaitu ajakan iman atau ajakan syaitan dan nafsu” Jelas Abang Zul lagi.
“Apa yang menjadi kebimbangan adalah bila hati manusia telah mati, kerana hati yang mati tidak ada kehidupan di dalamnya. Hati seperti ini tidak mengenal Tuhannya, kerana hatinya dikuasai oleh nafsu . oleh itu, cintailah hati demi mengejar cinta Ilahi Man” Abang Zul menasihatiku.
“Ya Allah, golongan manakah hatiku?” Aku bertanya dalam hati.
Entah kenapa semakin kuat rasa degupan jantungku yang bergerak laju selaju gerakan kereta Abang Zul menuju pejabat.
*************************************
Ketika aku menuju pulang kerumah menunggang motorsikal ku, masih terbayang-bayang di fikiranku wajah penjual ice cream yang buta, seorang budak yang pekak dan sudah tentunya wajah manis Adik Shira. Aku merasa malu terhadap mereka kerana aku tidak mempunyai hati secekal mereka.
“Cintailah hati demi mengejar cinta Ilahi” masih terngiang-ngiang di telingaku nasihat Abang Zul pada ku.
Pon…. Pon…. Pon…!!!!!! Bunyi hon yang membingitkan.
Lamunanku berkecai oleh bunyi yang agak kuat dari sebuah lori dihadapanku. Aku terkejut kerana semakin hampir ia menuju padaku. Aku terus menghumbankan motorsikalku ke sebelah kiri jalan dan merempuh sebatang pokok. Kakiku patah disebabkan hentakan yang kuat akibat kemalangan.
“Aduh… Sakitnya, ya Allah..” Aku meraung kesakitan.
“Ya Allah, adakah ini ujian dariMu kerana aku lupa akan padaMu?” Aku merintih kesedihan.
Ring… Ring… Ring…!!!! Jam loceng berdering menandakan waktu pukul 5.00 pagi.
Aku terjaga lalu terkesima seketika.
“Astaghfirullahalazim…” Rupanya aku bermimpi.
Kerana terlalu letih bekerja sehinggakan aku tertidur di hamparan solat selepas waktu isyak semalam. Juga kerana perasaan gundah melihat situasi di pantai itu hingga terbawa-bawa pada mimpi. Mujurlah itu sekadar mimpi, aku bersyukur pada Mu ya Allah.
“Alhamdulillah… ya Allah aku bersyukur ya Allah kerana Kau masih memberiku kesempatan untuk hidup lagi diwaktu ini” aku berdoa pada Allah.
Segera aku bangun dan mandi. Hari ini begitu berbeza berbanding hari semalam, kerana badanku begitu ringan dan kelopak mataku segera kelihatan segar. Selesai aku mandi segera aku menunaikan solat sunat taubat.
Selesai aku menunaikan solat sunat taubat. Aku menyusun 10 jari menadah tangan untuk berdoa kepada Allah sang pemilik Hati.
“Ya Allah, aku mohon kepadaMu ya Allah, jangan lah Engkau membuat hati ku mati. Kerana aku takut bila hati ku mati, aku akan mendustakan segala nikmat yang Engkau berikan pada ku ya Allah. Ya Allah jika hati ku sakit, engkau berilah kekuatan agar aku boleh merawat penyakit hati ku ini ya Allah, kerana aku tidak sanggup menjadi kufur dengan nikmatMu setelah beriman padaMu. Ya Allah, gantikan la hatiku dengan hati yang sihat agar aku mengerti untuk menyayangi hati untuk mengejar kasihmu ya Ilahi. Perkenankanlah doa hambamu ini ya Allah pemilik segala hati. Amin…” doaku pada Allah dengan bersungguh-sungguh disirami dengan air mata keinsafan.
Tidak berapa lama kemudian
Allahuakbar, Allahuakbar..!!! Azan pun berkumandang.
Subhanallah… Begitu tenang jiwaku kini….
“Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhan-Mu.”
Nukilan : Ibnu Salleh.
aDuiiiiiNa.....maTa jaK nDak jaTuh...tiMe baca.........kiTa baCa 1 GenG.......
ReplyDelete